Pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu. Anak yang dahulunya kecil kini telah pun meningkat usianya. Seakan tidak percaya pula masa berlalu begitu pantas.
Begitulah yang sering kita sebagai ibu rasai setiap kali meraikan sambutan hari lahir anak-anak. Sedar-sedar sudah belasan tahun usianya.
Pengalaman yang sama juga dirasai oleh Serina Redzuawan yang juga merupakan anak kepada chef terkenal Malaysia, Chef Wan, dan kini juga Pengarah Urusan Serina Food Empire apabila pada 13 September yang lalu, meraikan sambutan ulang tahun ke 12 anak sulungnya, Tristan Tarreef.
Berkongsi saat bermakna itu, Serina memuat naik video di instagramnya dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.
“Syukur Alhamdulillah Anakku Tristan Tarreef dipanjangkan umur hari ni genap 12 Tahun anak bujangku, TQ Papa @_chefwan58 belanja lunch also belikan Hadiah for Tristan & Bella juga. You are the best Atok!! 😘 Ibu doakan selalu Tristan Tareef jadi anak yg soleh, pelindung keluarga bila dewasa aminn.. always jadi anak yang menghormati orang tua, Ibu bangga lahirkan Abang di dunia ni, anak ibu ni anak yg baik taat, tak pernah berkasar & lawan cakap Ibu. Bila Ibu sedih abang peluk ibu dia faham ibu diduga dengan pelbagai ujian. Alhamdulillah tetap tabah & redha akhirnya selepas hujan ribut Allah kurniakan Pelangi. Terima Kasih Ayah Aidid terima anak anak kita dengan Ikhlas hati. Moga Allah SWT beri ganjaran & pahala di akhirat. Love My family so much!!🥳🎂❤,” tulis Serina.
Di majlis sambutan hari jadi itu juga turut hadir atuknya Chef Wan, pakciknya Chef Riz bersama isterinya, ibunya dan adiknya Isabella Saffiya. Tristan dan Isabella merupakan anak Serina dan bekas suaminya yang pertama.
Ads
Sambutan tersebut diadakan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur secara peribadi dan santai. Hanya beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang terlibat dalam sambutan hari kelahiran Tristan.
Selain itu Serina juga telah memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagramnya mengenai sambutan hari jadi anak sulungnya dan turut dikongsikan bahawa anak lelakinya itu sangat manja orangnya.
“Nampak kan Tristan ni orang nya jenis sopan malu malu gitu..tapi manja sangat..kalau tidur mesti nak berkepit bawak ketiak Ibu dia. U will always be my baby Tristan Tareef , walaupun abang dah jadi anak bujang. Sekejap je masa berjalan, rindunya zaman masa dia baby 👼,” tulis Serina di posting yang berbeza.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kata-kata yang dititipkan oleh Serina untuk anak sulungnya itu. Rata-rata ramai mengaminkan semoga doa-doa Serina dimakbulkan satu hari nanti dan semoga Tristan membesar menjadi seorang yang sehebat ahli-ahli keluarganya.
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Menjelang Hari Raya pelbagai persiapan dirancang untuk memastikan kemeriahan dirasai seluruh ahli keluarga. Pening juga memikirkan nak beli itu dan ini. Belum lagi termasuk baju raya dan bahan-bahan untuk juadah hari raya.
Memahami kebimbangan dan kemelut kenaikan harga barang, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memberi bantuan khas kewangan aidilifitri sewaktu berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pasti ramai yang menarik nafas lega.
Beliau menjelaskan bahawa bantuan kewangan itu membabitkan kakitangan penjawat awam dan pesara kerajaan.
1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
Ujar beliau, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
Difahamkan bantuan itu akan disalurkan seawal 5 April 2024 pada hari jumaat ini.
Sebelum ini, kakitangan kerajaan telah mendapat bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Ia bertujuan untuk meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
Ibu bapa boleh jadi faktor ‘membiaknya’ buli, jangan hanya salahkan Guru – Asyraf Wajdi. Faktor rumah tangga dan peranan ibu bapa dilihat menjadi antara penyumbang utama kepada gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah, menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Ibu Bapa Boleh Jadi Faktor ‘Membiaknya’ Buli, Jangan Hanya Salahkan Guru – Asyraf Wajdi
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook pada hari Rabu, beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada guru atau pelajar semata-mata.
“Kita tidak boleh hanya menyalahkan pelajar atau pendidik. Keadaan dalam keluarga serta sikap ibu bapa turut memainkan peranan besar dalam mencorakkan tingkah laku anak-anak, termasuk kecenderungan kepada perbuatan membuli yang akhirnya terbawa ke sekolah atau asrama,” jelas beliau.
Kenyataan tersebut dibuat susulan laporan oleh media pada Isnin yang menyatakan bahawa pihak MARA telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap satu kes buli yang dikatakan berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di bahagian utara negara.
Insiden tersebut mencetuskan kemarahan ramai selepas satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial, memaparkan beberapa pelajar yang bertindak memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki lain. Lebih membimbangkan, mangsa turut diikat kakinya menggunakan tali pinggang tanpa menunjukkan sebarang usaha untuk melawan.
Berikutan siasatan dalaman yang dilakukan, Asyraf Wajdi memaklumkan bahawa tujuh pelajar yang terlibat dalam kejadian tersebut telah disyorkan untuk diberhentikan daripada pengajian di institusi berkenaan.
Hasil keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) mendapati bahawa daripada tujuh pelajar terbabit, dua daripadanya memainkan peranan utama dalam tindakan membuli, manakala lima lagi dikenal pasti bersubahat.
“Kesemua mereka telah dicadangkan untuk ditamatkan pengajian di MRSM sebagai langkah tegas terhadap sebarang bentuk salah laku yang mencemarkan nama institusi pendidikan,” ujarnya lagi.
Insiden kereta meletup dan terputus dua sehingga mengorbankan pemandunya dan melibatkan 5 buah kereta lain yang berada berhampiran dengannya.
Malang tidak berbau, tiada sangka kemalangan seperti ini boleh berlaku. Kejadian letupan yang kuat berlaku di Kampung Sireh, Kota Bharu kira-kira pukul 7 petang pada 21/5/2021 turut memberi kesan kepada kenderaan lain.
Noor Aslinda (tengah) bersama Nur Anis (kanan) Muhammad Aiman menunjukkan SUV Honda CRV mereka yang rosak akibat letupan. Foto: Sumber Harian Metro
Menceritakan detik cemas puan Noor Asninda Zakaria, 39 antara mangsa dalam kejadian letupan itu melahirkan rasa syukur dapat menyelamatkan diri bersama dua anaknya.
“Saya bersama dua anak berlari sejauh 50 meter untuk menyelamatkan diri apabila salah sebuah kereta yang berada di belakang kami terbakar sebelum meletup.”
BERGEGAS KELUAR
Menurutnya lagi, ketika kejadian beliau memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV, ketika berhenti di lampu isyarat, dan terlihat di cermin sisi terdapat kereta di belakang mereka terbakar dan terus meletup.
“Ketika letupan itu, kami masih berada di dalam kereta dan bergegar keluar dalam keadaan kelam kabut serta berkabus disebabkan kepulan asap kerana bimbang kereta lain pula akan meletup.”
LAUNG ALLAHUAKBAR
Dalam keadaan kelam kabut menyelamatkan diri, mereka melaungkan Allahuakbar akibat terkejut dengan apa yang dilihat di depan mata.
“Ketika berlari itu Muhammad Aiman tidak berhenti menyebut Allahuakbar kerana terkejut dengan insiden secara tiba-tiba itu,”
TRAUMA
Tidak dinafikan kejadian itu telah memberi impak kepada dirinya sehingga mengalami gangguan kesukaran untuk tidur ekoran masih trauma dengan insiden letupan itu.