Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelakon, Imran Aqil yang berkongsi berita gembira isterinya, Dahlia Rizal yang kini sedang hamil anak pertama mereka.
Imran atau nama lengkapnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin berkata, Dahlia berada dalam keadaan yang baik meskipun dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, Dahlia bertambah sihat cuma baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital selama dua malam kerana kekurangan gula dalam badan dan tekanan darah rendah sehingga pengsan di sebuah restoran.
“Alhamdulillah, kandungan juga okay.
Ads
“Saya juga banyak nasihatkan dia untuk ambil ‘job’ yang tidak terlalu berat,” ujarnya berkongsi.
Syukur isteri tak ada alahan
Berkongsi kisah kehamilan isterinya itu, akui bekas peserta program Hero Remaja ini lagi, dia dan isteri teramat bersyukur dengan rezeki hebat itu.
Ads
Malah kata Imran Aqil lagi, dia lega kerana isterinya itu tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan.
“Alhamdulillah, setakat ini Dahlia tiada sebarang alahan bahkan dia juga tidak ada alahan dengan saya.
“Itu pun saya takut juga sebab sesetengah orang ada alahan tak boleh bau suami tapi Alhamdulillah tak ada. Cuma makin ‘clingy’ itu adalah,” kongsinya lagi.
Ads
Akui Imran lagi, dia kini banyak mempelajari ilmu keibubapaan melalui ibunya namun berniat untuk mendaftar kelas antenatal sebagai persediaan menyambut bayi sulung mereka.
“Kalau persediaan bergelar bapa, saya ada juga nak daftar kelas tapi mak saya sendiri kata, ‘Biar dia yang ajar’,” ceritanya.
Terdahulu, ramai yang mendakwa Dahlia Rizal kini hamil anak pertama selepas bentuk badannya kelihatan berisi sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama Imran.
Imran dan Dahlia telah selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Villa Istana Ayer Keroh Melaka, pada September tahun lalu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari Deepavali tidak akan lengkap tanpa adanya juadah Deepavali yang semestinya membangkitkan selera anda. Pastinya inilah masanya untuk kita saling ziarah rakan-rakan yang berbangsa India agar dapat menilmati keaslian masakannya. Inilah beruntungnya negara berbilang bangsa.
Selamat Hari Deepavali untuk semua rakyat Malaysia.
Ladoo ialah pemanis mulut yang paling penting pada hari Deepavali, dan ianya adalah makanan istimewa bersaiz bola golf yang berwarna-warni. Ada banyak jenis ladoo untuk dipilih, iaitu bebola minyak sapi, ladoo buah kering, ladoo kekacang, dan yang paling biasa dihidang ialah ladoo berperisa air gula seperti ladoo air mawar, yang pastinya akan memberi rasa semanis syurga kepada deria rasa anda.
Gula-gula kelapa ialah gula-gula yang padat, manis dan berasaskan susu. Pemanis mulut jenis mithai (manisan India) ini adalah pembuka selera klasik kaum India yang tiada siapa akan menolak. Gula-gula kelapa adalah diperbuat daripada kelapa, susu pekat dan gula yang kesemuanya dimasak sehingga memejal. Dari segi bentuk, gula-gula kelapa lazimnya dipotong kepada bentuk-bentuk petak, berlian atau pun bulat.
Jalebi adalah kuih kecil berwarna kuning cerah dan seakan-akan kek funnel. Ia diperbuat daripada adunan tepung kosong yang digoreng dalam bentuk pretzel atau bulat, dan kemudian direndam dalam air gula safron untuk mendapatkan warna kejingga-jinggaan. Untuk menjadikan lapisan luar kuih itu rangup, ia direndam di dalam air gula safron lalu dikeringkan. Kuih ini mempunyai tekstur yang kenyal dengan lapisan luar yang bergula. Jalebi semestinya akan melonjakkan citarasa anda!
Payasam ialah puding enak berasaskan susu yang berasal dari sub-benua India dan diperbuat daripada gandum hancur atau pun vermiseli bercampurkan susu dan gula. Ia kemudian diberi perasa seperti buah pelaga, buah kismis, safron, kacang gajus, kacang pistasio dan buah badam, dan selalunya dihidangkan ketika waktu makan atau sebagai pencuci mulut. Hidangan ini memberikan sentuhan baru ke atas puding klasik biasa bagi menggamit selera anda.
Murukku ialah perkataan Tamil yang bermaksud “berpintal.” Makanan tradisi yang sering dikaitkan dengan Deepavali, Murukku adalah salah satu makanan ringan istimewa yang boleh dijumpai di hampir setiap rumah penganut Hindu semasa perayaan Deepavali. Murukku adalah snek goreng penuh rasa yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras dan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang hebat. Yang luar biasanya, walaupun kerepek rangup ini digoreng, ia tidak berminyak langsung.
Mengejutkan ramai apabila hari ini menerusi twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kes COVID-19 semakin naik.
Malah di sosial media carian “pkp akan dilaksanakan 2022” menjadi popular. Nyata ia membimbangkan buat rakyat Malaysia.
Bagaimanapun dakwaan itu tidak akan berlaku sebagaimana yang pernah dilaporkan media sebelum ini bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran seperti sebelum ini tidak akan dilaksanakan semula walaupun masih lagi berdepan situasi penularan Covid-19 termasuk varian Omicron.
Ini ditegaskan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kemungkinan mengambil langkah lebih ketat termasuk menyekat pergerakan keluar dan masuk daripada lebih banyak negara.
Ekoran kes meningkat hari ini, trending kini, ramai yang meletakkan persoalan ‘adakah PKP akan dilaksanakan semula pada tahun 2022?.
Apa yang pasti, teruskan mengikut patuh SOP yang ditetapkan untuk mengelak wabak ini makin merebak.
“Pada 8 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.”
Drp 13,944 kes harian yg dilaporkan pada hari ini;
•73 kes (0.52%) kategori 3, 4 & 5;
•13,871 kes (99.48%) kategori 1 dan 2.
Kategori 1 : 3,942 kes (28.27%)
Kategori 2 : 9,929 kes (71.21%)
Kategori 3 : 54 kes (0.39%)
Kategori 4 : 11 kes (0.08%)
Kategori 5 : 8 kes (0.05%)
Pada 8 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,944 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,939,198 kes.
Selalu sangat saya diajukan persoalan ini, “bila waktu yang sesuai untuk cerita pada anak pasal pendidikan seksualiti ni?” Ok, mari saya senaraikan di bawah ini.
1. Masa mandikan anak ketika masih bayi. Ajar mereka ini namanya faraj/ vagina atau ini zakar/ penis.
2. Masa mandikan anak bila dah besar sedikit. Sebut pada mereka, nanti kena uruskan diri sendiri. Ibu atau ayah tak boleh basuh berak awak dah, sabun sendiri masa mandi, tutup pintu tandas, pakai towel lepas siap. Tanamkan sifat malu.
3. Waktu pakaikan pampers pun waktu terbaik untuk educate anak. Ulang sahaja point pertama dan kedua di atas.
4. Ketika ajar anggota badan pada anak. Dari kecil biasa mak bapak akan ajar mana mata, telinga, mulut, kaki bagai. Masa ni ajarkan terus apa dia private part, anggota badan tak boleh disentuh, dipegang atau diraba oleh sesiapapun termasuklah ayah. (Mulut, dada, punggung, kemaluan, paha)
5. Ketika ibu ayah join anak-anak melukis atau mewarna di rumah. Ambil kertas a4, kemudian lukis tubuh badan manusia. Minta anak bulatkan anggota badan digelar private part.
6. Saat ambil anak dari tadika, taska, rumah pengasuh. Selalu tanya ada tak sesiapa yang cuba sentuh private part mereka, pegang badan sampai mereka tak selesa. Ada atau tiada, ajar anak berkali-kali untuk jerit kuat-kuat, lari dari pelaku dan beritahu kita atau sesiapa yang dipercayai di lokasi kes berkenaan berlaku.
7. Ketika anak belajar subjek pendidikan kesihatan di sekolah. Mak ayah tolong baca apa yang anak belajar dalam subjek ini. Wajib seiring dengan apa yang mereka perolehi di sekolah.
8. Bila anak balik sekolah dan bertanya term seksualiti seperti apa itu rogol, cabul, liwat, gay, lesbian dan lain-lain. Jawablah ikut kemampuan dan kefahaman kita.
9. Ada masanya, anak akan sebut perkataan yang tak pernah kita ajar. Mungkin tiba-tiba kita dengar dia sebut jari fuck, mencarut burit, butuh, puki dan lain-lain. Menjadi tanggungjawab kita menegur, menasihati dan menerangkan kenapa ia bad word. Jangan terus ancam nak cilikan mulut anak. Kadang-kadang, mereka hanya dengar apa yang kawan cakap di sekolah sahaja.
10. Masa anak darjah 5, mereka diajar sebab kena mandi wajib. Salah satunya keluar air mani secara sengaja atau tak sengaja, juga sebab keluar darah haid, berjimak dan lain-lain. Mak ayah sila tambah info yang tepat untuk anak faham apa yang dipelajarinya ini.
11. Antara usia 9, 10, 11, 12 dan 13 tahun, kanak-kanak lelaki dan perempuan ada yang akan akil baligh. Sebelum anak melalui fasa itu, mak ayah kena cerita dahulu kenapa lelaki keluar air mani, kenapa perempuan keluar darah haid.
12. Antara umur di atas juga, anak akan mula mengalami perubahan suara, tubuh badan, payudara, dada membidang, tumbuh bulu, bau badan, naik jerawat dan lain-lain. Ini waktu terbaik untuk cerita soal aurat, amanah, tanggungjawab, dosa pahala.
13. Antara waktu terbaik untuk kongsikan topik seksualiti adalah ketika si bapa buat usrah bersama isteri dan anak-anak di rumah. Cari sahaja ayat Al-Quran dan tadabbur maknanya. Cari surah Al-Mukminun ayat 12-14. Lengkap dalam ayat ni Allah cerita pasal air mani, rahim, proses zigot, embrio, fetus, bayi dan lain-lain. Tugas kita adalah mengaitkan sahaja dengan apa yang anak dah belajar sebelum ini.
14. Masa anak ralit dengan handphone pun kena dididik juga. Sebut awal-awal, bila terjumpa, tertekan video yang tak elok, orang cium mulut, tak pakai baju, terus bagi tahu ayah dan ibu. Inilah pentingnya pantauan. Tak bagi anak handphone 100% pun ramai mak bapak tak dapat buat, maka pantau dan letakkan syarat.
15. Ketika anak dah habis UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Jangan hanya pesan belajar rajin-rajin, tapi sebutlah di asrama jaga diri baik-baik, jangan bagi sesiapa sentuh private part, tak kisahlah orang itu cikgu, senior atau lain-lain individu. Jika ada buli bersifat seksual, bagi tahu cikgu terus. Kalau pelakunya cikgu sendiri, segera maklumkan mak ayah. Beri kepercayaan pada mereka. Mereka perlukan trust dari parents. (Ia juga terpakai jika anak ke sekolah agama berasrama, tahfiz dan lain-lain)
16. Lupa, bab pornografi. Banyak saat kita boleh selitkan keburukan dan kejahatan video lucah. Samada kaitkan bila bercerita tentang handphone, bila anak bertanya pasal seks atau ketika ada isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, kes budak 12 tahun yang rogol anak asuhan ibunya berusia 4 tahun itu. Educate anak agar tahu pelihara diri, kemaluan, nafsu, malu, jangan rosakkan diri, jangan rosakkan anak orang lain dan kesan pornografi kepada tingkahlaku, fikiran, emosi dan masa depan.
17. Tambah satu lagi. Malaysia ni terlalu kerap viral isu maknyah, LGBT, homoseksual, pembuangan bayi, anak luar nilah, kes pencabulan, rogol dan lain-lain. Ajak anak berbincang kenapa semua ni boleh wujud dan berlaku. Kaitkan dengan apa yang kita dah sampaikan sejak mereka masih kecil.
Post ini sekadar idea untuk mak ayah. Selebihnya adalah tindakan dari kalian. Jangan malu tak bertempat.
Sebagai salah seorang penceramah yang berkongsi isu-isu seksualiti kepada murid sekolah rendah, menengah, IPT dan ibu bapa, besarlah harapan saya agar masyarakat mengubah mentaliti yang Pendidikan Seks itu mahu mengajar anak untuk buat seks.
Pendidikan Seksualiti ini proses pembelajaran sepanjang hayat. Bermula dari kanak-kanak sampailah ke usia tua.
Biar anak ni faham yang seks itu, CARA HIDUPAN MENGEKALKAN SPESIS
Bukan,
1. Seks di luar perkahwinan 2. Seks sejenis 3. Seks berorientasikan pornografi 4. Seks itu hanya untuk seronok-seronok 5. Dijadikan bahan gurauan dan lawak 6. Dan lain-lain
Paling penting, tugas terangkan pada anak ni bukan hanya terletak di bahu ibu-ibu sahaja ya. Suami dan isteri wajib berperanan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di