Jika sebelum ini pelakon Puteri Aishah berkongsi dirinya positif Covid-19, terbaru seorang lagi pelakon yang sama-sama terbang ke Scotland iaitu Ashraf Muslim turut mendapat positif.
Dalam perkongsian terbarunya di instagram, Ashraf memaklumkan bahawa dia sudah disahkan dijangkiti Covid-19 pada 12 April 2020.
Dia turut memuat naik satu video yang menunjukkan dia dijemput oleh ambulans untuk ke hospital bagi dikuarantin dan dirawat disana.
Ads
Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah..
“Ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku.
Ads
“Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni.
“Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.
Ads
“Tapi jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun pendidikan terawal adalah dari rumah.
Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak justeru cara mendidik mereka harus betul supaya tidak tersalah langkah.
Mulakan dari awal bak kata pepatah jika nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Menerusi satu catatan, wanita bernama Nurul Atika Moktar berkongsi tentang tip mendidik anak yang dikongsikan oleh seorang wanita cina kepadanya.
Ilmu keibubapaan ini cukup penting dan boleh digunapakai oleh ibu bapa sekalian dalam mendidik anak-anak.
Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Mulanya tegur aunty tu sebab muka dia nampak sangat sangat muda, tapi rambut semua dah putih. Saja tanya umur dia, dia cakap 58. Tapi serius muka dia macam umur 30 macam tu. Cantik sangat! Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Nak bagi badan muda muka cantik, hati kena baik. Sentiasa positif, jangan selalu marah, hati cantik muka pun cantik”
“Kalau boleh biar anak pandai bahasa ibunda dulu. Lepas tu jangan campur-campur. Nanti anak confuse. Saya ajar anak saya harini 1 hari cakap Mandarin. Esok 1 hari cakap Bahasa Melayu. Lagi esok 1 hari cakap Inggeris. Tak ada campur. Lagi anak senang ingat”
“Benda basic macam atas bawah luar dalam, warna, bentuk, apa dia rasa macam suka sedih marah, semua kena ajar bukan guna buku,bukan guna telefon.
“Jadi mak bapak hati kadang-kadang kena keras. No means no. Kalau anak menangis nak telefon jangan terus bagi. Bagi anak faham bila kita cakap TAK, dia faham memang tak boleh”.
Itulah permulaan perbualan kami. Lepas tu dia tengok Adra tengah belek-belek sayur. Tanya ni apa, tu apa. Haa tu yang terus aunty tu ajar macam-macam.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia. Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you. Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”. Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan. Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf. “Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1. You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last? Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah. Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar? Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.
Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7, anak istimewa yang buta kedua belah matanya juga memiliki masalah ‘Mild Autisme’ ketika berumur setahun setengah.
Tidak sempurna dari segi penglihatan, namun Aqeel nampak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Malah dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.
Alhamdulillah, Aqeel ‘disuluh’ Al-Quran. Menurut ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai.
Malah, dia juga dikatakan sering menangis tanpa diketahui punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.
Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ‘Mild Autisme’.
Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.
Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.
“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.
Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.
Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain.
Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.
Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.
Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian Aqeel tercapai suatu hari nanti.
Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi.
Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Inisiatif Hari Guru KPM membawa berita gembira buat warga pendidik menerusi 12 bantuan baharu termasuk latihan guru, naik taraf fasiliti dan bantuan RM1,000.