Perkongsian daripada Dr. Murizah Mohd Zain di media sosial yang membawakan kisah inspirasi daripada salah seorang pesakitnya benar-benar mencuri perhatian warganet. Lebih-lebih lagi buat wanita ‘pejuang zuriat’ yang kini telah pun berusia 40an.

Menurut perkongsian Dr Murizah, pesakitnya itu tidak pernah berputus asa dan siapa sangka berkat kesabaran dan asbab kebaikan terhadap adik beradiknya seramai 10 orang itu, akhirnya diusia 43 tahun dikurniakan zuriat. Nyata betapa hebatnya kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya.

Pastikan Adik-adik Habis Belajar Sebelum Berkahwin

Saya ingin berkongsi kegembiraan pesakit saya dan membawakan kisahnya sebagai motivasi kehidupan.

Pesakit saya ini berasal dari bumi di bawah bayu. Anak sulung dari keluarga besar 10 adik beradik.

Kakak sulung yang sentiasa memikirkan kebajikan adik-adiknya. Beliau mengambil keputusan untuk memastikan adik-adiknya mempunyai pendidikan sempurna sebelum beliau sendiri mengambil keputusan berumahtangga.

Beliau juga seorang wanita berpendidikan. Menghabiskan PHD dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti tersohor di utara tanah air.

Ujian Mendapatkan Zuriat

Namun, perjalanannya untuk mempunyai zuriat tidak semudah disangka. Menjalani pembedahan membuang fibroid diikuti sekali lagi pembedahan adenomyosis dan endometriosis.

IKLAN

Pada usia 39 beliau menjalani IVF pertama namun rezeki tidak berpihak padanya. Bangkit dari kekecewaan, beliau melakukan IVF kedua pada usia 42 tahun. Pemindahan embryo pertama berjaya tetapi pada usia kandungan 8 minggu, janin behenti membesar dan jantung terhenti lalu perlu menjalani prosedur D&C.

Saya masih ingat lagi mesej nya kepada klinik. …”sampaikan pada Dr. Murizah agar tidak berputus asa dengan saya…”

5% Yang Berjaya Hamil

Sejujurnya saya antara takut dan harap melalukan pemindahan embryo seterusnya. Takut beliau kecewa kerana peratusan untuk berjaya adalah rendah.

Alhamdulillah, setiap kebaikan Allah balas dengan kebaikan. Boleh jadi kebaikan si kakak ini berkorban untuk adik-adiknya menjadikan beliau antara 5% yang berjaya hamil pada usia 43 tahun.

IKLAN

Tahniah Puan I dan selamat datang ke dunia, bayi yang diberi nama Imtiyaz….

“Dia Berkahwin Selepas 9 Adik-adiknya Berjaya..”-Dr Ni Kongsi Kisah Inspirasi Buat ‘Pejuang Zuriat’!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang meluahkan rasa syukur dan terinspirasi dengan kisah ini. Malah tidak kurang juga yang berkongsi perjuangan mereka untuk mendapatkan zuriat yang akhirnya berjaya.

“MasyaAllah semoga babynya membesar dgn sihat menjadi anak soleh yg qowiy” 

“Saya pun masih tidak berputus asa untuk next fet,semoga ada rezeki saya bulan ogos nanti”

“Allahukakbar.. Syukur alhamdulilah, dengan izinNya Moga anakanda membesar dgn sihat dan jd anak soleh ibu ayah”

IKLAN

“MasyaAllah, hebatnya kasih sayang Allah. Jika manusia tidak berputus asa berdoa dan berusaha, apatah lagi Allah takkan pernah berputus asa membantu.”

“Alhamdulillah..mengalir air mata saya bila membaca setiap bait2 tulisan doktor .saya pernah mengalaminya..ttc hampir 7thn..sabar itu indah..hampir x percaya saya mampu melahirkan zuriat dari rahim saya sendiri pada usia 35tahun..1thn 2bln ulang alik ke hsb alor setar,Alhamdulillah berjaya hamil walaupun setiap kali pergi menangis sbb berat badan saya x turun2.akhirnya doktor refer ke unit pemakanan..dengan tekad & bantuan dari semua saya berjaya turunkan berat bdn,dan doktor on clomid utk saya selama 6 bln..alhamdulillah , bln pertama saya berjaya hamil..skrg anak bertuah saya dah berusia 8thn..”

Baca artikel menarik lain di sini:

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Dia Berkahwin Selepas 9 Adik-adiknya Berjaya..”-Dr Ni Kongsi Kisah Inspirasi Buat ‘Pejuang Zuriat’!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI