Datin Paduka Eina Azman sememangnya dikenali seorang yang gemar memasak. Minatnya yang suka berkongsi resipi di laman sosial menyebabkan warganet suka dengan content yang diberikan.

Dalam kesibukan Eina Azman yang juga merupakan pelakon dan usahawan, setiap hari siapa sangka Datin Paduka Eina Azman bukan sahaja menyediakan hidangan untuk anak kembarnya Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6  malah turut mempunyai jadual menu mingguan. Menurutnya cara ini dapat memastikan pengambilan makananan seimbang boleh diatur dengan lebih baik dan sempurna untuk anak-anaknya.

Masuk Dapur Je Pinggan Pecah, Tapi Itu Rupanya Tak Patahkan Semangat Datin Eina Nak Masuk Dapur!

“ Macam Eina memang dah ada jadual mingguan untuk Eina sediakan bagi memenuhi selera anak-anak. Eina memang nak ajar anak-anak untuk ambil makanan yang seimbang, ada karbohidrat, protein, semua kena seimbang. Malah anak Eina petai pun makan. Sayu-sayur seperti krokol, sawi, kailan sebut sahaja sayur apa pun memang semua mereka makan. Sebab daripada kecil Eina dah ajar anak-anak kalau nak kulit cantik atau nak dalaman yang bagus kena amalkan pemakanan sihat ni daripada kecil,” jelasnya ketika ditemui di majlis Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat Malaysia menerusi kempen MAGGI® SAH Malaysia baru-baru ini.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Selain itu menurut Eina yang juga merupakan duta produk Maggi Cukup Rasa, memasak adalah merupakan minatnya sejak kecil. Namun ada kisahnya yang tersendiri di mana ketika zaman kanak-kanak kerap dimarahi setiap kali masuk dapur oleh nenek, ibu malah ayahnya sendiri.

“Eina masa kecil pun memang suka masuk dapur, tapi nenek , mummy, daddy akan bising.  Dia orang akan cakap, Ya Allah Eina kenapa Eina masuk dapur!

IKLAN

“ Nak tahu kenapa?

“ Sebab Eina seorang yang sangat clamsy.  Habis barang pecah, masuk dapur je pecah pinggan, pecah pecah gelas. Tapi sebab Eina suka makan, suka tengok orang masak Eina tebalkan muka walaupun kena marah tetap berkeras nak juga, nak juga.

“Akhir sekali buat pertama kali dalam hidup Eina dapat memasak pada usia 16 tahun. Itulah percubaan pertama Eina memasak, menu ayam masak lemak cili padi. Itulah menu pertama Eina dan tak sangka dapat pujian daripada keluarga.

“ Semua kata sedap dan mereka kata baguslah Eina ni ada air tangan. Sejak daripada itu lah Eina ‘kembang’ dan keterujaan untuk memasak semakin terasa. Balik daripada sekolah minta mummy keluarkan barang-barang masakan dan Eina akan memasak pelbagai menu,” ceritanya panjang lebar.

Menyentuh tenyang rahsia penjagaan kecantikan dirinya, isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden akui ada pantang larangnya.

IKLAN

Masuk Dapur Je Pinggan Pecah, Tapi Itu Rupanya Tak Patahkan Semangat Datin Eina Nak Masuk Dapur!

“Sebenarnya  kita kena rajin apa kita buat kena ada usaha. Sama juga untuk sihat atau kekal cantik. Macam Eina, Eina dah stop 3 atau 4 tahun daripada minum air manis . Kalau minum Teh Ice Limau contohnya minuman tersebut tanpa gula, ia kosong.

“Dan kalau Eina masak pun sudah dua tiga tahun lepas Eina hanya gunakan gula yang sihat dah tidak pakai white sugar. Jadi apa yang Eina boleh cut down, Eina cut down, sebab kena fikir untuk masa depan,” kongsinya mesra.

Kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Begitulah juga bakat dan minat memasak Eina Azman turut diturunkan kepada anak perempuannya.

Masuk Dapur Je Pinggan Pecah, Tapi Itu Rupanya Tak Patahkan Semangat Datin Eina Nak Masuk Dapur!

IKLAN

“Anak perempuan Eina minat memasak tidak dinafikan disebabkan dia sentiasa melihat Eina memasak. Bila shooting dekat luar, Eina akan buat video memasak banyak-banyak dan Eina akan simpan dekat draf.

“Jadi bila Eina shooting, Eina akan sentiasa ada video masakan untuk di share. So bila Eina buat video anak-anak akan tengok  terutamanya yang perempuan akan tanya, “Mummy tengah buat apa?” Dan Eina terangkan.

“Perlahan-lahan nampak anak-anak terminat ke arah itu jadi apa yang Eina boleh cakapkan Eina memang dah ajar mereka untuk memasak sejak kecil,” ceritanya lagi dengan mesra.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Masuk Dapur Je Pinggan Pecah, Tapi Itu Rupanya Tak Patahkan Semangat Datin Eina Nak Masuk Dapur!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI