Faisal Halim dan isteri kembali bersama – “Rasa macam baru kahwin semalam.” Isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya yang memberi isyarat positif mengenai hubungan mereka.
Faisal Halim & Isteri Kembali Bersama – “Rasa Macam Baru Kahwin Semalam”
Dalam perkongsian itu, Nur Syazwani dilihat berkongsi semula posting Faisal yang memuat naik gambar mesra bersama dirinya dan anak mereka, Khalish Aryan.
Menariknya, Faisal menggunakan lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai muzik latar dan pada masa sama meluahkan rasa syukur, sekali gus mengisyaratkan bahawa rumah tangga mereka kini kembali harmoni.
Tidak ketinggalan, Nur Syazwani turut menzahirkan ucapan penuh syukur di ruang IGs miliknya yang seolah-olah mengesahkan khabar gembira tersebut.
Ads
“Alhamdulillah. Memaafkan dan melupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga.
“Sayang awak. Rasa macam baru berkahwin semalam.”
Ads
Untuk makluman, sebelum ini timbul laporan mendakwa Nur Syazwani pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal.
Sebagai rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish.
Pengawal keselamatan pelihara enam anak yatim piatu dengan gaji RM1,500, oercaya rezeki Allah. “Percaya dengan rezeki Allah SWT,” itu pegangan pengawal keselamatan Che Hanapi Che Hassan, 44, yang sanggup berdepan cabaran apabila berkorban menjaga enam anak yatim piatu yang juga anak saudaranya.
Bapa kepada tiga anak dari Kampung Padang Rumbia, Pekan, Pahang, itu berkata kehidupan dia bersama isteri, Kamilah Yaakob, 48, dan anak-anaknya bahagia dan ceria.
“Jika diikutkan dengan pendapatan RM1,500 sebulan tidak termasuk kerja lebih masa, ia seakan tidak cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
“Tetapi saya percaya kepada rezeki Allah SWT dan Alhamdulillah, sejak menjaga mereka pada 2007 lagi, kehidupan kami sekeluarga okay.
“Dengan rezeki diterima ini, saya dan isteri dapat memberikan pendidikan kepada mereka dan syukur di atas ketentuan Allah,” katanya.
Menceritakan kehidupan di awal perkahwinan, Che Hanapi berkata, dia bersedia menjaga enam anak yatim piatu itu untuk memastikan mereka tidak terpisah dan kekal bersama sehingga dewasa.
Menurutnya, segalanya bermula apabila Che Hanapi dan Kamilah berkahwin pada Ogos 2007 yang ketika itu isterinya sudah menjaga tiga anak saudaranya selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.
Katanya, pada 2011, mereka membuat keputusan mengambil tiga lagi anak saudaranya yang kematian ibu bapa untuk memastikan hubungan dan keakraban dalam kalangan adik-beradik kekal terjalin.
“Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat enam anak yatim piatu ini yang juga anak saudara isteri gembira dan tidak terpisah.
“Sebenarnya, jika ada yang mengambilnya, biarlah mereka kekal bersama dan bukannya hanya seorang yang menyebabkan hubungan mereka akan menjadi jauh.
“Saya tidak sanggup melihat mereka terpisah lalu menjaga mereka sehingga dewasa sedangkan mempunyai tiga anak berusia lapan hingga 16 tahun dan yang tinggal bersama kami ketika ini ialah tiga orang.
“Alhamdulillah, kami gembira seorang daripadanya sudah berkahwin dan kami kini mempunyai seorang cucu, manakala dua lagi sudah bekerja di Bentong, Pahang dan Klang, Selangor,” katanya.
Che Hanapi yang tinggal di rumah asnaf Projek Rumah Bersepadu Kampung Padang Rumbia, Pekan turut mengakui gembira melihat anak saudaranya membesar di depan mata kerana memberi kepuasan serta bersyukur di atas segalanya.
Seorang pensyarah UiTM lemas di kolam renang sebuah resort di Kemaman pada Sabtu, dalam kejadian yang meragut nyawa Nurhazwani Abd Halim, 34, pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Pahang. Mangsa dipercayai lemas ketika mandi bersama suaminya sekitar jam 5.30 petang sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Kemaman.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar memaklumkan, mangsa bersama suami mendaftar masuk ke resort kira-kira jam 4 petang. Sekitar setengah jam kemudian, pasangan berkenaan turun ke kolam renang untuk mandi. Selepas hampir sejam berada di dalam kolam, suami mangsa menyedari isterinya tenggelam dan tidak sedarkan diri.
Mangsa kemudian dibawa naik dan diberikan bantuan awal sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut. Namun begitu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Kejadian pensyarah UiTM lemas ini mengejutkan keluarga, rakan setugas, dan komuniti setempat yang mengenali mangsa sebagai seorang pendidik berdedikasi.
Pihak hospital mengesahkan kematian selepas usaha menyelamat dijalankan. Menurut pihak berkuasa, masa kejadian dan tindakan segera oleh orang awam serta pihak resort menjadi sebahagian daripada siasatan bagi memahami keadaan yang membawa kepada insiden tersebut. Pihak keluarga dimaklumkan segera sejurus pengesahan dibuat oleh pegawai perubatan yang bertugas.
Polis memaklumkan proses bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kemaman sekitar jam 10.30 pagi Ahad untuk mengenal pasti punca sebenar kematian. Setakat ini, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Pihak berkuasa juga akan meneliti prosedur keselamatan kolam renang, selain mendapatkan keterangan saksi bagi melengkapkan siasatan.
Mangsa, Nurhazwani Abd Halim, merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri. Di peringkat komuniti, insiden pensyarah UiTM lemas ini mendapat perhatian ramai termasuk ADUN Kijal, Datuk Razali Idris dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang hadir menziarahi keluarga mangsa di hospital pada pagi Ahad. Rakan-rakan setugas di UiTM Cawangan Pahang turut menzahirkan ucapan takziah dan mengenang sifat dedikasi mangsa dalam dunia akademik.
Menurut maklumat polis, pasangan berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan baik ketika mendaftar masuk ke resort. Pemeriksaan lanjut terhadap kawasan kolam renang, peralatan, serta kehadiran penyelamat bertugas akan diambil kira dalam siasatan. Dalam masa yang sama, keluarga terdekat diberi ruang dan masa bagi urusan pengkebumian selepas proses forensik diselesaikan.
Walaupun pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut, orang ramai diingatkan supaya mengutamakan keselamatan ketika berada di kolam renang atau kawasan air terbuka. Kejadian pensyarah UiTM lemas ini mengingatkan tentang pentingnya pemantauan rapi, memanaskan badan sebelum berenang, mengetahui kedalaman kolam, mengelakkan berenang bersendirian, serta mendapatkan bantuan segera jika berlaku kecemasan.
Pihak keluarga dan masyarakat mengharapkan siasatan menyeluruh bagi memahami punca kejadian, selain berharap insiden seumpama ini tidak berulang. Dalam pada itu, penghormatan terakhir diberikan kepada mangsa oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat. Laporan lanjut akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa setelah siasatan selesai. Insiden pensyarah UiTM lemas ini menjadi iktibar agar aspek keselamatan air sentiasa diberikan keutamaan.
Cabutan bertuah, kanak-kanak lelaki 6 tahun menang Perodua Axia. Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun membawa pulang sebuah Perodua Axia apabila berjaya memilih kunci kereta yang tepat pada satu acara cabutan bertuah di sebuah pusat beli-belah, di Kota Kinabalu.
Ia umpama ‘hadiah tahun baharu’ kepada Norazemah Nordin sekeluarga selepas rezeki tidak disangka-sangka itu menyebelahi anaknya, Mohd Zulfikar Al Fateh Mohd Fauzi.
Terdahulu pada acara itu, tiga peserta dipanggil ke pentas selepas nombor mereka dicabut sebagai finalis.
Mereka kemudian diminta memilih satu daripada tiga kunci yang kelihatan sama tetapi hanya satu akan dapat membuka pintu kereta disediakan pada acara itu.
Apabila tiba giliran Mohd Zulfikar Al Fateh, kunci yang dipilihnya berjaya membuka pintu kereta terbabit, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang.
“Hadiah ini adalah rezeki anak. Ia adalah hadiah tahun baharu yang tidak pernah disangkakan. Kami benar-benar bersyukur,” kata Norazemah yang bekerja sebagai pembantu tadbir sebuah jabatan akaun di Keningau.
Ibu kepada empat anak itu dikatakan datang untuk mengambil cermin mata ditempah di kedai yang menganjurkan acara cabutan bertuah berkenaan, ROBERT.T 1994 sebelum diberitahu layak menyertai program terbabit.
“Kami sudah ada kereta. Jadi bagi kereta yang baru dimenangi ini pula, kami akan menggunakannya untuk percutian istimewa,” katanya sambil memaklumkan bahawa suami beliau yang bekerja di Kota Kinabalu akan memandu Perodua Axia itu pulang ke Keningau.
Majlis Cabutan Bertuah Robert.T 1994 itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.
Isu bawa anak naik stroller di tempat sesak mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila ada yang mengecam tindakan ibu bapa, namun ramai tampil mempertahankan mereka.