Masakan Char Kuey Teow adalah antara yang digemari oleh seisi keluarga. Jika makan panas-panas memang sedap. Namun nak buat jadi lebih sedap bukan hanya bahan menumisnya tetap pesnya.
Ada rahsia untuk buat pesnya jadi lebih sedap untuk dicampur dengan masakan Char Kuey Teow.
Wanita ini berkongsi rahsianya, katanya setelah berkali melakukan percubaan akhirnya berjaya mendapat rasa masakan yang enak.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
RESEPI CHAR KUEY TEOW SEDAP & MUDAH
Lepas beberapa kali percubaan, inilah resepi char kuey teow yang saya dah olah dan paling menjadi. Bila rasa nak makan, mudah je sebab pesnya dah tersedia.
Caranya cukup mudah.
BAHAN PES
1 kg udang (ambil kulit & kepala untuk buat pati)
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih diketuk
CARA-CARA
1. REBUS KULIT & KEPALA UDANG
Mula-mula siang udang, kemudian ambil kulit dan kepalanya.
Rebuskan sampai masak/ bertukar warna oren.
2. KISAR & TAPIS
Biar sejuk sikit dan lepas tu bolehlah kisarkan kepala udang dan kulitnya bersama air rebusan tadi.
Tapiskan hampas dan ambil airnya.
Hampas tu boleh buang atau buat baja
3. MASAK PES
Kemudian ambil pati udang tadi dan masak semula atas api.
Campurkan kicap manis, kicap pekat, sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh ke dalam air tapisan udang tadi.
Lepas tu tambahkan 6 ulas bawang putih yang diketuk.
4. TUNGGU HINGGA PEKAT
Bila semua bahan tadi dah mendidih, perlahankan api dan biarkan dalam 30 minit atau lebih.
Air rebusan tadi akan menjadi lebih pekat dan bawang putihpun dah hancur.
Boleh tengok beza garisan atas masa awal masak dan garisan bawah selepas 30 minit.
5. MASAK DENGAN KUEY TEOW
Bila dah siap pesnya tadi, sekarang bolehlah kita guna pes ni untuk masak char kuey teow.
MUDAH AJE MASAK LETAK PES CHAR KUEY TEOW, GERENTI SEDAP!
Masak sepinggan sepinggan lagi sedap tau, baru rasa dia ‘kick’!
Caranya, tumis 2 ulas bawang putih dan masukkan udang. Letak 1 senduk pes char kuey teow tadi dan sedikit air.
Tambah kuey teow, lepas tu pecahkan telur sebiji. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula.
Last sekali masukkan taugeh dan daun kucai. Siap
Sumber: Roshidah Abu Bakar Shidah