Kaletah Fatima sentiasa mencuit hati, pelbagai gelagat dipaparkan di media sosial oleh mommy dan daddynya membuatkan ramai geram. Sementelah makin membesar, ada sahaja gelagatnya yang mengundang perhatian.
Kesayangan Fattah Amin dan Nur Fazura ini sememangnya seorang anak kecil yang tidak lokek. Saling tak tumpah dengan daddy dan mommynya. Menjengah ke ruangan Instagram dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat si kecil ini ketika bersama moyangnya.Fatima yang kelihatan berada di atas ribaan Fazura pantas, nampak comel dan sempat mencuit manja tangan Moyangnya. Dengan muka yang tersenyum-senyum memandang Moyang, Fattah yang turut berada di situ meminta anaknya bersalam dengan Moyang.
Namun, apa yang melucukan si kecil ini memberikan simbol mini love membuatkan ramai terhibur.
Fatima with her Moyang. Comel dengan Mini Love ♥️🥰
Fatima bukan sahaja menjadi kesayangan Fazura dan Fattah Amin malahan peminat-peminat pasangan ini juga menyayangi anak perempuan pasangan sama cantik sama padan ini.
Rata-rata warganet teruja dan memuji akan kecomelan Fatima di samping ibu dan ayahnya.
Pada 2 Oktober tahun lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.
Kanak-kanak perempuan hidap Cerebral Palsy ‘idam’ nak berjalan, “Mama, bila Kakak boleh berjalan?.” Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.
Pertanyaan itu pastinya membuatkan ibu berusia 35 tahun itu tersentak mendengarnya. Namun Nor Nazlia dari Bukit Rangin, Kuantan berkata, dia tidak dapat menunjukkan kesedihan di depan Puteri Irfa Mikayla sebaliknya perlu memberi semangat kepada anak sulungnya itu supaya tidak berasa kekurangan.
“Kalau tak nak dia berasa ‘down’, saya akan beritahu dia kakak (nama panggilan buat anak) insan terpilih dan istimewa, sebab itu tak sama macam orang lain.
Alhamdulillah, anak faham dan bila pergi sekolah (tadika) dan ada kawan tanya, dia akan beritahu kakinya sakit dan dia istimewa cuma sejak akhir-akhir ini kerap juga dia bertanya.
“Sebagai ibu, saya tak boleh ‘down’ depan dia tapi kena pastikan anak kuat semangat dan setakat ini, penerimaan guru dan murid terhadap anak baik malah tiada rakan mengejeknya,” katanya.
Bercerita lanjut, Nor Nazlia berkata, Puteri Irfa Mikayla dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 28 minggu hingga ditahan selama dua bulan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selepas kelahirannya.
Menurutnya, pada awalnya, doktor tidak dapat mengesan kelainan pada Puteri Irfa Mikayla namun dia dan suami, Saiful Nizam Zakaria, 38, menyedari ada tidak kena ketika anak mereka berumur enam bulan.
Katanya, ketika itu, dan suami nampak perkembangan Puteri Irfa Mikalya tidak seperti bayi seusianya kerana masih belum dapat merangkak sebaliknya berguling dan sengetkan badan untuk bergerak.
“Tapi ketika kakak berumur setahun, baru kami dapat pengesahan doktor yang dia menghidap CP Diplegic akibat kecederaan pada otak dan kelahiran pramatang.
“Keputusan itu pun diperoleh hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan memang sedih bila dapat tahu kerana lapan tahun saya dengan suami tunggu kehadiran anak pertama.
“Bagaimanapun, kesedihan itu tak lama kerana akhirnya dapat terima dan keluarga banyak beri semangat untuk kuat membesarkan kakak walaupun tiada pengalaman menjaga anak istimewa,” katanya.
Nor Nazlia berkata, penyakit dihidapi menyebabkan Puteri Irfa Mikayla tidak dapat berjalan seperti biasa dan bergerak menggunakan alat bantu berjalan atau ‘walker’ dan tongkat.
Katanya, Puteri Irfa Mikayla dilatih menggunakan ‘walker’ sejak berumur setahun lagi dan kini membiasakan diri berjalan dengan tongkat.
“Dia memang tak kuat berjalan sendiri jadi kena berpaut pada ‘walker’ dan tongkat atau berlutut.
“Tapi di sekolah, kakak terang hati kerana cikgu beritahu bacaannya dalam Iqra’ lancar berbanding murid lain, dia pun sudah boleh membaca buku murid enam tahun.
“Selain bacaan al-Fatihah, doa makan dan naik kenderaan, kakak juga sudah menghafaz tiga Qul, doa solat Duha, Qunut Nazilah dan surah al-Mulk yang akan dipasang sebelum tidur,” katanya.
Sebagai ibu, Nor Nazlia hanya mengharap yang terbaik buat Puteri Irfa Mikayla malah akan terus berdoa semoga ada keajaiban buat anaknya itu berjalan seperti insan normal satu hari nanti.
Dia juga berharap impian Puteri Irfa Mikayla menjadi doktor tercapai apabila dewasa nanti.
“Penyakitnya tiada penawar namun saya dan suami cuba ikhtiar selagi termampu. Salah satu rutin dilakukan kini adalah berdiri satu jam sehari di atas alat khas (standing frame) untuk membantunya berdiri.
“Nampak ada perkembangan positif walaupun proses itu mengambil masa namun terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kakak terutama pengikut TikTok kerana ada juga dari Indonesia.
“Bagi saya, kakak anugerah terindah dalam hidup saya dan suami sesuai dengan makna namanya iaitu anugerah Allah SWT yang membahagiakan serta sangat senang dijaga sejak kecil hingga kini,” katanya.
Memang tidak dinafikan salah seorang anak akan menyerupai ibunya apabila meningkat dewasa.
Sebagaimana perkongsian yang dikongsi oleh adik Neelofa atau dikenali sebagai instafamous Ameera Khan dengan nama komersialnya, Little Miss Khan telah menarik perhatina netizen baru-baru ini.
Foto tersebut memaparkan gambar throwback bersama ibunya, Noor Kartini usai melahirkannya.
Biarpun hanya kapsyen ringkas, perkongsian ini telah mendapat ratusan komen yang teruja melihat wajah ibunya seakan neelofa.
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Ke mana-mana sahaja kakinya melangkah, pasti dia sentiasa mencuri perhatian. Mana taknya dia ibarat idola buat semua ibu-ibu untuk bergaya. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
Walaupun usia sudah melepasi 40an, Che Ta tetap kekal cantik bergaya, tidak pernah kalah berfesyen malah citarasanya jauh terkedepan. Langsing usah cakaplah, mengalahkan anak dara persisnya.
Pastinya bukan hanya produk yang diamalkan oleh wanita tinggi lampai kelahiran negeri Kedah ini. Ibu kepada Ammar Effendy, Aniq Ezzra, dan puteri kesayangan semua, Aaisyah Dhia Rana ini rupanya turut mengamalkan petua tradisional untuk kekal langsing dan jelita.
Amalkan Bahan Semujadi
Che Ta akhirnya berkongsi rahsia kurusnya di instagramnya sebelum ini. Katanya inilah amalan yang dilakukannya sejak dulu. Bolehlah kita cuba. Ini yang dikongsikan oleh Che Ta.
Qamai sangat yang tanya , bahan- bahan tadi nak buat gena? Leceh memang leceh tapu nak kurus tanpa keluaq modai besaq memang leceh .. nak cantik kan ? Jangan mengeluh. Ha begitu kata Che Ta di instagramnya. Jom tengok cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
Delima
Buah beri
Delima
Epal
Asam keping
Caranya:
1. Rebus asam keping terlebih dahulu.
2. Kisarkan bahan-bahan lain dengan air secukupnya.
Kata Che Ta kurma bekalkan kita tenaga setiap hari manakala asam keping pula membuang lemak dalam badan. Epal hijau pula membuang toksin dalam badan. Malah katanya inilah yang buat perut kita buncit.
Minumlah sebanyak mana yang kita boleh minum setiap hari. Tapi leceh sikitlah, nak cantik takpe. Sedap macam yogurt. Kena rajin nak cantik ye.
Sumber: instagram @rozitachewan1
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.