Kapsyennya menarik perhatian ramai,namun empunya diri tidak mengulas lanjut. Namun dalam hantaran terbarunya di instagram, Fizo berkongsi foto indah hari bahagianya.
Mengenakan persalinan sedondon putih, gambar-gambar yang dikongsikan menerima titipan tahniah dari wargamaya.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz dari Sarawak dan difahamkan juga, Fazeera yang menggunakan panggilan mesra Faz pernah bertugas sebagai pramugari sebelum ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah dan ucapan selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai.
Biasanya sebelum ini ramai yang berkongsi kaedah penanaman bawang merah kan. rata-rata yang mencuba menjadi. Pernah tak rasa nak tanam sendiri bawang putih? Mungkin ada yang beranggapan ia agak sudah, tapi sebenarnya mudah je caranya.
Kaedah mudah penanaman bawang putih: 1. Pertama pilih benih dulu – terdapat 2 jenis bawang putih yg diimpot kita harus kenal i) Softneck– kulit bawang berwarna putih cerah keseluruhan. Mempunyai daun yang lembut dan sedikit menjuntai ke bawah. Ia ditanam pada musim panas di China dan Korea ii) Hardneck– kulit bawang berwarna putih dan kemerahan di bahagian atasnya. Mempunyai daun yang agak keras mencacak. Ditanam pada musim sejuk di negara pengekspot.
Disebabkan cuaca kita panas jenis softneck sesuai ditanam dan memberi hasil positif. Pilih bawang yg baik dan segar saja utk benih tanaman. Pecahkan bawang kepada ulas-ulas dan ambil yg matang saja.
2. Media tanah- sediakan 2 bahagian tanah pasir, 1 bahagian cocopeat dan 1 bahagian tanah organik.
3. Tanam ulas bawang secara menegak dengan bahagian utk akarnya ke bawah. Kambus butir bawang dengan tanah sedalam 1-2 inci. Jangan terlalu dalam, benih mungkin lemas bila proses menumbuh. Proses siraman diperlukan pagi dan petang.
4. Selepas 5 hari daun bawang akan mula kelihatan di paras tanah. Pembajaan organik perlu di lakukan peringkat ini.
Selepas 14 hari daun bawang akan meninggi.Daun bawang perlu di potong sehingga tinggal seinci. Ini untuk menggalakkan perkembangan bawang. Daun bawang boleh dimanfaatkan.
Proses diulang setiap kali daun bawang menjadi panjang. Sehingga daun bawang tidak lagi tumbuh dan mula kekuningan. Proses ini akan mengambil masa antara 100-120 hari atau 3-4 bulan.
5. Tuaian- Setelah daun bawang mula menguning bawang boleh dituai dengan cara mengorek tanah dan mencungkil. Jangan cabut kerana akan menjejaskan bawang. Bersihkan sisa tanah yang melekat dibawang dengan cara mengetuk perlahan. JANGAN BASUH kerana bawang putih perlu dijemur di tempat redup selama 4-5 hari sehingga daun dan bawangnya kering.
Selepas 5 hari pengeringan bawang sudah boleh di ambil untuk kegunaan atau disimpan.
INFO • Pokok bawang memerlukan sinar matahari maksima untuk pertumbuhan bawang. Jika anda menggunakan polibeg pastikan ia tidak diletakkan di tempat berbumbung atau ternaung. • Proses siraman setiap hari dan pembajaan organik setiap minggu akan mempercepatkan proses kematangan bawang. • Jika tinggal di kawasan tanah tinggi dan sejuk seperti Cameron Highland, Ranau serta Tambunan di Sabah, pilihan bawang putih Hardneck adalah lebih bersesuaian. Rasanya juga lebih enak.
Sumber Asal: Mahadzir Hashim #perpustakaannegaramalaysia
Kebiasaannya, jika kita membeli telur masin di pasaran mesti disalut dengan lapisan tanah dan sekam padi.
Melihat keadaan itu, mungkin ada beranggapan renyahnya untuk menghasilkan telur masin.
Tapi apabila melihat perkongsian Nora Lamina tentang cara membuat telur masin ini, nyata mudah sahaja. Hanya menggunakan 2 bahan, telur masin dapat disediakan.
Untuk lebih jelas, ini perkongsiannya. Jom semak.
Terlebih dahulu ingin saya beritahu bahawa resepi ini bukan dari saya. Saya hanya berkongsi dari yang empunya resepi tersebut. Jika empunya resepi ada dalam group ini, saya mohon maaf. Niat saya untuk berkongsi. Apapun saya dahulu kan dengan ucapan terima kasih kerana telur masin saya menjadi.
Bahan-bahan:
Telur itik, cuma dan garam
STEP 1
Telur itik dicuci bersih dan kemudian lap dengan kain untuk dikeringkan.
STEP 2
Rendam telur itik dengan cuka selama 2 hingga 3 minit.
STEP 3
Kemudian terus salutkan telur itik dengan garam.
Ekstra info : Fungsi cuka adalah untuk melekatkan garam pada kulit telur.
STEP 4
Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan span selama lebih kurang 2 minggu.
Ekstra info :
Selepas 2 minggu saya cuci telur-telur tersebut dengan air untuk elakkan dari bertambah masin. Simpan dalam peti sejuk.
Sumber : Nora Lamina via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, dari sakit biasa akhirnya berubah menjadi kronik. Akui empunya diri, sejak dulu lagi kakinya tidak kuat, selalu lenguh-lenguh dan sakit dalam tulang sentiasa berdenyut-denyut.
Sehinggakan naik ketumbuhan pada tulang kering kaki kiri, tetapi Norliza Hussain hanya membiarkan. Sehinggalah ketumbuhan itu semakin membesar, apabila dia rujuk ke hospital, doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan. Usai pembedahan, bukan semakin baik malah semakin membesar. Jadi, dia kena lakukan pembedahan lagi.
“Sebenarnya kali saya dah lama sakit. Malah, setakat ini sudah 5 kali saya melakukan pembedahan. Yang pertama dan ke dua di hospital Alor Setar, Kedah. Manakala yang ketiga masa tu teruk. Hospital Sungai petani pindahkan ke HUSM kubang kelantan, terus masuk pembedahan dan makan masa 23 jam.
“Tulang kering kaki kiri terpksa dipotong dan diganti tulang kecil kaki kanan. Hampir dua tahun saya tak boleh jalan. Malah,dalam tempoh itu, saya terpaksa ulang alik Husm Kubang Kerian kelantan, semuanya kos yang tinggi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun Norliza memiliki semangat yang cukup kuat. Biarpun dirinya sedang sakit, namun demi mencari sumber pendapatan, dia membuat kerja meniaga nasi lemak. Selain itu, dia juga menjual sos, tudung dari rumah ke rumah.
“Walau bertongkat dua, masak atas kerusi tapi saya kena lakukan walaupun saya tak mampu. Tapi saya paksakan diri. Kehidupan kami sangat susah dan hanya suami seorang sahaja yang bekerja. Berapa sangatlah yang dapat kami kumpul. Sehinggakan setiap kali nak pergi HUSM saya terpaksa hutang sana sini kerana tak ada duit.
Lebih malang lagi, tulang yang tukar tu retak patah atas skru..terpaksa simen lagi selama 5 bulan. Mungkin ini dugaan untuk saya, kaki belum sembuh dah mula sibuk buat kerja. Selama ulang alik rawatan nasib tak baik lagi jadi lagi seperti sebelum ini. Kali ini ditepi-tepi tulang baru.Jadi kena lakukan pembedahan lagi. Selain itu, saya juga terpaksa melakukan radioterapi selama 3 bulan untuk matikan sel.
“Lepas itu tempat tersebut kena jangkitan kuman. Saya demam dan kena lakukan pembedahan lagi. Cuma kali ini di Sungai Petani. Tanpa jahit di kawasan tepi tulang baru tapi saya kena cuci 2 bulan setengah. Malangnya kena lagi jangkitan. Waktu itu, saya buat susulan di HUSM. Jadi, saya kena tahan wad sana pulak tambah antiobotik. Jangkitan mungkin dari kesan radioterapi, lepas tu sekarang saya sakit balik di kawasan tulang dan susulan baru ni keptusan tak ok.
“Ada masalah dan dari apa yang doktor cakap tulang tu tak cantik nampak kesan putih-putih. Kemungkinan tulang tu mudah reput @ patah, atau balik seperti sebelum ini. Tetapi segalanya bergantung pada MRI. Tapi andai kemungkinan terpaksa buang tulang tu dan ganti balik tulang mungkin kena beli tulang baru yang harganya mungkin ribu atau puluh ribu.
Dan Sekarang saya sudah selesaikan MRI disini.. Di hospital Sultanah Bahiyah A.setar baru-baru ini…cuma sekarang untuk teruskan rawatan di HUSM semula..Bermacam kemungkinan adakah kaki ni dapat diselamatkan?
“Alhamdulillah, selepas pemeriksaan MRI, tulang tersebut okey, keajabaian mungkin dari Doa semua untuk saya. Tapi doktor ambil keputusan untuk dapatkan nasihat dengan pakar radiologi HUSM pula. Buat masa sekarang saya masih dalam pemantauan doktor.
“Menurutnya, memang payah sakit macam saya kerana ia akan berulang ulang. Cuma doktor pesan, jangan bagi jatuh takut tulang tu akan patah. Saya dah lama berulang alik dari kedah ke HUSM Kubang Kerian, bukannya mudah. Rasanya dekat 100 kali entah lebih ” ujar Norliza lagi.
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 102055018475 Norliza Bt Husain. Atau boleh menghubungi di talian 0175202434.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.