Mungkin anda ada kerusi makan yang sudah patah tetapi sayang untuk membuangnya. Ada kala kerusi ini diperbuat dari kayu mahal namun oleh kerana anak-anak selalu menggunakannya dengan kasar, kaki kerusi akan cepat patah.
Oleh yang demikian, seorang wanita telah berkongsi kreativitinya menjadikan kerusi yang patah, menjadi kerusi ruang rehat yang sangat cantik.
Ini caranya.
________________________
Ads
DIY 2 biji kerusi meja makan yang orang buang..saya kutip dan jadikan sofa kayu ni.
Cuma beli kain, spray clear dan span je.. (span tu,saya guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping) kat sini saya ada tunjuk kan step by step cara untuk buat sofa guna kerusi kayu terbuang.
Jadi sapa2 yang ada kerusi meja makan yang dah x elok tu, jangan la di buang ye.
Apa perasaan anda apabila nak menanak nasi, tiba-tiba mendapati ada bubuk atau kutu beras di dalam tempat simpanan beras tersebut. Pasti akan kembang tekak kan lebih-lebih lagi haiwan ini akan mudah dilihat kerana berwarna hitam dan bentuknya sangat menggelikan.
Ada juga yang berpndapat bahawa ianya tidak memudaratkan. Hanya rendam beras tersebut, kutu atau bubuk akan naik di atas air. Jadi mudah untuk membuangnya.
Namun, anda perlu tahu bahawa beras yang sudah dicemari oleh kutu dan bubuk ini akan mudah basi dan lembik selain sudah kurang enak untuk dinikmati.
Takkan nak buang beras tersebut lebih-lebih lagi jika kutu dan bubuk tersebut sudah ada sejak dari anda membeli beras tersebut. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
5 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
1. Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
4. Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Cuba anda bayangkan apabila bertemu dengan kucing jalanan yang kotor, comot dan menjijikan datang kepada anda. Adakah anda akan membelainya atau menghalau dengan menggunakan selipar?
Namun bagi pencinta haiwan, kedatangan setiap haiwan kepada dianggap sebagai rezeki. Malah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk memastikan haiwan kesayangan mereka dijaga rapi.
Bagi seorang pemuda, walaupun pada zahirnya dia tidak mampu untuk menjaga haiwan apatah lagi yang harus dijaga rapi, namun keikhlasannya untuk menjaga dan merawat seekor kucing jalanan yang cacat penglihatan telah membuka mata ramai pihak.
Kucing oren yang diberi nama Mboy ini, dijumpai dalam keadaan lemah dan kurus 2 tahun yang lalu, namun berkat penjagaan rapi dan kasih sayang yang diberikan menjadikan kucing ini berisi dan gebu.
Sejak kehadiran Mboy dalam kehidupan pemuda yang menggunakan akaun nama Seruling Senja ini, rezekinya semakin mencurah-curah. Selepas kisah kucing istimewa ini mendapat liputan yang luas di laman sosial, kedua-duanya bergelar influencer dan banyak menerima tawaran kerja sekaligus menaik taraf kehidupan pemuda yang bernama Supardi ini.
Supardi kini sudah berjaya membina rumahnya sendiri dan baru- baru ini dia telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis yang juga merupakan pencinta haiwan sepertinya.
Meskipun sudah berumahtangga, tetapi Supardi dan Mboy tetap masih bersama malah sewaktu hari persandingannya Mboy turut kelihatan di pelamin bersama dengan Supardi dan mencuri hati ramai tetamu.
Sejak tersebar anggaran pendapatan bagi instafamous lebih kurang RM 20 000 sebulan, ramai yang ingin berjinak-jinak menjadi content creator bagi diri sendiri. Tak kurang juga, ramai yang inginkan video yang cantik untuk mengabadikan kenangan keluarga dan juga bersama rakan-rakan.
Tapi, content sahaja tak cukup tau kalau video yang dipaparkan kurang memuaskan. Sebab ini adalah tarikan utama orang melihat video kita seterusnya menjadi pengikut kita.
Video TikTok yang disunting dengan baik dan menarik berupaya masuk ke halaman FYP (for you page) dan mengumpulkan lebih banyak ‘like’ yang seterusnya akan membantu meningkatkan populariti pemilik akaun.
Terdapat banyak aplikasi suntingan video TikTok yang boleh didapati dengan mudah, sekaligus membuatkan ramai pelayar sukar membuat pilihan.
Buat pelayar TikTok, usah risau! Kali ini, mStar senaraikan lima aplikasi suntingan video terbaik yang menyediakan ciri penyuntingan berkualiti untuk membuatkan video anda lebih menarik.
1) Movavi
Pengguna media sosial sentiasa mencari sesuatu yang luar biasa dan bermakna. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mempunyai aplikasi penyuntingan dengan set fungsi yang cukup luas, termasuk kesan (effect), sticker dan skrin hijau TikTok.
Sangat mudah untuk anda menonjolkan kreativiti. Movavi adalah salah satu aplikasi penyunting video yang patut anda cuba dan ia percuma!
Mesti Baca :
2) Viamaker
Viamaker membolehkan pengguna mengedit, memotong (trim), membalikkan dan menukar kelajuan video. Anda boleh menambah kesan berbeza pada klip TikTok dan mempamerkan sisi kreatif anda.
Aplikasi ini juga mempunyai arkib bunyi built-in.
3) InShot
Merupakan tool suntingan video TikTok yang berpengaruh dengan ciri premium seperti memangkas, memotong atau memadam video, latar belakang kabur, kesan, muzik dan filter.
Selain TikTok, ia digunakan untuk membuat video bagi semua platform media sosial, terutamanya Instagram.
Anda boleh menggunakan audio yang berbeza dalam video tetapi ingat, arkib audio InShot tidak mempunyai lagu tanpa royalti.
Artikel Berkaitan
4) Zoomerang
Ini merupakan penyunting video TikTok ringkas yang sesuai untuk golongan beginner. Ia menyediakan tutorial yang menerangkan langkah demi langkah.
Ini bermakna anda boleh menonton video TikTok yang popular dan belajar cara membuat video tersebut untuk diri sendiri.
5) BeeCut
Merupakan aplikasi suntingan video TikTok percuma yang lengkap atau all-in-one khususnya untuk beginner.
Anda boleh mempertingkatkan video TikTok anda dengan filter, trim, memotong, berputar, mengalih (rotate), kesan gambar dalam gambar dan banyak lagi.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.