Kebiasaannya, kerja menukar lampin anak ini pasti akan dilakukan oleh ibu kerana kemudahan yang disediakan lebih terarah kepada kaum ini. Jadi secara automatik, tugas ini harus digalas oleh kaum ibu.
Tanpa disedara, perkara ini adakalanya menjadi beban buat kaum lelaki yang dilihat seakan cuba mengelak dari melakukan tugas ini. Namun hakikatnya kerana tiada kemudahan untuk kaum lelaki bagi memudahkan mereka menukar lampin anak lebih-lebih lagi apabila berada di mall.
Penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar baru-baru ini telah memuatnaik gambar beserta kapsyen yang menunjukkan beliau sangat teruja apabila terdapat nappy room dalam tandas lelaki sewaktu beliau berkunjung ke mall tersebut.
“Paling happy bila nappy room kat mall..senang untuk bapak-bapak. Kalau tak, most places letak tempat nappy change in the ladies WC. Good job IPC”
Menerusi posting ini, ramai yang memuji sikap Alif Satar kerana tidak ramai lelaki yang akan berbuat begitu kerana selalunya ianya akan dilakukan oleh si isteri lebih-lebih lagi dia merupakan selebriti terkenal.
Ads
Dalam kalangan warganet pula, ramai yang berkongsi kelegaan yang sama seperti Alif Satar apabila pasaraya besar menyediakan kemudahan ‘nappy room’ di tandas lelaki juga. Ini amatlah penting supaya menyedarkan tanggapan orang ramai bahawa tugas menukar lampin bukan hanya kerja si ibu sahaja.
Anak lelaki kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim bukan sahaja mempunyai personaliti menarik malah ilmu agamanya dalam membaca dan menghafal al-Quran turut mencuri perhatian umum.
Maka tidak hairanlah ramai mengangumi anak muda ini, malah cukup disenangi oleh wargamaya.
Terbaharu, menerusi satu program realiti TV Fit For Action, siapa sangka Danish Hakim telah menjadi salah seorang peserta program tersebut dan ini bermakna Danish telah melangkahkan kaki ke dalam dunia industri seni negara seperti ibu dan ayahnya, ibarat bak kata papatah; mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Difahamkan menurut Danish, tujuannya turut serta selain ingin membanggakan keluarga dan dia juga mahu membawa misi yang tersendiri dengan menerapkan unsur-unsur agama yang dipelajarinya selama ini.
“Dengan Nama Allah, aku menyertai industri hiburan ini untuk keluarga. Mengekspresi diri sendiri samada dari segi bright side mahupun dark side.
“Menggunakan ilmu martial arts serta sukan-sukan merbahaya/berisiko melalui platform ini.
“Membina personal branding sebagai inspirasi kepada adik beradik dan generasi rakan sebaya serta membawa unsur-unsur islamic+urbanic ke dalam bidang ini,” tulisnya.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh Danish menerusi akaun Instagram miliknya.
Tidak itu sahaja, Danish turut memohon doa agar tingkah lakunya sentiasa dilindungi dan mendapat keberkatan daripada Allah swt.
“Demi reda Engkau,ibu-ibu bapa-bapa ku..Aku mohon janganlah sesekali Engkau serahkan aku pada diriku sendiri dalam segala urusan terutamanya dari segi menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan juga batas-batas tertentu yang lain-lain sebagai seorang Muslim.
Aamiin,”tulisnya lagi.
Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan turut sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Danish.
Nak bercucuk tanam ni, tak semua orang bernasib baik. Ada yang setiap kali menanam, pasti tumbuhan hasilnya akan mengecewakan. Malah, ada juga yang setiap kali menyentuh tanaman, akan jadi hasil yang cantik dan sihat tumbuhannya.
Lebih-lebih lagi dalam penanaman pokok bunga, anda pasti tahu bahawa ia bukanlah satu proses yang mudah terutama melibatkan bunga yang memerlukan penjagaan rapi. Jika dijaga dan dirawat dengan baik, halaman rumah anda mungkin akan menjadi seperti ‘taman bunga’.
Salah satu, pokok orkid. Pun begitu, kadang kala timbul rasa menyesal apabila pokok orkid tersebut rosak atau mati. Sudah berhabis wang dan tenaga tetapi hasilnya tiada, sesiapa saja pasti akan merasa sedih.
Bagaimanapun, ramai tidak tahu bahawa sebenarnya ada beberapa ‘pantang larang’ bila menanam bunga orkid di rumah. Nak tahu apa pantangnya itu? jom semak di bawah!
1. Jangan terlalu dedahkan pada cahaya matahari
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh atau di dalam ‘rumah kaca’. Persekitaran teduhan mengurangkan haba yang berkaitan dengan cahaya matahari, bergantung kepada bahan yang digunakan.
2. Siram bunga dengan berpada-pada
Salah satu kesilapan yang sering dilakukan apabila menanam orkid ialah penyiraman yang berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan jumlah air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar seperti orkid jenis phalaenopsis.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid anda dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
3. Kelembapan tidak mencukupi
Ketahuilah bahawa hampir semua orkid memerlukan kelembapan yang tinggi. Ia ditentukan oleh berapa banyak lembapan yang berada dalam struktur bunga itu berbanding seberapa cepat ia hilang daripadanya.
Keadaan itu berlaku akibat daripada kekerapan dan jumlah penyiraman atau kabus serta aliran udara antara bahagian dalam dan luar.
Jika kelembapan tinggi dan suhu menurun, pemeluwapan akan terhasil dan ia seterusnya boleh menyebabkan kerosakan kepada bunga.
4. Haba, kelembapan, cahaya dan aliran udara yang tidak seimbang
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dicapai untuk penanaman yang optimum. Apabila ia tidak seimbang, persekitaran untuk orkid memerlukan sedikit penambahbaikan.
Haba dan cahaya berkait rapat antara satu sama lain dan sebahagian besarnya dikawal oleh teduhan. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
Maka, haba kelembapan, cahaya dan aliran udara berkait rapat di antara satu sama lain. Untuk mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam pertumbuhan orkid, setiap daripada pokok itu perlu mencapai tahap tertentu supaya ia boleh seimbang untuk mewujudkan persekitaran pertumbuhan yang optimum.
5. Jangan tanam dalam bahan pasu yang salah
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan pelbagai jenis bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Medium pasu seperti kulit pokok, gabus atau serpihan kelapa yang membolehkan peredaran udara yang mencukupi di sekeliling akarnya sesuai dengan orkid phalaenopsis.
Sumber : Siakap keli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ada orang kata perabot antik, vintaj, ‘rera’ mahu pun klasik seperti gerobok lauk ini, mempunyai nilai sentimental buat yang pernah memiliki perabot tersebut. Maka tidak hairanlah selagi elok akan digunakan dan dipelihara selagi mampu.
Pun begitu melalui perkongsian kisah daripada Alied Wahab di dalam group Tukang Apa Hari Ini, siapa sangka gerobok ikan tersebut ada yang telah membuangnya dan diambil olehnya untuk dibaik pulih secara DIY.
Apa yang lebih mengujakan selepas dilakukan transformasi gerobok tersebut yang awalnya terlihat usang dan buruk, bertukar menjadi lebih elegan dan eksklusif. Sekali gus membuatkan ramai terpesona dan teruja.
Ujarnya yang menyifatkan penemuan perabot itu sebagai rezeki berkata,”Bermula pkp 3.0, tejumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. ‘Ini harta karun ni’. Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi”
Langkah demi langkah :
1. Buangkan jaring hijau, bersihkan sawang dan kekotoran yang ada.
2. Letak filler untuk tutup aib yang ada.
3. Kesat permukaan gerobok dengan kertas pasir bagi halus.
4. Buat para rak dalam almari.
5. Cat dengan warna hitam mati (timber shade)
6. Bahagian bawah kaki almari saya ada potong sikit selepas diganti dengan furniture rubber leg yang dibeli di Shopee.
7. Pemegang pintu (furniture handle) juga beli di Shopee.
8. Shelf di dalam dibeli di kedai hardware. Diperbuat dari kayu dan berharga RM45 sepapan. Panjangnya 12 kaki. Gerobok ini memerlukan dua papan sebegini.
9. Cermin akan dibeli kemudian memandangkan kedai cermin ditutup semasa PKP.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...