Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitu juga peluang yang bakal diraih oleh setiap pendeposit Simpan SSPN menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekali lagi meneruskan tradisi memberikan tawaran hadiah istimewa kepada pendeposit Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023.

Kempen tahunan tersebut adalah usaha berterusan PTPTN dalam menggalakkan penabungan dan tanda penghargaan pihaknya kepada pendeposit Simpan SSPN.  Ini selari dengan Teras Pertama dalam Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 untuk menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan utama di Malaysia.

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Tawar Hadiah Hampir Setengah Juta Ringgit!

Pun begitu, kali ini bertambah hebat tawaran yang diberikan bilamana cabutan terdiri daripada Cabutan Tahunan dan lima Cabutan Siri, iaitu WOW! Gong Xi Ang Pow; WOW! Syoknya Raya; WOW! Merdeka; WOW! Superheroes dan WOW! Y.E.S 2023.

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Tawar Hadiah Hampir Setengah Juta Ringgit!

IKLAN

Hadiah Menarik Menanti Anda

Bagi menyertai kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Ada lima Cabutan Siri membolehkan seramai 23 pemenang bagi setiap siri di mana setiap seorang layak menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,023 manakala untuk Cabutan Tahunan pula menawarkan hadiah wang tunai RM150,000 untuk pemenang utama, manakala tempat kedua layak menerima hadiah wang tunai RM50,000, tempat ketiga pula menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 dan saguhati akan menerima hadiah wang tunai RM2,023 untuk 20 orang pemenang.

IKLAN

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Tawar Hadiah Hampir Setengah Juta Ringgit!

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 Tawar Hadiah Hampir Setengah Juta Ringgit!

Nak Sertai, Mudah Saja!

IKLAN

Pasti ramai sudah teruja bila diwar-warkan nilai cabutan yang ditawarkan, jadi nak menang kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023, anda sebagai pendeposit hanya perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen.

Setiap RM100 bagi Simpan SSPN Prime yang disimpan dalam tempoh kempen akan layak satu cabutan dan RM50 bagi Simpan SSPN Plus pula akan layak dua cabutan secara automatik.

Lebih menarik lagi, kempen kali ini turut memberi kelebihan bilangan cabutan berganda kepada pengguna aplikasi mobile app myPTPTN. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan RM100 melalui myPTPTN, akan mendapat bilangan cabutan sebanyak lima cabutan.

Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan RM50 melalui myPTPTN pula akan mendapat sepuluh cabutan.

Apa yang pasti ianya memang WOW! Jadi usah tunggu lagi jom sertai kempen yang sedang berlangsung ini mana tahu tahun ini rezeki anda.  Untuk lebih detail bolah layari laman web rasmi PTPTN 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI