Jangan biarkan rasa tidak selesa ini mengganggu perjalanan kehamilan anda yang indah. Cuba sebaiknya untuk mengawal rasa tidak selesa ini dengan cara yang tepat.
Keadaan tidak selesa ini boleh dikawal dengan merehatkan diri dengan banyak dan tepat. Mungkin sebahagian pilihan ini boleh anda ikuti untuk mendapatkan waktu rehat yang sebaiknya.
1. Mengendurkan badan
Kendurkan badan dengan cara berbaring menggunakan beberapa biji bantal yang diletakkan di belakang sebagai menyokong tubuh dan perut. Letak juga bantal di bahagian bawah lutut untuk menambah keselesaan. Begitu juga dengan kaki. Dapatkan sokongan yang padu.
2. Baring dengan posisi mengiring juga boleh menimbulkan suasana selesa bagi ibu hamil. Caranya adalah dengan baring mengiring dan sebelah kaki di atas pula dibengkokkan. Letakkan bantal di bawah kaki yang dibengkokkan itu.
Ads
*AMARAN
Berbaring menelentang tanpa sebahagian badan tertentu diampu dengan sebarang bantal boleh menghalang pengedaran oksigen kepada bayi dan anda mungkin akan berasa ingin pitam. Jadi elakkan berbaring secara melentang.
Ads
3. Merehatkan minda
Sambil merehatkan badan, cuba tenangkan dan lapangkan fikiran. Tarik nafas secara perlahan dan seimbang. Jangan paksa. Kemudian lepaskan nafas juga secara perlahan.
Selain itu, anda juga boleh mencuba kaedah lain seperti mengulang satu perkataan atau bunyi-bunyian dengan senyap. Lakukannya berulang kali sepanjang anda merehatkan diri.
Atau anda boleh mencuba cara ini. Ambil sebarang foto atau benda yang anda fikir menarik dan menyenangkan. Tatap atau bermain dengan barang yang anda pilih itu. Lakukan selama anda mampu kerana ia dapat merehatkan minda.
Ads
4. Elak tonton negatif
Paling penting jangan melihat atau membaca cerita-cerita yang boleh mengganggu emosi, hal-hal negatif dan toksik yang boleh mengganggu pemikiran. Jangan biarkan mood ceria anda terganggu setiap hari. Biarkan cerita positif dan gembira sepanjang tempoh hamil. Itu sebaiknya.
Perkongsian wanita ini yang membiasakan keluarganya minum air lemon, nyata menu air yang diminum dipelbagaikan.
Menurutnya, air lemon yang diamalkan bertujuan untuk menjaga kesihatan. Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
DEMAM AKIBAT JANGKITAN VIRUS
Rupa-rupanya tempoh hari, kemungkinan encik suami demam akibat jangkitan virus.. Maknanya kami sekeluarga pun sama lah jugak sebab dah berjangkit 1 rumah.
Hari Isnin sepatutnya suami jumpa doktor dan nak buat ujian makmal untuk influenza lak. Tapi memandangkan keadaan suami dah tak demam dan batuk pun dah semakin reda, doktor sekadar beri opsyen (nak buat boleh, tak nak buat pun takpe). Doktor cuma syak berdasarkan simptom-simptom yang suami alami macam
☑ Demam panas & mendadak
☑ Demam yang berulang-ulang
☑ Sakit kepala
☑ Sakit badan & sendi
⬜ Badan menggigil (antara kami bertiga, cuma saya je ada simptom ni)
☑ Batuk tak berkahak
☑ Selesema
☑ Ruam pada badan (hanya suami)
☑ Cirit-birit
⬜ Muntah
Doktor cakap, demam akibat virus ni sebenarnya tak ada ubat pun. Antibiotik tu untuk demam sebabkan bakteria. Bagi jangkitan yang tak kronik, boleh sembuh dalam masa beberapa hari hingga dua minggu, bergantung kepada respon imun badan masing-masing.
Tapi kalau tak jaga dengan betul, boleh sebabkan komplikasi gak (nak-nak pada anak kecil, orang tua & orang yang lemah imun). Ni antara langkah-langkah yang perlu diambil bila demam
☑ Minum banyak air kosong
☑ Rehat secukupnya
☑ Jaga pemakanan (makan makanan seimbang)
☑ Amalkan kebersihan & cuci tangan dengan sabun (elakkan pegang muka)
☑ Elakkan gi tempat orang ramai (untuk elak sebarkan jangkitan)
☑Dapatkan rawatan doktor jika gejala berterusan
MAKANAN TINGGI VITAMIN C
Alhamdulillah, saya syukur sangat sebenarnya sebab gejala yang kitorang alami tak teruk sangat & cepat gak kurang.. Selain amalkan ambil bone broth & menu² upkan imun yang lain, saya gak suka buat air lemon nak-nak bila ada yang tak sihat. Lemon ni bukan berfungsi upkan imun tau.. Tapi kandungan vit C dia tinggi & sangat elok untuk cepatkan proses penyembuhan.
Selain lemon, boleh je ambil buah-buahan & sayur lain yang tinggi vitamin C macam nanas, blackcurrant, kiwi buah-buahan sitrus, brokoli, kubis, kale (kubis keriting), dll. Saya suka guna lemon sebab selalu ada stok lemon jer kat rumah.. Saya hiris nipis 1-2 biji lemon & simpan dalam freezer (gunakan plastik ziplock/bekas kedap udara) sebagai ‘first aid herbs’. So saya sentiasa ada stok lemon walaupun saa-saat tak terduga camni. Kemudian barulah beli yang fresh untuk kegunaan hari seterusnya..
Bila buat air lemon, saya suka pelbagaikan perisanya dengan tambah bahan-bahan lain supaya tak cepat bosan. Sekarang ni Fydh pun dah suka minum air lemon+madu. Ni antara variasi lemonade yang saya pernah buat. Saya tak buat masam-masam sangat sebab buat untuk dak Fydh ni sekali. Tambah/ubahlah sukatan lemon ikut citarasa sendiri ye..
Air Lemon & Madu
½ biji lemon
500-600 ml air panas (bergantung pada saiz lemon)
Sedikit madu asli
Untuk Fydh saya tambahkan madu sikit & setitik stevia sebab dia tak suka air masam sangat & rasa madu terlalu kuat
Air Lemon Madu & Pudina
½ biji lemon
500-600 ml air panas (bergantung pada saiz lemon)
Sedikit madu asli
Beberapa helai daun pudina
Tip :
– gentel/ramas daun sebelum masukkan dalam air supaya patinya keluar
– daun pudina kurangkan batuk & cairkan kahak
Teh Hijau Lemon Madu
1 uncang teh hijau
½ biji lemon
500-600 ml air panas (bergantung pada saiz lemon)
Sedikit madu asli
-teh hijau mengandungi kadar antioksidan yang tinggi, membantu melawan jangkitan virus & mengurangkan selesema
-teh hijau tak boleh diambil berlebihan. Hanya 1-2 cawan jer sehari.
Lemonade Mawar
½ biji lemon diperah airnya
500-600 ml air panas/suam (bergantung pada saiz lemon)
2 sudu air mawar
Sedikit stevia/ gula
-pastikan pilih air mawar gred makanan (bukan bahagian kosmetik ye!)
-air ni sedap diminum sejuk
-air mawar tinggi kandungan antioksidan
-boleh mengurangkan stres, anxiety & membaiki mood (bila selalu stres & bad mood akan melambatkan sistem tubuh untuk sembuh)
-bukan setakat bagus untuk kulit, minum air mawar ni awet muda gak tau..heheh
Lemonade Pandan
½ biji lemon diperah airnya
500-600 ml air (bergantung pada saiz lemon)
1 helai daun pandan (dicarik & diikat)
Sedikit stevia/ gula batu
-masak air bersama daun pandan dan gula batu. Selepas mendidih, tutup api & masukkan perahan lemon.
-air ni sedap diminum sejuk
-selain boleh meredakan demam, minum rebusan daun pandan boleh meredakan sakit² badan, mengurangkan sakit kepala, sakit telinga & arthritis.
-elakkan pengambilan daun pandan sekiranya ada simptom cirit-birit sebab daun pandan ni gak ada kandungan laksatif yang bertindak macam julap.
⚠ Kalau terbatuk-terbatuk sampai dah luka tekak, jangan buat air lemon masam-masam sangat sebab akan pedihkan lagi tekak yang luka..
TEH HERBA UNTUK BATUK
Teh herba ni saya buat masa tengah batuk teruk hari tu.. Lepas minum memang rasa lega sikit sebab ada buah pelaga & kayu manis tu. Buah pelaga memang berfungsi meredakan batuk dalam perubatan ayurveda. Kayu manis tu plak kurangkan rasa sesak dada akibat batuk..
1 uncang teh (sebaik²nya teh hijau)
500 ml air panas
½ batang kayu manis
1-2 biji buah pelaga
Sedikit madu asli
-minum ketika masih suam
-saya guna 1 jer buah pelaga sebab tak suka rasa buah pelaga kuat sangat. Kalau guna sebiji, rasanya macam teh kayu manis jer.
-buah pelaga & bahagian dalam kayu manis (pecahkan dulu) perlu dibasuh dengan larutan cuka sebab kadang² bahagian dalam batang kayu manis ni berkulat.
-ketuk buah pelaga sebelum tambah air untuk keluarkan minyaknya.
-minum setiap hari untuk kurangkan batuk & sakit tekak.
Penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan bagi seorang wanita adalah sesuatu yang sangat penting. Hingga ada sesetengahnya akan sanggup berhabis duit untuk tampil cantik dan menawan.
Malah bukan suatu yang pelik, jika sanggup menghabiskan masa yang panjang di spa kecantikan bagi memastikan tubuh kekal cantik dan bertenga. Semua ini menjadi keutamaan wanita masa kini.
Pun begitu tahukah anda selain kaedah dan cara tersebut, ada satu cara yang ringkas dan mudah dalam menjaga kesihatan tubuh yang boleh diamalkan. Lain tidak bukan adalah dengan mengamalkan minuman air serai.
Apa menarik dan istimewanya minuman serai ini? Jom kita semak apa yang dikongsikan oleh dua wanita ini; Puan Mastura Rashid dan Puan Siti Fatimah Haji Shamsuri.
Ini diajar oleh bidan yang mengurut saya. Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda, walaupun usianya dah lebih 50 tahun. Mulanya saya agak umurnya lewat 30an atau awal 40an. Saya panggil kakak, tapi rupanya dah pangkat makcik. hehe
Katanya, dari muda, hingga tua, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau, tak pernah beli pun. Makcik ni asal kelantan. Jadi saya agak resipi-resipi jamu dia mesti dari sana juga.
Berbalik pada cerita air serai tadi,.gunakan serai segar ya. Bukan yang dibotolkan untuk tujuan commercial (ada ke? Saya cuma sebut saja, mana tau kebetulan ada yang dah di commercial kan)
Caranya begini:
1. Bersihkan 10-15 batang serai.
2. Isikan periuk dengan lebih kurang 10L air.
3. Rebus serai tadi sehingga pekat dan keluar bau wangi.
ps: Biasanya saya rebus selama 1/2 jam.
Tutup api, biarkan suam, kemudian minum.
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengahari dan malam.
Efek dia?
1. Banyak kentut
2. Perut kempis
3. Kulit bertambah cerah dan sihat (nampak kemerah-merahan pun ya)
4. Badan dan peluh bau wangi (atau yang ada masalah bau badan teruk, badan akan perlahan-lahan hilang bau)
5. Lawas kencing dan buang air besar
6. Buang toksin
Sumber : Mastura Rashid
Ini pula perkongsian daripada Puan Siti Fatimah Haji Shamsuri, di mana menurutnya, ” Disebabkan angin da menyucuk2, ku gagahkan jugak minum air serai + halia + habatussauda ni.. tambah gula merah sikit nak bagi sedap.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selain masalah senggugut, Ada sesetengah kaum wanita mengalami masalah haid tidak teratur. Sekali gus menyebabkan ia akan mengganggu hormon di dalam tubuh. Bagi yang mengalami masalah ini apa kata cuba kaedah tradisional ini dengan mengamalkan air jamu.
Selain merawat masalah senggugut ketika haid, ia juga dapat mengurangkan keputihan *jika ditambah daun sirih.
Air jamu ini juga sangat bagus untuk membersihkan rahim selepas haid, bertindak untuk membuang angin dan memecah lemak serta mengatasi masalah bau badan. Cara untuk membuatnya juga mudah.
BAHAN-BAHAN:
• 2sm halia
• 2sm kunyit
• 2 batang serai
• 2 helai daun pandan
• 3 cawan air
• Gula batu atau madu *mengikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh halia dan kunyit. Boleh dihiris jika mahu. Masukkan juga serai dan daun pandan.
2. Masukkan air dan biarkan ia mereneh seketika.
3. Selepas air mengering dan dianggar menjadi satu cawan, tutupkan api. Biarkan suam sebelum ditambah madu atau gula batu ketika mahu diminum.
*Anda boleh tambahkan sebiji buah manjakani untuk merapatkan bahagian intim (tetapi tidak sesuai untuk anak dara)
*Untuk mengurangkan masalah keputihan, bolehlah ditambah dua helai daun sirih
KHASIAT:
*Membersihkan rahim selepas haid
*Mengeluarkan angin dalam badan
*Memecahkan lemak di perut
*Mengurangkan masalah bau badan
Amalkan air ini sebulan sekali dan ingin diingatkan, air ini tidak sesuai untuk ibu mengandung. Air jamu ini tidak pahit bahkan harum. Cuma jika ditambah biji manjakani akan menjadi sedikit pahit.
Jangan amalkan berlebihan kerana sirih dan kunyit berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid.
sumber: VANILLA KISMIS
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.