Terus hilang mood bila nampak pokok-pokok yang ditanam habis hancur daunnya dimakan siput perosak. Paling sakit mata, bila tengok pokok tersebut hanya tinggal sebatang sahaja dan tunasnya juga turut di makan. Bila dibelek-belek habis daun-daun berlubang.
Ini memang tak lain tak bukan kerjanya si siput babi. Kalau serangga perosak yang aktif waktu malam memang siput.
Bagi yang mempunyai kebun, anda tidak perlu risau lagi kerana kini terdapat solusi terbaik untuk mencegah haiwan ini dari mencerobohi kebunanda dan merosakkan tanaman anda.
Nak tahu caranya? Hanya gunakan barang dua bahan dari dapur, lebih selamat kerana ianya bahan organic.
DIY PERANGKAP SIPUT
Bahan-bahannya :
1 Cawan Air
Ads
1 sudu gula
1/2 yeast
Cara-caranya :
Pertama sekali campurkan semua bahan dan letakkan dalam cawan plastik pakai buang.
Kemudian, tanam cawan tersebut berdekatan dengan tanaman yang sering diserang. Pastikan mulut cawan sama aras dengan medium tanah bagi memudahkan siput masuk ke dalam perangkap.
Dah siap! Semudah tu je dah boleh selamatkan tanaman korang daripada serangan siput perosak.
Hajat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit vasculopathy cirrhosis occlusive untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pembedahannya akhirnya termakbul.
Dalam pertemuan tersebut, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Farzana itu telah di ajar doa Afiyah oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim @stevensimck, Anwar sedang menulis doa dan kata-kata semangat di atas sebuah buku untuk diberikan kepada adik Farzana.
“Ya Allah, kurniakan aku kesihatan, maknanya sihat badan, sihat fikir, dan sihat jiwa,” kata Anwar.
Menelusuri ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat layanan Anwar yang begitu merendah diri dan mendoakan semoga adik Farzana diberi kesembuhan.
“Semoga Allah bagi adik Farzana kesembuhan.
“Masya-Allah, untung rakyat Malaysia ada Perdana Menteri macam ni.
“Berjawatan paling tinggi dalam sesebuah negara tidak hilang sifat seorang ayah yang prihatin, belas ihsan, ikhlas, dan jujur,” tulis netizen.
Bagi pencinta haiwan, tentu anda tahu bagaimana rasanya apabila membela haiwan peliharaan.
Perasaannya sama seperti menjaga anak. Malah kadang-kala perhatian untuk haiwan belaan lebih tinggi berbanding isteri kerana sifat mereka yang manja dan seperti memahami.
Bagi seorang wanita bernama Zafirah Zainoddin yang kerap memuat naik video mengenai haiwan peliharaannya bersama suami tercinta. Dia yang mempunyai 4 ekor kucing iaitu Army, Navy, Airforce dan Marine namun umur Navy tidak panjang apabila mati kerana virus Feline Infectious Peritonotis.
Kesemua nama kucingnya yang mempunyai kaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah disebabkan suaminya, Faizul Rashid bertugas sebagai seorang anggota tentera.
Menurut Zafirah, walaupun ramai yang menganggap suami yang bekerja sebagai tentera ini mestilah seorang yang garang, tegas dan serius namun tidak bagi suaminya. Suaminya seorang pencinta kucing. Malah sifat penyayangnya itu menjadikan kucing-kucing ini amat manja dengannya sehingga kini dia jatuh di ranking nombor 2.
“Kalau ‘abah’ (panggilan untuk suaminya) nak pergi kerja, kena cium, timang-timang dulu.”
Hubungan akrab Army dan suaminya juga membuatkan kucing kesayangan mereka itu sering mencari ‘abahnya’ setiap kali Faizal keluar bertugas.
“Malam-malam nak abah, tidur pun atas dada abah, lepas tu kuat mengadu.”
“Kalau abah dia duty dia cari, dia keluar masuk bilik.. Macam la saya sorok abah dia.”
Bagi Zafirah, kehadiran 3 bulus ini merupakan kurniaan paling istimewa buat dia dan suami memandangkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.
“Siang dia akan cari mama sebab nak suruh buang tahi, minta makan sebab memang saya la yang bersihkan tempat makan dan berak mereka,” seloroh Zafirah.
“Kalau akak sedih ke, abah dia marah akak ke, Army akan datang dekat akak teman akak seharian. Sama macam arwah Navy.”
“Dia adalah kurniaan yang teristimewa buat akak dan suami walaupun hanya stray cat. Ramai yang tak percaya masa akak jumpa dia dulu berkurap, kutu dan kurus kering.”
Bercerita mengenai 3 bulus ini lagi, tambah Zafirah..
“Sebelum pergi kerja memang semua akan tunggu depan pintu. Abah kena ambil seekor-seekor dan cium, timang-timang. Kalau abah balik memang tunggu depan pintu. Sampai abah masuk bilik pun, Army masing mengekor minta perhatian.”
Menurut Zafirah, sejak dia memuatnaik video anak-anak bulusnya secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang ingin berjumpa serta ada yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk membeli Army.
Namun jelas Zafirah, dia sama sekali tidak akan menjual kucing-kucingnya itu.
“Ada yang tawarkan RM3000 untuk membeli Army tapi memang tak la. Bagi berpuluh ribu pun saya tidak akan jual.”
“Berapa kali orang mesej akak nak jumpa Army sampai sanggup beli karpet-karpet yang saya jual semata nak jumpa Army.
Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.
Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih Glass House @Klang.
Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002. Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.
Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu, Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.
“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.
“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.
Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.
“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.
“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.
Konsep Dan Idea
Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun outdoor.
“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.
“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.
“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.
“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.
Tawaran Pakej Istimewa
Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.
“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.
“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.
“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.