Menerusi laman facebook Dr. Zubaidi Hj Ahmad telah dikongsikan kisah seorang ibu yang juga merupakan seorang peguam dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil, bertarung dengan penyakit kanser payudara. Pelbagai jenis rawatan telah dijalaninya dan akhirnya dikatil hospital itu jualah wanita cekal tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ikuti perkongsian doktor ini, menceritakan situasinya berdepan dengan keluarga pesakit.
KISAH PESAKIT KANSER PAYUDARA
Semasa saya bertugas di Palliative Care Unit, iaitu tempat di mana kebanyakan pesakit kanser yang telah disahkan mengalami metastasis (kanser merebak) ke bahagian lain (seperti paru2 dan hati), saya sangat komitted dengan kerja saya.
Ini kerana saya diminta memngaturkan wad (selepas kursus selama lima hari di Palliative Care Unit, Hospital Queen E, KK). Saya berseorangan doktor di wad itu, bersama 5 orang jururawat yang bergilir-gilir bekerja secara syif.
Sesekali doktor pakar akan datang melihat keadaan wad. Bukan pesakit. Sebab mereka tahu pesakit tiada lagi rawatan yang aktif dari mereka. Pesakit dibenarkan pulang jika mahu, atau tinggal di wad ini sehingga tiba masanya.
Di wad ini saya akan pastikan pesakit berada dalam keadaan lebih selesa jika dibanding mereka tinggal di rumah kerana ada kemudahan perubatan (seperti alat nebulizer, bekalan oksigen dan beberapa ubat-ubatan lain) dan penjagaan oleh jururawat yang baik.
Lebih dari itu (janji untuk sembuh) memang kami tak dapat berikan sebab kebanyakannya doktor mengesahkan kanser mereka sudah terlalu advanced.
Ads
Saya masih ingat satu kisah di mana seorang peguam anak dua berbangsa Cina berusia 30an mengalami penyakit kanser payudara. Beliau sudah menjalani rawatan kimoterapi, radioterapi dan pembedahan di Singapura. Malangnya kanser payudara yang beliau alami ini adalah jenis yang sangat agresif. Walaupun telah diberikan rawatan yang lengkap, kanser-kanser itu datang semula. Kali ini ia berlaku dengan terlalu cepat sehingga dada beliau (yang telah dibuang payudara) mengalami bengkakan dan sel-sel kanse masuk menyerang paru-paru pula.
Ketika masuk di wad ini, beliau berada dalam susah bernafas dan mengalami rasa sakit.
Ya Allah kesiannya. Bila anak dia datang melawat (bersama ayah mereka), beliau akan mengalirkan air mata. Sambil mengusapkan kepala anak-anaknya, air mata beliau mencurah jatuh.
Anak pertama berusia 5 tahun dan anak kedua berusia 2 tahun. Beliau seolah-olah tahu beliau akan meninggalkan anak-anak beliau buat selama-lamanya, tidak berapa lama lagi.
Saya menjaga beliau selama tiga minggu. Oleh kerana beliau mengalami rasa sukar bernafas, saya tidak dapat banyak berinterasi dengan beliau.
Ads
Beliau hanya duduk di atas katil, tidak mampu berbaring kerana dengan posisi berbaring, ia akan menyebabkan beliau lebih sukar bernafas. Jadi saya pastikan bekalan oksigen secukupnya untuk beliau.
Badan semakin kurus kerana tiada selera hendak makan. Semakin lemah.
Pada suatu malam, ketika saya sudah pulang ke rumah, mengajar anak saya mengaji, ada panggilan telefon dari wad.
“Doktor, pesakit di katil lima tu dalam keadaan nazak. Saya sudah beritahu ahli keluarga yang lain..”
Ads
Jururawat telah faham apa yang perlu dilakukan. Beritahu ahli keluarga agar mereka maklum keadaan pesakit. Mungkin ada yang ingin bedoa dan mengajarkan syahadah. Tiada larangan.
Saya datang selepas 20 minit sebab rumah saya agak jauh dan jalanraya di bandar JB agak sesak.
Saya berjumpa suami beliau. Saya membisikkan “Mungkin ini masanya”
Suami beliau mengangguk dan agak sedih. Tetapi faham. Tugas saya bukan menyelamatkan nyawa, tetapi memberikan keselesaan bagi pesakit melalui fasa kematiannya.
Selepas sejam, saya mengesahkan beliau sudah meninggal dunia. Suasana senyap. Sunyi. Semua menahan pilu. Hanya anak beliau yang memanggil, “mummy,mummy” kerana tiada lagi usapan di kepala mereka.
Mereka tidak menyedari ibu mereka telah pergi selamanya…
Orang dulu-dulu selalu pesan, nak makan apa-apa kena berpada-pada. Jangan kerap sangat atau berlebih-lebih makan makanan laut, nanti boleh gout. Dan bila dan terkena gout, biasanya seseorang itu akan berasa tersangat sakit dan ada berlaku bengkak pada bahagian ibu jari kaki, buku lali, lutut atau pergelangan tangan.
Pun begitu, sebenarnya bukan makanan laut sahaja sebenarnya. Ini dijelaskan oleh Dr Suri Roowi, semoga selepas ini kita lebih berhati-hati dalam memilih makanan, terutamanya bagi yang pernah diserang penyakit gout ini.
Jom semak apakah jenis makanan itu.
MAKANAN dan GOUT
Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan HATI AYAM, BILIS dan supplement SPIRULINAadalah antara yang TINGGI bahan PURINE
Kepada yang ada masalah GOUT, PURINE boleh sebabkan GOUT jika diambil berlebihan
Daging merah juga tinggi PURINE berbanding daging putih.
2. Daging eloknya DI BASUH sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan PURINE
3. KURANGKAN ambil kuah sup daging kerana bahan PURINE banyak dalam kuah
4. Elakkan ambil MADU TIRUAN dan produk makanan / minuman yang menggunakan HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)
5. Kurangkan ambil sayur ASPARAGUS, BAYAM dan KOBIS BUNGA
Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura – mendapati bahawa, mereka yang ambil SOYA lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil SOYA
Sumber alami yang bagus untuk masalah gout adalah;
a. PERIA
b. BUNGA KRYSANTHEMUM
c. KULIT KAYU MANIS
d. CEKUR
e. MENGKUDU HUTAN
f. DAUN BETIK
g. EMPULUR NANAS
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda
Rujukan:
a. Biol. Pharm Bull 37(5) 709-721
b. Asia Pac. J Clin Nutr 20(3): 347-358
c. Int Food Rec 19(1) 159-165
d. Frontiers in Pharma vol 9
e. Anna Ellington B. Sc Thesis
Setiap antara kita tidak akan terlepas daripada menerima ujian. Ujian datang tidak mengira siapa kita, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji.
Mungkin bagi sesetengah orang melihat ujian yang menimpa orang lain itu tidaklah dianggap sebesar ujian yang diterima, pun begitu hanya orang yang melaluinya sahaja lebih mengetahui.
Seperti perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Geehan’s Nurjehan menjadi saksi seorang pakcik yang hanya mengisi minyak dengan harga RM0.60 sen sahaja.
Susulan daripada perkongsiannya itu ianya telah menjadi viral dan ramai yang ingin membantu.
Selalu Isi RM1.50 Sahaja
Terdahulu, Geehan’s Nurjehan ada berkongsi serba sedikit berkenaan warga emas tersebut yang mengisi minyak sebanyak RM1.50 sahaja. Mengambil maklum balas dan harapan daripada netizen, Geehan’s Nurjehan berkongsi status terkini di akaun facebooknya bagi mengelakkan sebarang syak dan fitnah.
Ujarnya,”Salam semua, untuk makluman pagi tadi saya sudah jumpa lokasi pakcik 60sen, bagi mengelakkan syak wasangka dan fitnah saya akan padam posting semalam dan tak sangka posting tu viral..yang sudah membantu in syaAllah saya akan sampaikan sumbangan tersebut”
“Untuk makluman pihak JKM sudah berhubung dengan kami mengenai isu semalam dan insyaAllah kami akan berkerjasama”
“Terima kasih banyak-banyak pada masyarakat yang prihatin sudi membantu…orang Malaysia memang owesome dan pemurah hati. Malaysia Prihatin!,” ujarnya di akaun facebook miliknya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Melakukan kerja-kerja pembersihan rumah selepas banjir tentunya sangat memenatkan. Maklumlah bukan satu ruang malah satu rumah sama ada bahagian dalam mahu pun luar rumah perlu dibersihkan.
Pastinya ini akan membuatkan badan kita pula merasa sakit-sakit kerana membuat kerja-kerja yang berat.
Namun bila kerja-kerja pembersihan dilakukan sendiri, diakui kita rasa lebih puas hati. Tak kiralah sama ada rumah kita sendiri mahu pun rumah ibu ayah di kampung. Setidak-tidaknya dapat juga kita berbakti pada ibu ayah meringankan beban mereka dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah yang ditenggelami banjir kembali bersih seperti sedia kala.
Begitulah juga yang telah dilakukan oleh Puan Sri Normala Samsudin, 58 apabila baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampungnya yang terletak di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat Johor untuk menziarahi ibu tercinta dan sekali gus membantu membersihkan rumah yang dinaiki air banjir.
Langsung Tak Kekok
Apa yang menarik perhatian pengikutnya apabila bekas penyampai berita Buletin Utama dan pengacara NONA ini berkongsi video di instagramnya sedang membersihkan bilik ibunya. Dilihat tidak sedikit pun kekok untuk melakukan kerja-kerja pembersihan meskipun kini berstastus VVIP.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan baginya itu suatu kepuasan untuk melihat rumah yang dihuni oleh ibunya kembali bersih dan kemas.
Difahamkan juga bahawa ibunya tidak suka jika orang lain mengemas biliknya melainkan dirinya atau adiknya sahaja.
“Hampir dah 5 tahun tak spring cleaning dan bersihkan bilik emak. Rasa sakit badan tapi puas hati buat sendiri. Biasalah emak kita memang tak suka kalau orang lain bersih bilik dia, samada adik saya atau saya, kemas lama2 sikit pun takpa… kalau orang lain cuci dia akan jenguk bilik dia 10 kali.”
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikutnya tumpang rasa bangga dan bahagia melihat Puan Sri Normala membantu ibunya melakukan kerja-kerja membersihkan rumah. Bahkan ramai juga yang turut mendoakan agar diberi kesejahteraan untuk kedua-duanya.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.