Baru-baru ini, penyampai radio Sharifah Shahirah berkongsi satu video yang kononnya ingin mengubahsuai bilik air di rumahnya
Malah, dia yang mesra dengan panggilan Shiera memberitahu akan membeli sendiri barang-barang untuk tujuan tersebut.
Menerusi video yang dimuatnaik pada awalnya, bilik air tersebut awalnya berwarna putih dan kelihatan biasa sahaja.
Menariknya, menerusi akaun Instagram Suria Malaysia, Shiera telah menjemput rakan sekerjanya, Pak Abu untuk melihat hasil ubah suai bilik airnya.
Sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut, kelihatan pintunya telah tertukar. Malah, tatkala masuk ke dalam, keadaan terus berubah wajah. Awalnya kelihatan biasa sahaja tetapi selepas siap dekorasi terus berubah dan nampak serba mewah jadinya.
Ads
Malah, menerusi perkongsian bersama Pak Abu, isteri kesayangan Ijoi ini memberitahu kos yang telah dihabiskan bersamaan dengan sebulan gaji dalam menyiapkan bilik air idamannya itu.
Menjengah ke ruangan Komen, rata-rata memuji perubahan yang dilakukan Shiera. Nampak simple namun berubah lebih menarik mewah terutama pemilihan warna yang digunapakai.
Wanita yang sedang berbadan dua pasti akan mengalami situasi di mana pakaian sudah tidak muat lagi. Terutama bagi mereka yang jenis berat meningkat dengan cepat menyebabkan seluar atau baju ketat dan tidak boleh disarungkan ke badan.
Itulah situasi yang turut dialami oleh isteri kesayangan Aiman Hakim Ridza. Dalam satu perkongsian di laman instagramnya baru-baru ini, Nur Zahirah Macwilson Zainol atau lebih mesra dengan panggilan Zahirah berkongsi masalah tersebut. Menurut Zahirah, minggu ke-18 hingga 24 merupakan fasa kehamilan yang dirasakan janggal untuk saiz fizikal badannya.
“Pada tahap ini saya tidak kelihatan seperti mengandung, tetapi menyedari badan mengalami kenaikkan beberapa kilogram dan membulat,” tulisnya dalam kapsyen selepas memuatnaik satu video berkongsi tip memakai seluar jean bagi wanita hamil di Instagram baru-baru ini.
Dia yang sudah melepasi minggu ke-26, beliau ingin menunggu beberapa minggu lagi sebelum membeli pakaian mengandung. Ini disebabkan beliau mengetahui saiz badannya akan semakin membesar. “Saya jarang memakai seluar jean, namun dalam keadaan fizikal begini rasa seronok apabila mampu menggayakannya selepas mempraktikkan tip seumpama ini.
“Lagipun ia (jean) masih muat pada bahagian paha, cuma tak boleh butang kerana perut membesar,” ujarnya lagi yang hanya menggunakan getah rambut rona hitam.
Cara-caranya:
1- Pilih aksesori rambut bersifat elastik.
2- Kemudian, masukkan pengikat rambut itu ke dalam lubang butang dan ikat.
3- Selepas itu, cangkuk getah rambut berkenaan ke butang seluar jean.
4- Siap untuk digayakan ketika keluar bersantai.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagai pinang di belah dua, itu yang boleh diungkapkan pada pasangan sama cantik sama padan ini.
Biarpun perbezaan usia 10 tahun antara mereka, namun jodoh menyatukan pasangan Elly Mazlein dan suaminya Mohammad Azlan Che Noh.
Pasangan ini diijabkabulkan semalam dalam satu majlis sederhana namun meriah. Pasangan ini berbalas hantaran di mana pihak lelaki menyerahkan lima dulang dan dibalas 7 oleh pihak perempuan. Hampir setahun Elly Mazlein merahsiakan identiti suaminya itu sehinggakan ramai tertanya-tanya bagaimana pasangan ini dapat berkenalan. Akhirnya dalam majlis berinai, buat pertama kalinya wajah kesayangan pelakon drama Kampung People ini dimuatnaik menerusi media sosial milik Elly.
Mengulas dakwaan ‘sembunyikan’ bakal suami dari muncul di mana-mana majlis mahupun memuatnaik wajah bakal imamnya di media sosial, ini jawapan Elly Mazlein. Sebenarnya bukan Kak Lina nak menyorok. Tak manis untuk heboh-hebohkan, cukup Kak Lina beritahu peminat. Sebab peminat selalu doakan Kak Lina bertemu jodoh dan Alhamdulillah bertemu jodoh, dan kami pun berkenalan. Cuma Kak Lina nak beritahu ke peminat yang Kak Lina ada someone supaya peminat Kak Lina tak risau sangat. Lagipun cikgu tak biasa. Dia perlukan masa, takkan Kak Lina nak paksa cikgu. Cuma Kak Lina masukkan dalam IG tu untuk beritahu ke peminat yang Kak Lina sedang kenal sekarang ini. Sebab saya sangat berbangga bersuamikan seorang cikgu. Sebab kita semua ini belajar di sekolah dengan cikgu. So, pekerjaan sebagai pendidik tu membuatkan saya bangga berkahwin dengan seorang cikgu.
Ditanya akan keistimewaa Elly, akui Azlan yang cukup mesra dipanggil Papa Awan Nano, dia terpikat kerana kelembutan Elly.
“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa. “Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.
Pasangan mempelai diraikan dengan majlis bertemakan Bagai Bulan Di Pagar Bintang yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. Sementara itu, Azlan memberitahu perkenalan mereka bermula di sebuah majlis akikah anak rakannya. Bermula dengan menulis nombor telefon di atas sekeping kertas membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perkenalan kami semasa majlis aqiqah kawan saya. Kebetulan isteri kepada kawan saya itu berkawan dengan Elly Mazlein. Kat situ saya macam kenal dengan wajah Elly Mazlein. Kebetulan saya memang minat dia, disebabkan saya tiada ‘name card’ jadi saya tulis nombor telefon atas kertas kosong dan bagi pada dia. Saya tunggu dengan penuh kesabaran untuk dia mesej saya. Sebenarnya ambil masa juga sebab dia tak mesej. Tetapi saya tak putus asa, saya call kawan saya itu, then kawan saya call Elly. daripada situ start kami mesej dan berhubung. Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius,’ ujar Azlan yang mengakui tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini. “Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon. “Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.
Pasangan ini merancang untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin serta bakal berbulan madu ke London pada Mac ini.
Tugas seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri, mungkin ada yang kata tak perlu pening kepala nak fikir hal kerja, tak perlu stres mengadap jem dan sebagainya. Namun sebenarnya tugas suri rumah paling stres. Bermula pagi membawa ke malam, tiada istilah bersenang lenang dan hanya waktu tidur masa untuk rehat. Belum bab cuti umum, orang lain ‘merdeka’ dari bebanan kerja namun tugas suri rumah sama sahaja.Begitu juga dengan wanita yang bekerja, pulang dari kerja anak-anak dan keluarga menjadi keutamaan. Sebab tu sebagai suami , kena buka mata dan lihat penat lelah yang dilalui sang isteri. Tak salah menghulurkan bantuan waima mencuci sebiji cawan pun itu sudah membuatkan isteri anda rasa dihargai.
Penat macam mana sekalipun bila ada insan tersayang yang prihatin semuanya akan hilang di bawa dek angin lalu. Tak salah kan kalau beri isteri sedikit waktu untuk ‘me time’. Itu barulah dinamakan #relationshipgoals
Baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya. Moga bermanfaat! “ME TIME”
“Sayang, boleh tak arinie sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak, sayang bawak sekali, Ana pun bawak Aiman.”
Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak.”
Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tau, balik pukul berapa pun tak tau. Tapi main bagi je.
Kerana saya nampak nie sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak “ME TIME” yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar Isteri saya tu. Apa sebenarnya “ME TIME” nie ye?
“ME TIME” ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawak anak ke tak nak. Pilihan terletak di tangan Isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan jugak. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?
Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana Isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa – apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita je yang tak tau sebab Isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.
Senario seperti, suri rumah atau Isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi – hobi yang lain sambil meninggalkan Isteri di rumah setia menanti cinta hatinya pulang dari “ME TIME” mereka.
Soalan seperti “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak” bakal disangkal dengan perkataan “awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa”? Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya “ME TIME” buat Isteri.
Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang Isteri kita buat SETIAP HARI.
Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja-kerja tu. Ambil contoh basuh berak anak je. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan je. Sedangkan kalau Isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.
Salah satu komponen dalam “ME TIME” ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat jugak menjadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat jugak. Mungkin ada yang kata “saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je”. Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.
Komponen lain dalam “ME TIME” ialah bersosial. Bila dengar perkataan nie saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang tu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana Isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda nie. Bayangkan hari-hari mengadap muka kita dan anak-anak je. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara nie kerana ia amat memberi manfaat kepada Isteri kita.
Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain-lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia jugak kan?
Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama nie tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego tu jauh-jauh. Kita bukan sentiasanya betul. Termasuklah saya sendiri. Berilah “ME TIME” kepada Isteri anda. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?
Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan ;
Isteri yang Happy = Keluarga yang happy.
Dan konsep “Kebebasan yang Terkawal” perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.
Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila.
Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain. Jangan copy paste tanpa kredit tau. Kesian saye taip panjang-panjang.