Tanggung jawab seorang suami yakni ketua keluarga bukan sahaja menyediakan keperluan untuk anak dan isteri, tetapi dalam masa yang sama membahagiakan mereka.
Rumah tangga lebih harmoni dan aman apabila ketua keluarga memainkan peranan dengan baik. Lebih-lebih lagi jika masih ada ibu bapa yang perlu di ambil berat.
Berkahwin tidak bermakna melupakan terus tanggung jawab sebagai anak. Begitu juga jika mentua tinggal bersama, ibaratnya ibu kita sendiri dan patut mendapat layanan yang sama.
Begitu juga jika ada ahli keluarga lain yang tinggal bersama, saling melengkapi dan saling membantu menambahkan berkat dan itulah salah satu daripada rahmat dan rezeki Allah swt.
Kisah yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh ini boleh dijadikan teladan kepada mereka yang bergelar anak, suami ,menantu dan juga bapa.
Bil sampai dua hari lepas. Aku lihat jumlah, aku senyum saja. RM452.92 jumlahnya.
Belum pernah bil elektrik aku cecah sampai macam ni. Biasanya sekitar RM250-RM350 sahaja. Namun aku tidak mengeluh. Aku tahu cuaca sekarang panas.
Rumah aku pula ada 3 biji aircond. Bila panas, memang aku suruh mak mertua, adik ipar, puan isteri dan anak-anak buka sahaja aircond. Aku pasang aircond untuk keselesaan keluarga. Tak perlu takut-takut nak guna.
Ads
Soal bil letrik itu, usah risau. Aku ni ketua keluarga. Pandai la aku ikhtiar cari duit dan bayar.
Aku tak nak keluarga aku menahan diri untuk keselesaan hanya kerana risau bil melambung. Risau aku yang kena bayar mahal. Tak perlu risau bab tu. Bahkan aku cakap kat mak mertua,
“Mak. Pasanglah aircond kalau panas. Pasang je, tak apa.”
Aku risau juga mak menahan diri hanya tak nak menantu dia terbeban dengan bil.
Bil itu bukan beban mak. Bukan!
Itu apa yang aku sediakan untuk keselesaan keluarga termasuk mak dan sesiapa sahaja yang tinggal dalam rumah aku. Aku tak pernah anggap ia satu beban. Bahkan gembira apa yang kita sediakan mereka guna.
Ads
Mak memilih tinggal dengan aku ini sudah satu rahmat tidak terkira besarnya. Setiap hari ada alunan bacaan Quran dari bilik mak. Setiap hari ada doa untuk anak cucunya. Dua benda itu sahaja tidak ternilai dengan segala harta dan isi dunia.
Maka cukup bangsatlah aku jika berkira untuk sedikit keselesaan mak.
Anak-anak demam, mak jagakan. Mak tak benar hantar pengasuh kalau anak demam. Dia nak jaga. Anak aku yang sulung dan kedua pun mak yang siapkan untuk ke sekolah.
Begitu banyak jasa mak pada aku dan keluarga. Tidak terkira.
Sama juga dengan adik ipar aku. Beruntung besar aku dia nak tinggal sama. Padahal boleh saja dia tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan dia. Tapi dia memilih untuk tinggal dengan kami.
Ads
Setiap hari, dialah yang akan hantar anak sulung aku ke sekolah dan ambil anak kedua aku pulang rumah. Setiap kali aku keluar, aku rasa anak isteri selamat sebab mak dan adik ipar aku ada menemani puan isteri dan anak-anak.
Maka, apa sangat setakat kenaikan bil elektrik setakat seratus dua?
Aku ketua keluarga. Aku suami. Aku seorang ayah. Dan aku juga seorang menantu.
Itu tanggungjawab aku untuk menjaga mereka. Untuk menyediakan segala keperluan asas untuk mereka. Untuk keselesaan mereka.
Jika kau pun sama ditempat aku, janganlah kita mengeluh. Kita hadap saja dengan senyuman.
Duit boleh dicari. Kegembiraan dan keselesaan anak isteri serta keluarga itulah yang utama.
Apa yang kita belanjakan untuk anak isteri dan keluarga kita, InsyaAllah Tuhan ganti berlipat kali ganda. Percayalah!
#MFS – Kisah musim panas – .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah dengar nama kuih ini. Bagi yang tinggal di Pantai Timur mungkin familiar. Katanya kuih ini sukar dapat dan hanya diperoleh apabila tiba bulan ramadan.
Bagi yang menggemari kuih ini, bolehlah cuba nanti. Admin tengok pun rasa teringin juga nak cuba.
Kuih favourite orang pantai timur…bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa …sekaya telur…
– Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend).
– Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla.
– Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
– Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat)
– Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk…
*Salah satu cara lagi…panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..
– tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja…tapis dan kukus…
Kredit Resepi : imah rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa je yang tak impikan kebahagiaan yang berpanjangan bersama pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat dan bertemu semula di Jannah. Dah menjadi lumrah pasangan, ada masa hubungan baik sebaik-baiknya! Ada kalanya datang ‘angin taufan’, bermasam muka, bergaduh bagai tiada hari esok tetapi akan baik semula akhirnya. Tapi itulah yang akan jadi penguat hubungan suami isteri.
Selalunya, pasangan yang dah berumur ni jarang kita nampak mereka sweet kan? Lebih-lebih lagi yang sudah ada anak dan cucu yang ‘berderet’ di belakang! Tetapi tidak bagi pasangan ‘senior’ ini yang bernama Ary Ruswandi berkongsi video ‘bersemut’ mereka di laman Twitter miliknya di tepi pantai.
30 tahun hidup bersama, dalam video tersebut kelihatan dia bersama isteri berjalan di atas pasir yang tertera dengan angka setiap tahun yang telah mereka lalui sebagai simbolik sepanjang bersama hingga kini.
“Siap melangkah? Siap!” ujar mereka berdua di permulaan video tersebut.
Manakala di akhir video pula, mereka saling berpelukan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang diantara satu sama lain sambil berdiri di dalam ukiran lukisan berbentuk hati di atas pasir. Cerita cinta yang indah ini sudah pasti diidamkan oleh semua orang.
30 th berlalu sudah
Kita harus terus melangkah
Tetap temani aku
Disisa waktumu 💞 pic.twitter.com/lnfLxGY6gr
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut cair melihat keletah romantik pasangan ini. Di samping mendoakan kebahagian mereka berdua, ada juga berharap mereka juga mampu mengecapi kebahagian yang sama seperti dilalui kedua-dua individu tersebut.
Suami isteri yang mampu mengekalkan hubungan mesra dan bahagia hingga hujung nyawa, nyata keduanya telah sama-sama berjuang untuk kekal bahagia.
Ini kerana untuk merasai bahagia dalam hubungan, ianya bukan usaha dari satu pihak sahaja.
Untuk itu, ketahui beberapa teknik yang boleh dilakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa istimewa dan tidak hambar.
Ini sebagaimana yang dikongsika oleh Muhammad Hassan untuk panduan bersama.
Apa yang patut kita lakukan supaya hubungan suami isteri sentiasa rasa mahal. Lakukan teknik ini
Physical Touch
1. Peluk pasangan dari belakang.
2. Pegang tangan dia dengan penuh kasih sayang.
3. Picit hidung,gosok pipi dia zahirkan kemesraan.
4. Cium dahi dia dengan cinta setiap kali pergi dan pulang dari kerja.
5. Doa kebaikan dihadapan dia,biarkan dia dengar setiap doa kita .
6. Ketika pegang tangan,tatap wajah dia dan katakan kepada dia kita terlalu sayangkan dia,sayang hingga ke syurga.
Break the routine
1. Cuba lakukan yang lebih dari biasa.
Jika sebelum ini isteri siapkan sarapan,apa kata esok pagi kita pula sediakan sarapan.
2. Jika sebelum ini isteri kejutkan kita solat subuh. Apa kata esok kita pula yang kejutkan isteri dan keluarga solat subuh.
3. Jika sebelum ini isteri setiap hari basuh dan jemur pakaian. Apa kata esok kita pula buatkan. Malam ini masukkan ke dalam mesin,esok selepas subuh jemurkan .
4. Jika sebelum ini tak pernah picit urut kaki isteri,cuba selepas solat nanti minta isteri hulurkan kaki,picit picitkan kaki dia.
5. Sebelum ini tak pernah makan bersuap,minum air satu gelas. Cuba makan malam nanti suapkan pasangan,minum satu gelas yang sama dan tempat yang sama.
7. Jika sebelum ini dah lama tak ajak isteri makan tengah hari cuba esok ajak isteri makan di luar,pilih tempat yang dia sukai.
6. Cipta masa untuk bawa isteri dan keluarga jalan jalan. Pusing kampung,pusing taman pun dah cukup melegakan.
Nak tahu kesan dia?
Cuba buat sekarang tengok dalam beberapa hari. Pasti pasangan kita sangat teruja dengan teknik ini. Hubungan makin baik,isteri mula merasai dirinya dihargai,suami akan makin jatuh cinta.