Ramai yang tahu bahawa sayuran mempunyai khasiat yang dapat menjaga kesihatan tubuh badan. Bagi yang suka menjamu hidangan sayuran seperti brokoli pastinya akan mendapat manfaat khasiatnya.
Brokoli merupakan tanaman sayuran yang termasuk dalam kumpulan sayuran kubis atau Brassicaceae. Brokoli yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan anak antaranya asid folik, kalsium, zat besi dan vitamin A, C, D.
Jika sayuran ini sering kita beli, apa kata kali ini kita cuba bercucuk tanam. Hasilnya tentu lumayan. Tak perlu keluar bajet untuk membeli sayur ini, hanya petik di laman rumah aje. Jom lihat cara tanam menggunakan biji benih.
Biji benih brokoli
Brokoli hibrid Tahan Panas : Jom tanam :
Langkah 1 : Dapatkan benih BROKOLI, Rendam dalam air. Pilih yang tengelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratuasaN percambahan kecil.
IKLAN
Langkah 2 : Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur kan benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan . Media semaian mesti lah basah. Gunakan tanah organik @ peat moss.
Langkah 3 : Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2helai daun. Alih kan dan letak di kawasan redup.
IKLAN
Langkah 4 : Anak pokok boleh di pindahkan dalam polybeg atau pasu setelah berusia 25hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih kan anak benih tadi ke pasu yang besar atau polybeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakan benih terkena kejutan cuaca panas.
Langkah 5 : Letak di tempat teduh dan perlahan alih kan ke kawasan panas selepas 1 minggu .Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm.Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.
Langkah 6 : Baja pokok setiap 2kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.
IKLAN
Langkah 7: Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas atau pun penyakit kulat.
Brokoli boleh di tuai selepas 50 HARI KE 3BULAN. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.
Kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dibekukan cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.
Berbanding menjadi kelaziman kita ibu-ibu ini asal ada lebihan makanan, semuanya terus dimasukkan ke dalam peti ais. Maklumlah sayang hendak dibuang, lagi-lagi jika banyak kuantitinya.
Pun begitu, sebenarnya kaedah itu tidak praktikal untuk ibu-ibu lakukan agar lebihan makanan tersebut dapat kekal elok dan selamat untuk tempoh yang lebih panjang hingga berbulan-bulan lamanya.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia untuk panduan bersama.
Tabiat kita bila makanan tak habis, kita selalu simpan dalam peti ais untuk dimakan kemudian hari. Tapi selalunya tidak tahan lama. Esok lusa dah basi.
Tahukah anda, makanan-makanan ini boleh disejukbekukan supaya ianya tahan lebih lama?
Berikut adalah makanan dan jangka hayat jika ianya disejukbekukan.
Share dan simpan infografik ini agar boleh jadi rujukan bila nak simpan makanan nanti.
Apa yang pasti, melalui kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara dimasukkan ke dalam bekas berpenutup dan kemudian dibekukan sebagaimana saranan Publick Health Malaysia ini cukup praktikal untuk dilakukan bagi mengelakkan pembaziran andai banyak makanan tidak dapat dihabiskan.
Contohnya, marjerin/mentega yang sering kita gunakan untuk menyediakan hidangan kek atau biskut. Sekiranya masih berbaki eloklah disimpan di ruangan sejuk beku untuk tujuan simpanan lebih lama.
Jangan tak tahu, lebihan marjerin tersebut bila disimpan dengan cara ini boleh bertahan dan kekal elok selama hingga 9 bulan lamanya.
Manakala dengan menyimpan cara bekukan pizza, ia akan kekal selamat untuk dimakan sehingga 1 bulan lamanya.
Begitu juga dengan beberapa jenis makanan lain yang ada di dalam infografik yang dikongsikan itu. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.
p/s:
Pastikan ianya dibalut dengan ketat atau disimpan dalam bekas sebelum disejukbekukan
Nak menyimpan susu perlu tepat caranya supaya anak menerima khasiat sebaiknya dan susu masih dalam keadaan baik.
Kita selalu menganggap ia adalah satu perkara mudah untuk menyimpan susu ibu yang sudah dipam. Walau bagaimanapun, tanpa sedar, terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu mengenai cara simpanan susu.
Kesilapan ini secara tidak langsung sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi. Jadi jom kita semak apakah kesilapan yang sering dilakukan.
Bekas tercemar
Susu badan dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bayi daripada bakteria berbahaya. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya jika bekas simpanan susu yang digunakan sudah tercemar. Bekas mengepam susu juga harus dipastikan bersih.
Penggunaan botol susu plastik atau kaca harus dicuci dan dikeringkan dengan sebaiknya. Ini kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Cuci menggunakan air suam dan lap bekas dengan kain bersih.
Kiub ais
Mungkin ada di antara ibu sekalian memilih untuk membuatkan kiub ais susu sebagai cara mudah untuk menyimpan susu. Tetapi mungkin selepas ini anda patut hentikan kaedah penyimpanan ini, kerana ia berisiko untuk dicemari bakteria memandangkan ia adalah bekas terbuka.
Jika masih ingin menggunakan kaedah kiub ais, disarankan untuk menggunakan bekas tertutup. Ia adalah cara yang lebih selamat.
Bekas plastik
Bukan semua bekas atau beg plastik sesuai untuk digunakan sebagai bekas penyimpanan susu. Anda perlu menggunakan bekas plastik yang bebas bahan kimia. Anda dinasihatkan untuk memilih bekas dengan label “BPA-Free”. Ini kerana ia adalah lebih selamat untuk si manja anda.
Dalam masa yang sama, pastikan bekas plastik yang digunakan tidak koyak atau bocor. Jika tidak, sudah tentu bakteria berkembang dan membiak di dalam bekas plastik tersebut. Sentiasa memeriksa bekas plastik yang digunakan.
Terlalu lama
Bagi ibu yang ‘meriah’ susu badannya sudah tentu akan memilih untuk menyimpan stok susu dalam peti ais beku. Malahan ada ibu yang menyediakan deep freezer semata-mata untuk menempatkan susu yang dipam.
Ia adalah ikhtiar yang harus mendapat pujian. Walau bagaimanapun, penyimpanan susu untuk tempoh yang terlalu lama adalah tidak bagus. Ini kerana badan ibu menghasilkan susu yang bersesuaian dengan keadaan semasa bayi.
Tempoh penyimpanan yang terbaik di dalam peti sejuk beku, di bawah suhu -18℃ adalah dari tempoh enam, adalah tempoh yang terbaik dan sehingga 12 bulan, tempoh yang masih boleh diterima untuk penyimpanan susu.
Tetapi jika disimpan dalam peti sejuk biasa, ia hanya boleh bertahan sehingga empat hari sahaja.
Kandungan nutrien dalam susu ibu adalah untuk memenuhi keperluan khasiat bayi pada ketika itu, jadi sebaiknya berikan susu tersebut secepat mungkin.
Berhampiran makanan mentah
Tempat di mana anda menyimpan susu juga perlu dititikberatkan. Ini kerana jika susu disimpan di tempat yang sama dengan bahan makanan lain seperti daging atau ikan mentah, ia akan meningkatkan risiko untuk bakteria berpindah dari makanan ke susu yang disimpan.
Jika boleh, sebaik-baiknya, asingkan ruang penyimpanan makanan barangan dapur dengan susu ibu. Selain itu, anda amatlah dinasihatkan untuk tidak meletakkan susu yang ingin disimpan pada bahagian pintu peti sejuk. Ini adalah untuk membantu melindungi susu daripada perubahan suhu ketika membuka dan menutup pintu peti ais.
Simpan semula
Pasti rasa sayang untuk membuang susu yang tidak digunakan. Tetapi jika susu tersebut sudah dikeluarkan daripada peti beku, anda dinasihatkan untuk tidak menyimpan semula walaupun ia tidak digunakan.
Maksudnya di sini, jika susu disimpan beku dan didedahkan kepada suhu biasa, jangan masukkan kembali untuk pembekuan semula, jika susu yang beku telah cair sepenuhnya. Sebaiknya ia digunakan dalam tempoh masa 2 jam selepas proses pencairan.
Ia bermakna tempoh 2 jam tersebut dikira dari masa ia tidak lagi beku atau dicairkan sepenuhnya, bukan dari semasa anda mengeluarkannya dari peti sejuk.
Ini kerana, selain daripada mengurangkan nilai khasiat di dalamnya, tindakan anda ini juga membuatkan susu lebih mudah dicemari bakteria. Jadi hanya keluarkan susu dalam jumlah yang diperlukan.
Secara terus
Sesungguhnya memberikan susu ibu secara terus adalah antara kaedah yang paling baik. Tetapi jika keadaan memerlukan anda menyimpan susu, pastikan anda melakukan ia dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk memastikan tangan anda juga dalam keadaan bersih semasa mengendalikan proses mengepam dan penyimpanan susu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Jika terkena sakit gigi yang dasyat, memang boleh meraung! terus rasa satu badan pun turut sakit. Masalah gigi sensitif ini akan datang jika minum air sejuk, gigi akan terasa ngilu dan tak selesa.
Menerusi satu perkongsian petua bagi mengatasi sakit gigi dari Aisyah Badar Bajraidi group facebook Petua Orang Tua, yang merupakan ini satu pengalaman beliau serta ujikaji yang mujarab pada dirinya apabila mengalami sakit gigi dengan hanya menggunakan satu bahan saja.
“Sebenarnya dah lama Aisyah buat. Dah 5-6 tahun gitu. Petua ni Aisyah terbaca kat website mat salleh dulu. Mat salleh panggil oil pulling.
Kebetulan masa tu gigi memang tengah sakit sangat. Tahap sakit dia tu sampai rasa nak tumbuk jek orang. Boleh bayangkan tak betapa sakitnya gigi tu.
Pastu bila Aisyah try petua ni dalam 2-3 kali gitu, ehhh gigi terus ok. Magic betul. Sampai sekarang gigi tu tak sakit tau.
Tapi last week, gigi Aisyah tetiba macam sensitive. Bayangkan bila ubat gigi kena kat gigi, gigi Aisyah terus bisa macam kene cucuk.
Pastu Aisyah try la petua ni. Alhamdulillah lepas buat 2 kali, gigi yang sensitif tu terus okey. Boleh gosok gigi dengan gembira.
Petua dia senang jek, korang cuma guna satu bahan, minyak kelapa dara (VCO). VCO tu anda ambil dalam 1 sudu besar gitu, kemudian anda kumur-kumur dalam 15 minit. Lepas tu baru buang.
Tapi awas, walaupun rasa minyak kelapa ni sedap, anda jangan telan pula yang dah kumur tu.
Minyak yang dah kumur tadi sebenarnya dah penuh dengan bakteria. Semua bakteria dalam mukut dah melekat kat minyak tu. Sebab tu kena buang minyak VCO lepas kumur.
Minyak tu korang jangan buang kat sinki tau sebab sinki boleh tersumbat. Jadi korang buang kat tong sampah atau pun tempat yang layak dibuang.
Kalau nak kesan lagi best, lepas kumur kumur tu korang floss sikit gigi tu. Biar tahi gigi dengan segala khazanah yang terselit tu bersih. Serious, nanti karang gigi pun segan nak datang tau.
Petua ni ala ala listerine, tapi kita guna bahan natural. Jadi petua ni bukan setakat berkesan, tapi dia juga selamat digunakan. Paling bagus buat 3-5x seminggu.”
Ni antara khasiat oil pulling yang lain;
– kuatkan gigi dan gusi
– mencegah cavities
– hilangkan bau mulut
– kurangkan gusi berdarah
– memutihkan gigi
Kalau tak ada minyak kelapa dara, guna minyak zaitun pun boleh. Dua-dua minyak ni boleh berfungsi sebagai antibakteria.
Intan Ladyana kongsi wajah Umayr, anak keduanya sudah 3 bulan, "Rupa siapa ye." Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan cahaya mata keduanya, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur ada 26 April yang lalu.