Ada tak yang tak pernah makan mi soba? Ha tahu tak apa tu mi soba? Soba tu bermaksud gandum kuda dalam bahasa Jepun. Ia sejenis mi nipis yang diperbuat daripada tepung gandum kuda. Mi soba ni biasanya dihidangkan sama ada dingin ataupun dalam kuah panas.
Mi soba ni merupakan mi pilihan utama tradisional warga Tokyo. Selalunya mi soba dimakan dengan penyepit macam. Tambah lagi, makan dengan penyepit ataupun “chopstick” memang menjadi budaya mereka.
Untuk sesiapa yang nak cuba makan mi soba, boleh je beli dekat kedai dan balik rebus sendiri. Sekarang pon memang dah banyak jual mi soba dekat mall. Jadi, jom kita cuba resepi mi soba dengan sotong.
RESEPI MI SOBA SOTONG DENGAN SAYUR-SAYURAN TUMIS
MI SOBA:
-Mi soba *1 ikat
-Air untuk merebus
-Sos
-Sos ikan *2 sudu besar
-Kicap cair *2 sudu besar
-Cuka epal *1 sudu besar
-Minyak bijan *1 sudu besar
-Chili flakes atau serbuk cili *2 sudu kecil
-Garam secukup rasa
-Gula tebu organik secukup rasa
BAHAN LAIN:
-Minyak masak *2 sudu besar
-Cili benggala *1 biji, hiris halus memanjang
-Lobak merah *1/2 batang
-Cendawan shiitake dihiris *1/2 cawan
-Bawang putih dicincang *3 ulas
-Halia 1/2 inci, dihiris nipis
-Sotong dibersihkan dan dipotong cincin *2 ekor
-Daun bawang
-Bijan sangai *1 sudu besar
CARA MEMASAK:
1. Sediakan bahan-bahan tadi. Rebus mi soba dahulu sehingga al dente dan toskan. Bilas dengan air sejuk supaya tak bergumpal dan ketepikan.
Ads
2. Sementara itu, siapkan sos dengan mencampur semua bahan sekali.
3. Panaskan minyak, tumis lada benggala, lobak merah dan cendawan sehingga sedikit lembut, masukkan bawang putih dan halia. Tumis sehingga 2-3 minit.
Ads
4. Kemudian masukkan sos dan sotong, gaul. Masukkan mi soba dan gaul rata lagi sekali. Taburkan bijan.
Menariknya perkongsian ini yang menyediakan resepi membuat agar-agar menggunakan gula melaka. Sesuai sekali untuk hidangan bersama keluarga dan enak dimakan sejuk-sejuk.
Ikuti perkongsian puan Aishah Mohd via Masak Apa Hari Ni.
Agar -agar santan gula melaka
20 gm agar-agar
1 litre air
400 ml santan
200gm gula merah
50gm gula pasir
Daun pandan
Telur sebiji
Cara:
1.Masak agar2 bersama 500ml air sampai hancur..masukkan daun pandan juga bagi wangi..
2.guna periuk lain masak air gula merah dan gula putih bersama 500ml air masukkan daun pandan bg wangi..masak sampai sebati.
3. Bila dah hancur gula.. tapis air gula yg kita masak tadi dalam periuk yng kita rebus agar-agar yg dah hancur tu..kacau bagi betul2 mendidih..
4. Dalam bekas lain masukkan santan ngan telur campur sikit esen vanila..kacau sebati..
5. Bila adunan agar-agar tadi dah mendidih ..sambil kacau sambil tuang perlahan adunan santan dan telur tadi..tuang perlahan tapi tinggi..hehehhe tangan satu lagi jangan stop kacau..sampai la habis adunan santan tadi..biar didih sat tutup api ..dan sedia utk di tuang ke dalam bekas.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba ayam goreng berempah yang simple tapi sedap boleh cuba resipi yang dikongsikan puan Nurbaizura Sani Selamat mencuba!
Resipi Ayam Rempah 3 Bahan Kakzura suka gilerr masak ayam ni sbb apa tau dah la mudah, ayam pulak bila goreng jadi moist dan lembut. Korang jangan cakap resipi mudah tu tak sedap tau! Kadang yang simple lagi power dari yang complicated tu.
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk cili brand babas (jgn pakai brand lain tak sedap ) Cara membuat:
Gaul semua tu goreng macam biasa, jangan terlalu garing. Makan dengan gulai kakwok sedappp
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan menu ringkas dan sedap rasanya tentu sahaja akan menjadi pilihan untuk dimasak.
Oleh itu, buat anda yang merancang untuk menyediakan menu sarapan atau menu minum petang bersama seisi keluarga, apa kata sediakan resipi cucur udang dari 3 bahan yang dikongsikan oleh Chinta Eyja ini. Cucur udang yang siap dimasak nampak begitu menyelerakan!
Ini perkongsiannya.
Cucur Udang 3 Bahan Dah lama sangat nak try buat Cucur Udang versi semudah ABC niek. Makanya, hari niek try lah buat jugak. Wife tanya Husband , 1 – 5 berapa bintang awak nak bagi Husband cakap 5⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ sebab sedap + padu. Saya share kan Resepi di setiap gambar dan semoga bermanfaat.
Bahan-bahannya :
1- Cucur Udang Adabi
2- Udang
3- Daun Bawang
Step 1: cucur udang adabi, daun bawang dan udang disatukan dan bancuh dengan air.
Step 2 : Panaskan senduk supaya bancuhan tepung tidak melekat.
Step 3 : Masukkan sedikit bancuhan dan seekor udang.
Step 4 : Rendamkan dalam minyak yang telah panas.
Step 5 : Cungkil pakai pisau, alhamdulillah tidak melekat.