Lumrah sebagai pemain bolasepak, pasti akan ada pasang surutnya lebih-lebih lagi melibatkan kecederaan yang serius.
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL).
Ini merupakan kali kelima Zaquan Adha berdepan dengan situasi tersebut.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Apa yang memilukan apabila membaca titipan Ayu di laman Instagramnya yang memberikan sokongan pada suami tercinta.
Ads
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Ads
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Ads
Melihat ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
Menjadi ibu bapa ni memang perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak dan tahu cara untuk mengendalikan sikap mereka.
Jika salah didik, segala perbuatan mereka akan memberi kesan kepada tingkah lakunya.
Oleh sebab itu, jika berlaku, anak ini akan dikatakan tidak beradab, tidak sopan atau menghormati ibu bapa. Mana taknya, bila bercakap atau suruh berbuat sesuatu tidak endahkan.
Menurut saudara Ammar Kamilin jika anak bersikap tidak mendengar kata, mereka perlu 5 perkara dalam diri. Bermakna inilah punca mereka bersikap begitu.
Ikuti perkongsian ini.
“Anak aku, bercakap dengan dia macam cakap dengan dinding. Apa yang aku ‘suruh’, sikit pun tak bergerak. Berbuih mulut, buat dek je!”
Parents,
Dia bukan tak dengar, cuma dia ‘buat pekak’. Dia bukan tak faham, cuma dia ‘tunjuk berontak’. Dia bukan tak nampak susah payah kita, cuma hati dia ‘tak rasa tertolak’.
Parents,
Saya percaya, antara asas Parenting adalah, ‘memberi perhatian’.
1.Attention.
2.Observe.
3.Caring.
3.Listen.
4.Touch.
5Persuade.
(tidak mengikut susunan)
Semua perbuatan di atas, memerlukan penggunaan deria manusia yang diupayakan sepenuhnya.
Manusia yang normal, memerlukan perhatian. Digelar ‘makhluk sosial’, sukar bagi seseorang untuk melakukan semua perkara sendirian tanpa bantuan. Apatah lagi, anak-anak yang belum berkemampuan.
Anak-anak yang tidak diberi perhatian penuh, lambat laun akan terdidik sampai dia juga tidak peduli apa berlaku di sekitarnya.
*Attention.*
Dia melompat-lompat atas sofa di ruang tamu. Ini perbuatan kurang adab. Jika tidak ditegur, bagi dia, ini OK.
Panggil dia, beritahu ‘common sense’ mengapa perbuatan itu kurang adab.
Ada orang kata, nama pun sudah ‘common sense’, jadi pandai-pandailah ‘sense’ sendiri.
Eh, ‘sense’ ini perlu diajar dulu. Bukan tiba-tiba kejadiannya. Yang namanya ‘Common sense’, berbeza-beza mengikut adat, budaya, anutan, geografi, latar keluarga dan banyak faktor.
Memegang kepala bagi Pak Arab, mungkin biasa saja. Bagi orang Melayu, pantang besar!
Jadi, mahu didik ‘common sense’, kena beri perhatian (attention) kepada apa yang anak lakukan. Jika, dibiar saja, habislah ruang belajar itu.
*Observe*
Gunakan mata untuk pantau tingkah laku anak. Kalau boleh, mata berpusing 360° melihat setiap sudut. Tapi, memang mustahil.
Jadi, boleh pinjam mata orang lain.
Jiran-jiran. Guru-guru. Kawan anak di sekolah. Kawan perumahan. Saudara mara.
Gunakan mata semua orang.
Maksudnya, apa saja yang mereka ‘report’, tak perlu cepat melompat. Jiwa mau besar. Anak kita memang malaikat di rumah dan dia boleh jadi entiti lain di luar rumah.
Hargai ‘feedback’ orang lain tentang anak kita. Mana yang baik, puji perbuatannya. Mana yang buruk, nasihat dan tunjuk cara sebaiknya.
*Caring*
Ada banyak cara untuk tunjuk kita ambil berat soal anak.
Bagi yang sedang belajar untuk peperiksaan, dibuatkan air oren ais dan diletak di meja study mereka. Fuh, seronok dia.
Yang muka sudah penuh jerawat, berangan mahu meminang anak orang, jika ada sesi ‘pillow talk’ dengan mereka, boleh reda gelojak rasa mereka.
*Listen*
Ini perkara senang yang ramai ibu bapa tak tahan mahu berlama-lama. Mendengar ni, tadah telinga saja, tapi panjangnya cerita anak, sampai menguap seluas tudung saji!
Kebanyakan kita kurang sabar. Cerita belum habis, kita sudah ada skrip nasihat mahu dilontarkan. Anak baru sebut, “Kenapa…”, kita sudah suruh diam. Jangan banyak tanya.
Bagaimana anak mahu belajar jadi pendengar yang baik, jika kita sendiri culas mendengar?
Lepas tu, mahu komplen nasihat kita, anak tak mahu dengar.
*Touch*
Sudah sentuh anak pagi ni?
Cuit-cuit saja?
Peluklah! Ketat-ketat.
Cium, sampai hangat.
Cintakan sesuatu yang perlu sentiasa diperhangat.
Sentuhan adalah medium perantara.
Benda kita suka, mesti mahu sentuh kan?
Benda tak suka yang dikuis-kuis.
Bagi isyarat pada anak, kita suka mereka dengan sentuhan.
*Persuade*
Kebanyakan masa, anak tunggu dipujuk.
Dia buat benda salah, untuk tarik perhatian.
Selepas dapat perhatian, kita marah.
Kena marah, mereka merajuk.
Merajuk, dah kena pujuk.
Pujuk orang kena marah, asbab buat benda salah, ada seni.
Kita taknak pujuk, sampai dia ingat, benda tu tak salah pula.
Kita pujuk, sebab kita mungkin terlebih kata. Benda dia buat salah, tetap salah.
Jadi, jelaskan 2 perkara berbeza ni pada anak.
“Apa awak buat, memang salah. Jangan ulang lagi.
Tapi, maafkan mama, jika kata-kata mama, menyinggung perasaan awak.”
Ada 2 mesej.
1. Dia buat salah, tetap salah.
2. Salah, perlu minta maaf (mama tunjuk melalui cakap dan perbuatan memujuk)
Jadi, dia belajar 2 perkara.
1. Akui kesalahan dan ubah.
2. Rendahkan ego dan minta maaf.
*****
Parents,
Aktifkan panca indera kita untuk memberi sepenuh ‘Perhatian’.
Sama-sama amalkan!
-Ammar Kamilin-
Dah 3 hari tak cium anak. Rasa, lost world.
#ParentThinkStory
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendiami rumah peninggalan keluarga di kampung setelah berumah tangga mungkin tidak ramai mahu merialisasikannya.
Apatah lagi, andai menggimpikan kediaman yang serba moden di bandar dengan konsep dan citarasa tersendiri.
Namun berbeza dengan Puan Fuziah bt Jambari ini, siapa sangka rumah indah yang dihuninya kini bersama suami dan dua orang anaknya serta ibunya adalah merupakan rumah Pusaka peninggalan arwah ayahnya.
Biar pun usia rumah itu mencecah 37 tahun lamanya, namun keluarga ini bijak menyusun dan mencipta konsep kediaman agar nampak cantik dan selesa.
Jom kita ketahui lanjut kisah menarik keluarga ini.
Hobi hias rumah ni datang sejak saya sekolah rendah, pada umur 11,12 tahun saya dah mula belajar hias rumah mak, masa tu masih rumah asal Felda. Tapi hiasan biasa-biasa saja.
Maklumlah, masa tu tak ada duit nak beli barang hiasan. Apa yang mak beli, saya suka kemas dan susun.
Masuk sekolah menengah, saya dah belajar jahit langsir sendiri. Tapi jahit biasa-biasa sebab langsir memainkan peranan penting untuk naikkan seri sesebuah rumah.
Rumah yang saya duduk sekarang ni, rumah peninggalan arwah ayah. Saya duduk dengan mak, dah hampir 37 tahun.
Dari rumah asal Felda, dah di ubah suai sikit-sikit. Tapi untuk bahagian ruang tamu, mak saya masih nak kekalkan rumah kayu ni.
Cabaran hias rumah kayu
Untuk menghias rumah kayu memang banyak cabarannya. Tak semua tema boleh disesuaikan dengan rumah jenis ni.
Tapi disebabkan saya banyak berkongsi idea dengan kawan, dan selalu cari idea dekorasi dari luar negara melalui Google, alhamdulillah, mudah juga buat pilihan.
Bab pilih warna
Saya suka main warna-warna sejuk dan lembut. Saya peminat tegar warna merah jambu dan suka deko bertemakan cottage/ala Inggeris.
Pilihan warna dan idea datang setiap kali saya pergi ke kedai hiasan dalaman. Saya suka gabungkan warna-warna bunga hiasan, so dari situ la datangnya idea dan pilihan warna.
Sama-sama Bantu
Anak saya 2 org sahaja (sepasang). Masa diorang kecil, dia orang kacau juga apa yg ibu dia hias. Tapi lama-lama dia orang pun minat apa yang saya buat. Jadi sekarang kalau hias apa-apa, dia orang tak kacau dan akan sama tolong saya.
Malah suami pun punya minat yang sama dalam dekorasi rumah. Kami selalu berkongsi idea dan pendapat.
Sumber : Aurora Homedeco
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yakinlah kerja rumah bagi seorang isteri memang tidak akan pernah siap. Ada sahaja yang perlu dibuat, dan semua ini sungguh memenatkan. Mengeluh panjang sekali sekala itu biasa, namun jika setiap waktu ada sahaja yang dirungut, itu bukan dapat melegakan keletihan. Malah menambahkan beban semata-mata.
Namun alangkah tenang dan lapangnya hati kita sekiranya melihat daripada sisi berbeza.
Bukankah setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas pasti ada ganjarannya dariNya.
Sila baca juga, perkongsian daripada seorang isteri ini untuk sama-sama kita jadikan inspirasi bersama dalam menjalankan tanggunjawab sebagai isteri dan anak agar semua itu menjadi lubuk pahala.
Buat kerja rumah memang penat. Tambah kalau kau kena hadap kerja-kerja tu 24 jam. Belum masuk lagi peel anak-anak yang dambakan perhatian kau. Allah, tak boleh berenggang lansung!
Mandi pun ala kadar, makan pun tak sempat nak kunyah sempurna. Dah serupa ular sawa, asal telan saja.
Percayalah, bukan kau seorang lalui benda ni. Semua ibu pun berdepan rasa yang sama. Letih, penat, takde me-time, serabai, bahkan kau lupakan juga kesihatan diri sendiri demi suami dan anak-anak.
Kalau kau pandang ini sebagai jalan untuk kau ke syurga, kau pasti akan senyum sampai telinga. Hilang penat dan lelah sebab kau tahu penat kau selama ini berpahala.
Setiap orang, jalan syurganya berbeza. Para ilmuan, jalan syurganya dengan menyebarkan ilmu. Banyak masa dihabiskan untuk berjumpa masyarakat dan sebarkan manfaat. Itu jalan dia. Kau jangan cemburu buta.
Sebab jalan syurga kau juga ada. Betul-betul di depan mata. Kalau menghadap karenah anak-anak pun kau dah merungut sebakul, cuba kau pandang semula mata anak-anak kau yang comel tu.
Mereka sihat! Cergas! Aktif! Kau nak bising apa? Kau nak tengok anak-anak kaku atas katil tak bergerak dengan wayar berselirat? Atau kau nak anak-anak cuma menelan susu tanpa dapat menjamah masakan kau yang sedap tu?
Faham yang kau penat. Penat kau itulah lubuk pahala. Dah alang-alang penat, biarlah penat yang berpahala. Hati senang, jiwa ceria, insya-Allah tersedia pula tempat untuk kau di syurga.
Sumber : SriAjilahSamsir
Mengeluh sekali-sekala tu, biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di