Sakit tumit bukan hanya dialami oleh wanita berusia sahaja tetapi ada sesetengah golongan muda mengalami masalah ini.
Sakit sebelum waktunya ini pasti buat kita rasa tertekan.
Masalah berat badan merupakan punca terbesar masalah ini. Tak kurang juga disebabkan oleh gangguan tulang dan sebagainya.
Jika anda memilih untuk tidak berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan lanjut ada baiknya anda cuba 4 petua ini.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari.
Cara 1
Ads
Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda. Panaskan tungku selama 20 minit dan tekan pada kaki. Lakukan setiap hari pada tumit.
Balut kemas tungku panas tadi.
Ads
Cara 2
Anda boleh juga menggunakan betik muda. Caranya adalah dengan memanaskan betik muda di atas api kecil. Angkat dan kemudian letakkan kaki di ataskan hingga betik sejuk. Lakukan setiap hari.
Setiap pagi biasakan minum segelas lemon panas. Selain itu boleh juga buatkan air detoks lemon dan minum setiap kali bangun tidur. Amalan ini bagi membuang toksin dan sekaligus meredakan masalah pada kaki.
Cara 4
Setiap kali bangun pagi, amalkan makan bawang putih yang dibakar. Lakukan amalan ini setiap pagi. Bawang putih baik untuk memulihkan masalah angin dan meredakan kesakitan.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul. Mungkin nampak kejam dan tidak berhati perut, namun si ayah ini tidak punya pilihan lain apabila menempatkan tiga anaknya di sebuah bangsal sebesar reban ayam.
Ini bertujuan mengelakkan ketiga-tiga mereka bertindak agresif. Di situlah dunia dan tempat ketiga-tiga mereka yang dikategorikan lembam dan juga mental berteduh.
Menurut Mamat @ Mohd Zain Idris, 70, dia membina bangsal tersebut berhampiran rumahnya apabila terpaksa mengasingkan ketiga-tiga anaknya itu bagi mengelak bertindak agresif terhadap empat cucu yang tinggal bersama.
Bangsal daripada kayu dan zink terbuang itu menjadi tempat tinggal dua anak yang mengalami masalah mental, Mohd Fakrul Anuar, 46 dan Mohd Aris, 36, serta anaknya lembam Mohd Hanafiah, 34.
Ihsan sedekah orang ramai
Mamat berkata, tiga bangsal itu dibina apabila empat cucu berusia 6 hingga 15 tahun tinggal bersamanya dan isteri, Aminah Harun, 55, selepas tiga anak perempuan bercerai dan meninggalkan mereka.
Dua lagi anaknya juga lembam, Nor Albaniah, 27, sudah berumahtangga serta disara suaminya manakala Samsuri, 25, tinggal di dalam rumahnya yang diubah suai dan dipisahkan dengan batu-bata.
“Saya sara 9 ahli keluarga dengan ihsan sedekah orang ramai kerana tak larat untuk bekerja buruh lagi. Mujurlah adik saya yang tinggal sebelah rumah hulurkan makanan setiap hari untuk kami 10 sekeluarga
“Kalau ada beras atau makanan boleh dibuat lauk yang disedekahkan orang ramai, saya masak sendiri,” katanya.
Ulang-alik hantar cucu
Menurutnya, selain menguruskan makan minum empat anak mental dan lembam, dia juga berulang-alik menghantar tiga cucunya ke Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjong dan tadika menaiki motosikal.
“Cucu yang sudah sekolah menengah pergi sendiri ke sekolah. Membesarkan empat cucu ini sudah menjadi tanggungjawab saya, nak harapkan kepada anak-anak bantu, mereka pun saya jaga.
“Mohd Fakrul Anuar kerja cari besi buruk tapi perlu ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu setiap bulan untuk rawatan susulan penyakit mentalnya.
“Mohd Aris yang sering merayau pula setiap bulan perlu disuntik ubat penenang kerana dia agresif,” katanya.
kemurungan selepas ibu meninggal dunia
Mamat berkata, penyakit mental ini dihidapi kedua-dua anak lelakinya itu sejak remaja disebabkan kemurungan kerana ibu mereka yang juga isteri pertamanya meninggal dunia.
“Anak-anak saya tak ada kad orang kurang upaya (OKU) sebab belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Isteri ada masalah jantung dan tiroid
Menurutnya, isteri yang bekerja sebagai pembantu kantin sering menolongnya menyara keluarga sebelum terpaksa berhenti kerja setahun lalu.
“Isteri saya mempunyai masalah jantung dan menghidap tiroid. Dia pula perlu dibedah pada 25 Mei ini,” katanya.
Dalam pada itu, keluarga berkenaan juga mendapat perhatian Imam Masjid Mukim Paloh, Muhamad Husin dan menjadi antara asnaf yang sering menerima bantuan zakat dan beras.
Orang ramai yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Mamat @ Mohd Zain 153039270207 atau hubunginya di talian 012-9685549.
Bila keluar rumah pada waktu tengah hari, kita akan rasa bahang kepanasannya, dan sekali gus membuatkan kita anak beranak tidak selesa untuk melakukan aktiviti di luar rumah.
Begitu juga jika sedang menaiki kereta yang mana aircond tidak lagi terasa sejuk. Boleh berpeluh juga dibuatnya, dan pastinya semua yang ada di dalam kenderaan merasa tidak selesa.Hendak dibaiki pada waktu terdekat, duit pula banyak digunakan untuk keperluan lain.
Jadi, ini penyelesaiannya. Tanpa perlu menggunakan duit, aircond kereta akan dapat berfungsi dengan baik bila anda segera lakukan ini.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Farizah, jom semak.
Serious AIRCOND KERETA terus jadi SEJUK!!!Menyesal tak buat dari dulu. Tak payah keluarkan duit pun! Tak sampai 5 minit dah siap. Jom try!
Sebelum ni kalau duduk dalam kereta time tengah hari, memang macam dalam oven. Aircond on paling high pun masih berpeluh. Rupa-rupanya sebab penapis dia penuh dengan habuk!
Aircond tidak sejuk dipengaruhi banyak faktor, kadang-kadang disebabkan cooling coil bocor, kompessor, kipas, gas aircond bocor dan macam-macam lagi.
Tapi kadang-kadang sebab penapis penuh dengan habuk je! Jadi boleh la try cara ini dulu sebelum ke workshop. Tak ada la terkopak duit beratus.
Cara-caranya:-
1) – Buka drawer kat dashboard tempat penumpang depan tu dan tarik keluar
2) – Akan nampak ada satu box hitam kecil dalam tu, buka penutup box tu
3) – Tarik keluar penapis berbentuk segi empat
4) – Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk
5) – Ketuk dan bersihkan segala habuk
6) – Selepas dah bersih, letak balik penapis tu
7) – Lepastu pasang balik penutup dan drawer tu.
(Buat masa enjin kereta off ye)
Lepastu on enjin dan test aircond korang! Mesti dah sejuk angin dia!
Kalau tak sejuk juga maksudnya kena hantar workshop la tu, ada masalah aircond lain.
Siapa yang dh cuba nnt share la hasilnya sejuk ke tidak. Tak sampai 5 minit pun nak buat. Memang senang.
Kebanyakan kereta kat malaysia ni, kat situ la kedudukan penapis tu. Kalau kereta pelik-pelik skit, tak tau la kat mana, pergi tanya kat workshop hehe. Proton, perodua dan kebanyakan honda kat situ la.
Sebaik sahaja selesai melahirkan anak, menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama.
Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa. Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu disarankan waktu pantang.
Malah menurut perkongsian Pn Mastura Rashid, buah oren ini juga menjadi pilihannya waktu berpantang kerana mempunyai khasiat berganda.
Waktu pantang dulu, buah oren ni antara buah wajib saya makan setiap hari. Selain dari menghilangkan kering tekak, ia juga salah satu cara berkesan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.
Biasanya ketika berpantang, saya akan makan buah oren, madu sidr, minum air lemon, dan minuman herba. Herba pun saya tak makan yang ada fungsi perapat, ubat periuk atau jamu.
Biasanya lunch mak akan bagi saya makan sup belut atau belut bakar, bersama dengan kunyit muda, sambal cicah lada hitam, pucuk mengkudu, berselang seli dengan ikan selar atau tenggiri.
Belut ni abang yang carikan di pasar pasir puteh. Tak tahulah sekarang ada lagi ke tidak orang tu.
Berbalik pada oren, sifat oren ni panas, manis dan berasid. Jadi mak-mak yang takut makan buah sejuk dalam pantang, oren ni selamat dimakan. InsyaAllah tak kena bentan urat.
Saya pernah makan pisang nangka cheese dalam pantang sebab teringin sangat lepas tengok iklan dia. Aduhh tak tahulah nak cakap macamana sakitnya badan selepas tu. Menitik-nitik darah keluar kerana bentan. Syukur mak ada.
Lain orang lain ya penerimaan badan dia ketika berpantang. Ada makanan saya boleh makan, tapi mak lain tidak.
Sambung pasal oren. Dalam perubatan cina, buah oren ni bagus untuk kesihatan peparu dan limpa.
Untuk orang yang kurang selera makan, makan buah oren boleh meningkatkan selera makan. Bagus untuk anak-anak yang susah nak makan.
Orang yang ada water retention (bengkak badan bila bangun pagi), buah oren pun salah satu remedi terbaik selain dari lemon.
Kalau ada masalah peluh yang keterlaluan hingga rasa mengganggu orang sekeliling, makan buah oren banyak-banyak okeh. Bau badan pun akan berkurangan.
Buah oren pun boleh kurangkan risiko angin pasang. Bukan lelaki je ada masalah angin pasang tau, perempuan pun sama.
Pagi ni saya minum air kulit oren dengan halia kering. Kulit oren pun ada khasiat dia.
Kalau rasa loya, ada muntah-muntah, sakit perut dan gastrik, minum air kulit oren okeh. Basuh bersih kulit oren, keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Kalau ada dehydrator, lagi bagus. Pengeringan pun sekata dan cantik je.
Kalau biasa minum air kulit oren, bau mulut pun wangi je. Kahak yang tersangkut di tekak pun akan kurang. Lagi bagus jika diminum dengan madu asli, bukan gula.
Sebab apa saja minuman yang diminum untuk tujuan kesihatan, fungsinya rosak bila dicampur gula.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.