Tiada kata-kata yang dapat diucapkan seorang ayah apabila dua orang anaknya pergi buat selama-lamanya serentak.
Farizuddin Mat Saad, 52, merupakan ayah kepada dua beradik yang maut apabila motosikal ditunggang mereka dilanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan.
” Dalam seminggu kebelakangan ini saya perasan mereka berdua jadi rapat sangat.
” Buat sesuatu bersama-sama, pergi ke mana-mana pun berdua. Sehingga ke hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” kata Farizuddin lagi.
Suasana pilu menyelubungi kawasan kediaman dua beradik, Nayli Ulfa Farizuddin, 15, dan adiknya, Nuf Amni Farizuddin, 11.
Menurutnya lagi, sebelum ini dua beradik itu sama seperti orang lain, akan berbaik semula selepas bergaduh, tetapi mereka sangat rapat sejak seminggu kebelakangan ini.
Ads
“Dua itu sahajalah anak saya, saya reda.. Sebelum mereka keluar saya lihat mereka naik motosikal, tapi itulah, benda nak jadi, dah sampai ajal,” katanya.
Dia berkata, semasa kejadian, Nuf Amni membonceng motosikal yang ditunggang kakaknya, Nayli Ulfa untuk membeli makanan
Tambahnya lagi, dia mengetahui berkenaan kemalangan tersebut selepas kejadian terbabit dikongsi oleh salah seorang rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.
“Saya dapat tahu dalam jam 9 malam selepas Isyak, masa itu saya di surau. Persatuan komuniti ada yang kongsi kejadian tersebut dalam grup WhatsApp mengatakan ada dua budak kemalangan.
“Mula-mula itu saya tak tahu siapa, lepas saya tengok gambar saya terus cam itu motosikal saya. Saya terus telefon anak tetapi tidak berangkat. Kemudian saya telefon lagi sekali tetapi orang lain yang angkat,” katanya.
Ads
Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian jenazah kedua-dua anaknya itu sudah ditutup dengan kain.
“Sampai sahaja saya nampak dah ditutup dengan kain, saya berkata dalam hati memang anak-anak aku dah tiada.
“Saya pun pergi buka kain untuk melihat dan memang betul kata hati saya, memang itu anak saya,” katanya.
Menurut Farizuddin, dia belum membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri memandangkan bercadang untuk pulang beraya di kampungnya di Kedah selepas sekian lama tidak pulang berikutan Covid-19.
Ads
“Baju raya semua belum beli lagi, masih dalam perancangan,” katanya.
Polis dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum dilanggar oleh lori terbabit.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak. Ini kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Bila Ibu Bapa Cool
Ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dengan seikhlas hati. Semuanya bakal dipertanggungjawabkan ke atas mereka di akhirat kelak. Ibu bapa merupakan cermin terbaik kepada anak-anak.
Berikut tip bermanfaat yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim (parenting coach dan penulis).
‘Tugas’ Mendidik Anak Pun Jadi Mudah
10 CARA NAK JADI IBU AYAH YANG COOL
1. Jangan jadi perfectionist
Anak-anak ini sudah perfect. Allah sudah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita je yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2. Rendahkan expectation
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3. Jangan fokus pada result
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekanlah kita jadinya. Fokus pada usaha, In Sha Allah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4.Berhenti shiny parenting
Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara itu, bila ada orang share tip didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba-cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5. Berhenti comparing
Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buatlah macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak-anak itu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
6. Jaga waktu tidur
Tidur merupakan fundamental needs manusia. Kurang tidur badan akan jadi lemah, terlebih tidur pula badan akan jadi lemau. Oleh itu, jaga waktu tidur yang sihat 6-8 jam sahaja sehari.
7. Selalu peluk anak
Bila peluk dan cium anak bukan sahaja terhasil hormon bonding dan hormon kasih sayang tapi pelukan itu juga ada efek self-healing dan mood booster. Susah sangat nak rasa tenang cuba periksa balik ada tak peluk anak sekurangnya 3 minit sehari?
8. Selalu buat self-care
Jarang buat self-care maka jaranglah kita akan jadi baik. Selalu sahaja rasa stres, depress, lembik dan sakit hati. Itulah masalahnya, besarkan anak-anak ini 24 jam penuh dengan ujian, kalau emosi tak kuat memang senang sangat nak trigger nafsu kemarahan.
9. Banyakkan bersyukur
Self-gratitude ini rahsia orang orang yang tenang dan sabar. Bila kita banyak bersyukur, percayalah benda yang kita rasa tak puas hati itu akan berkurang dengan drastiknya.
10. Berdoa
Akhir sekali kalau sudah cuba macam-macam teknik dan petua tetap juga tak sabar dan tenang, berdoalah. Tiada siapa yang boleh beri rasa sabar melainkan Allah yang Maha sabar ( Al-Sabur ) dan yang Maha menenangkan ( Al-Mu’min )
Setiap kali kita memasak pasti kita akan terus membersihkan dapur yang berkecah teruk. Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena.
Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahimdi facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang suami harus sentiasa memberikan sokongan kepada isteri dalam apa jua tindakkannya termasuk melakukan apa yang diminatinya.
Suami yang menghargai isterinya akan membantu menyerlahkan potensi diri isteri bukannya membiarkan ia pendamkan sahaja.
Perkongsian saudara Akhtar Syamir ini ada benarnya apabila menghargai potensi isterinya. Ikuti coretannya.
Potensi seorang isteri.
Saya bukan syok sendiri, tapi tengok frame tu. Kalau zoom in lagi jelas. Ianya dihasilkan oleh isteri saya. Menarik tak? Bagi saya sangat menarik dan mengagumkan. Bukan kerana ianya dihasilkan oleh isteri saya, tetapi kerana saya tahu sampai bila-bila pun saya takkan dapat buat macam tu.
Manusia ini mempunyai potensi yang tiada batasan. Tidak kira lelaki atau wanita, semua orang ada kelebihan masing-masing yang jika digilap atau diberi peluang, bakal menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Percaya atau tidak, hampir kesemua potensi yang ada pada diri wanita akan dipendam apabila ia mula menjadi seorang isteri. Yang bagus bersukan akan berhenti bersukan, yang hebat berpidato akan terhad berhujah di rumah sahaja, yang bijak berniaga pun kadang-kala berakhir di dapur sahaja. Ini adalah senario apabila pasangannya menjadi penghalang kepada isteri mengembangkan potensinya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Segala kemahiran dan minat terpendam sedalam-dalamnya.
Bagaimana pula jika pasangan wanita itu seorang yang memberi kebebasan kepada isterinya untuk menyerlahkan potensinya? Lihat sahaja founder-founder produk, ramai yang wanita berkahwin, lihat sahaja leader-leader dan stokis besar, jarang sekali lelaki, tetapi kebanyakannya wanita berstatus isteri. Yang pandai masak, menjadi peniaga masakan yang berjaya, yang pandai bercakap menjadi speaker di kaca tv, yang pandai menulis, menjadi pemberi inspirasi kepada ramai orang, yang pandai menghias, menjadi punca kegembiraan keluarga, yang berseni dapat menyerlahkan bakatnya. Ini termasuklah yang menjadi Doktor, Peguam dan di bidang profesional yang lain.
Jangan ditahan potensi isteri. Buka mata dan lihat minat mereka. Beri mereka peluang menyerlahkan bakat mereka. Tak perlu ditahan-tahan, tak perlu rasa ego tercabar. Mana tahu lukisan yang tiada nilai sekarang, menjadi ribuan ringgit suatu hari nanti. Beri mereka masuk kelas-kelas yang mereka ingini. Kelas memasak, kelas mengaji, kelas perniagaan, kelas seni, jahitan, jualan langsung dan macam-macam lagi Pengakhirannya nanti, kita dan keluarga juga akan dapat manfaatnya.
Semoga kita menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di