Setiap wanita memang akan datang period atau haid bila tiba waktu nya. Itu maksudnya dah baligh. Hormon dah start berubah. Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Tetapi sebenarnya ini tidak berlaku kepada semua wanita kerana ada yang mengalami haid tidak teratur. Kadang-kadang sebulan sekali atau hanya datang bulan untuk dua hari sahaja. Ada yang 3 hingga 4 bulan baru datang period.
Pentingnya untuk kita check bila period datang lambat. Risau kalau ada masalah lain contohnya Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Antara tanda PCOS ni ialah tak datang period. Sebab tu kena alert dengan tempoh kitaran haid. Senang untuk doktor detect ada masalah apa.
Tetapi jangan risau, selain menggunakan ubat, ada cara alami untuk lawaskan period secara tradisional yang diamalkan sejak dahulu lagi. Petua orang-orang tua memang selalu menjadi. Betul tak?
Jom kita cuba petua di bawah….guna 2 bahan je
PETUA LANCARKAN PERIOD DENGAN ASAM JAWA DAN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Ads
-Kunyit hidup 1 inci
-Halia 1 inci
-Asam jawa 1 sudu makan
-Garam secubit
-Air suam 1 cawan
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk kunyit hingga lumat, halia dan garam.
2. Campurkan semua bahan tumbuk dengan asam jawa dalam satu cawan dan kemudian tuangkan air suam.
3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
Ads
4. Sedia untuk diminum.
NOTA: Tak perlu rebus dan boleh amalkan sebulan sekali ketika hari kedua haid atau selepas datang bulan.
Antara KHASIAT air kunyit asam adalah:
-Melancarkan darah haid atau nifas
-Melawaskan pembuangan
-Menaikkan seri wajah
-Menyihatkan tubuh
-Memberi tenaga
NOTA: Dinasihatkan supaya tidak amalkan setiap hari. Cukup hanya sebulan sekali.
Betul ke jadi ibu bekerja lebih banyak cabarannya berbanding ibu suri rumah tangga?
Tolak ke tepi perbandingan itu, setiap wanita bergelar mak-mak pasti mengalami pelbagai liku dalam menguruskan rumah tangga masing-masing.
Apa yang membezakan antara ibu A dan ibu B ialah cara pengurusan masa. Nak tak nak, kerja rumah memang kena buat kerja rumah tak akan pernah habis.
Selagi bernyawa selagi itulah rumah sentiasa “hidup”.
Tetapi kebanyakkan mak zaman sekarang ada dua posisi tau. Berkarir dan juga suri rumah dalam satu masa. Hebat, bukan?
Jadi bekerja atau tidak, masing-masing perlukan pengurusan masa yang sistematik agar tak tertekan bila berada di rumah.
Mak-mak bolehlah ikut tips di bawah ni untuk kurangkan stress…..jom tengok
1. Bangun Awal
Seeloknya mak-mak tidur awal untuk senang bangun di awal pagi. Bila bangun awal pagi, sempat lah siapkan kerja agar tak diganggu oleh anak-anak. Bukan itu je, bangun awal pon sempat untuk mak-mak sediakan bekal untuk anak-anak dan suami. Bekerja atau tidak, mesti boleh buat kalau cukup tidur!
2. Rehat Otak
Bila dah penat buat kerja,cubalelapkan mata kejap dalam 10-30 minit. Bila otak penat, badan pon akan jadi penat. Maka jadi lambatlah kerja nak siap kan. Bila bangun memang automatic rasa segar. Yang kerja janganlah pulak tidur di pejabat ya. Tapi kalau penat sangat mungkin boleh pejam mata waktu rehat. Pandai-pandai lah bahagikan masa.
3. Sediakan Bahan Basah
Setiap kali hujung minggu je dah boleh sediakan bahan basah untuk masak sepanjang minggu yang akan datang. Potong sayur dan bahan mentah dalam bekas dan simpan dalam peti. Lagi bagus, boleh sediakan pes frozen. Nak masak tinggal nak keluarkan dan panaskan je.
4. Jangan Tangguh
Tabiat ‘nanti dulu’ ni biasanya sebab dah selalu amalkan. Tipulah kalau tak pernah lambatkan solat sebab nak siapkan kerja lain dulu. Kita semua manusia ada silap. Kalau dah terfikir buat je terus, cuba jangan tangguh. Mana tahu bila dah tangguh tu tiba-tiba ada kerja lain pula kena siapkan, ditangguh lagi. In shaa Allah semua kerja akan selesai satu persatu.
5. Lipat Kain
Ini paling mencabar, rasa malas sangat nak melipat kain. Tapi jangan risau, boleh je lipat sambil-sambil tengok tv ke, tunggu ikan atas dapur tu masak ke ha kan senang. Kena pandai jugak asingkan jenis-jenis baju barulah tak serabut masa nak lipat. Yang kecik-kecik macam stokin dan pakaian dalam tu boleh buat hujung-hujung. Asalkan yang besar-besar ni dah settle.
6. Kurangkan Screen Time
Masa anak-anak ada kat rumah, elakkan main gadjet. Mungkin ada yang terfikir masa ini lah nak catch up dengan update kawan-kawan di media sosial kan dan berita terkini kan. Cuba luangkan masa bersama anak-anak supaya ada “balance” lah masa bekerja dan masa yang diluangkan bersama anak-anak. Haaa… mak-mak kenalah rajin buat aktiviti di rumah bersama anak-anak. Bila otak anak-anak dah penat, cepatlah diorang tidur. Maka cepatlah kita boleh siapkan kerja tanpa diganggu oleh mereka.
7. Bersenam
Alasan je tak ada masa nak buat senaman, mak-mak boleh buat 10 benda dalam 1 masa. Takkan nak bersenam 30 minit pon tak sempat kan. Boleh je sambil goreng ikan tu sambil angkat dumb bell sebelah haa barulah kuat sikit tangan menggoreng ikan. Bila dah bersenam, barulah segar dan emosi tak cepat penat. Boleh cuba dan biasakan!
8. Solat Sunat
Antara kunci rezeki dalam kehidupan yang orang paling jarang amalkan. Tahu tak kuasa DOA seorang mak-mak sangat luar biasa? Lepas hantar anak ke sekolah boleh buat sunat dhuha. Jadi kalau buat, eloklah selit doa buat suami dan anak-anak serta mak ayah kat kampung. In shaa Allah hidup tu lebih tenang.
9. Bersihkan Sinki
Jangan ajar anak-anak letak dalam sinki selepas makan dan minum. Ajar mereka untuk terus basuh pinggan sendiri selepas makan. Ha ini termasuk untuk anak lelaki. Kerja rumah tak ada “gender roles” sebab ia hanya asas kehidupan yang semua orang wajib buat. Tak kan nak jadi malas kan? Paling penting, sebelum tidur malam pastikan sinki bersih tanpa sebarang kotoran supaya tak ada binatang kotor datang.
10. Reward Diri
Perempuan mana je tak suka dapat hadiah dan manjakan diri sendiri? Jadi andai kata dapat duit poket lebih dari suami, bolehlah guna duit tu untuk keperluan sendiri.
Cuba jangan fikir anak-anak dan suami sebab mereka dah lengkap dengan keperluan memandangkan mak-mak sendiri yang urus pakai minum mereka.
Cuba ‘me time’ dengan kawan-kawan. Bukan selalu pun, kalau dapat merasa mesti rasa seronok!
Sebenarnya kebanyakan isteri bukan tak ada masa, cuma tak pandai uruskan masa. Akhirnya rasa penat dan tak cukup rehat yang kadang boleh buat diri stress sampai menangis. Kalau rajin, buatkan jadual sendiri supaya lebih teratur.
USAHAWAN kosmetik terkenal dan pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, 37, membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia nyanyian.
Menurutnya, beliau berkeputusan sedemikian atas faktor semakin berusia dan sering terpalit dengan isu kontroversi.
Baru-baru ini beliau dikecam hebat kerana mengeluarkan lagu raya yang dikatakan tidak menghormati budaya dan agama sendiri.
“Tahun ni adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini paling suwey (malang).
“Setiap gerak geri saya dikritik. Kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan.
“Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” jelasnya kepada Harian Metro ketika ditemui sewaktu Majlis Rumah Terbuka Terlajak Raya di Glamhall Damansara pada petang Ahad.
Beliau juga menjelaskan bahawa keadaan ekonomi sekarang turut menyebabkan kes samannya mencabar dan memberi kesan kepada emosinya.
Pengunduran beliau dalam dunia nyanyian turut dianggap sebagai pembuka jalan kepada artis-artis baharu nak up (BBNU) untuk menyerlah.
“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya.
“Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” sambungnya lagi.
Pada April lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya.
Rakaman percakapan tersebut adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubungan dengan kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik beliau.
Menurut Aliff, video teaser yang dimuat naik itu cumalah prank untuk hari April Fool sahaja. Dia hanya ingin bergurau dengan rakyat Malaysia.
Telefon bimbit dan kad sim miliknya turut disita dan dihantar ke Unit Forensik untuk siasatan lanjut.
Beliau turut mempersoalkan sikap netizen yang lebih gemar dengan ‘content’ (kandungan) yang diciptanya berbanding objektif utama perniagaannya.
Katanya ia secara tidak langsung memaksanya untuk menghasilkan kandungan yang dapat alih perhatian netizen hingga berdepan dengan kritikan dan kecaman.
“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu menambah, orang di negara ini lebih gemar melihat kandungan yang bersifat mengaibkan seperti saman, tangkap basah dan sebagainya.
Semua wanita mesti ada dapur idaman sendiri kan. Tipu lah kalau tak ada. Walaupun yang sibuk bekerja jarang memasak, dapur tu tetap nak guna setiap hari.
Mesti dalam fikiran masing-masing dah ada tema macam mana yang nak decor untuk dapur idaman.
Tapi bila dah plan tu, jangan lupa beli barang-barang yang penting. Nanti kang sia-sia itu tak kena ini tak kena.
Jangan beli sendiri pulak, boleh tanya pendapat contractor atau orang yang lebih tahu. Jom kita tengok antara peralatan dapur yang wajib dibeli sebelum nak renovate dapur.
DAPUR MASAK
Dapur masak ni benda paling penting kalau ada plan untuk nak buat dapur jenis built in. Beli dapur masak awal-awal supaya boleh plan untuk muatkan di counter top.
Nanti dah terbeli tapi tak kena dengan saiz kan dah rugi. Tak kisah la dapur gas ke induction cooker ke. Kena pastikan ia muat betul-betul.
HOOD
Contractor ada sarankan untuk beli cooker hood awal supaya senang untuk buat ukuran kitchen bahagian atas untuk “rumah” atau bumbung hood tu nanti.
Boleh la pilih yang kena dengan warna tema dapur. Kalau pilih warna hitam kang cepat nampak habuk. Kalau pilih warna putih pulak senang kotor. Ha ikutlah pilihan masing-masing ya.
PETI AIS
Ha antara bab paling best ni. Lagi-lagi ibu-ibu yang semangat je nak organize peti ais bagi kemas. Dah boleh plan ruangan mana nak letak bekas kecil, bekas besar dan botol-botol. Senang la sikit nak survey yang mana sesuai. Kalau ada duit lebih boleh la cuba peti ais ketuk-ketuk cermin tu hehe.
WORKSTATION SINK
Untuk yang selalu memasak, penting untuk ada workstation sink yang luas. Bila workstation sink sempit, tak puas untuk kita gunakan nak prepare bahan-bahan masak. Bila luas, takde la terjatuh botol kaca ke, bahan jatuh dalam sink ke kan. Sink pon kena dapatkan ukuran awal supaya nanti tak salah tebuk lubang pada table top.
FAUCET
Faucet ni better beli yang stretchable dan boleh rotate untuk mudahkan kerja bersihkan sinki. Ada banyak jenis, kalau dah tengok memang rambang mata walaupun beli faucet di kedai DIY. Apa pon, pilih lah yang kena dengan keselesaan sendiri untuk digunakan. Faucet ni nak guna hari-hari tau.
Semoga tips yang dikongsikan oleh Restununa dapat bagi idea kepada korang yang nak renovate dapur idaman sendiri secara DIY. Biar murah asal berkualiti dan tahan lama.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...