Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2.
Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Disebalik senyuman dan tawa penyanyi ini, hanya dia yang tahu betapa luluh hati apabila dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua.
Kegigihan penyanyi ini melawan penyakitnya cukup dikagumi ramai. Malah, dia dan suami, Khairul Anuar Hussin tidak berputus ada mencari penawar menyembuhkan barah limfoma tahap empat yang dihidapi tersebut.
Melihar secara luaran, seakan-akan tidak percaya penyanyi Lagu Kalis Rindu tersebut menghidap penyakit kronik. Dari luaran Erneelya Elyana binti Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana nampak sihat dan bertenaga serta ceria.
Namun begitu, doktor mendapati kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha.
Menerusi ruangan Insta Storynya, Elyana ada berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Bukan itu sahaja, berat badannya turut merosot kepada 35kg.
“Saya tidak mendapatkan rawatan kemoterapi, sejak tahun lalu. Bukan sengaja tak nak dapatkan rawatan, tetapi berat badan susut membuatkan saya terpaksa menangguhkannya. Ini kerana bimbang tubuh tidak kuat untuk menanggung kesan rawatan. Selera makan saya pun berkurangan sejak itu.
Begitu pun, pelantun lagu Diriku Tapak Sulaiman ini tetap optimis dan positif. Malah kental untuk terus berjuang melawan penyakit nya.
Malah, Elyana turut mendedahkan dia kini dalam proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Elyana sebelum ini mengejutkan ramai pihak terutama peminatnya apabila berkongsi dirinya menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.
Dalam pada itu, dia urut berterima kasih kepada suami, anak dan seluruh ahli keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan mendoakan kesihatan dirinya.
Lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga di rumah, Elyana akui masa yang berkualiti adalah ketika berada di rumah.
Elyana yang mempunyai dua anak, seorang anak kandung iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani baru menginjak usia 2 tahun. Merekalah yang menjadi sumber kekuatan untuknya melawan kesakitan yang dihidapi.
“Aktiviti yang kami selalu buat adalah dengan lepak di rumah. Di rumah kami dapat berehat dan bergurau bersama. Sebagai selebriti ada kalanya ditegur peminat untuk bergambar dan sebagainya. Jadi masa terbahagi dua. Tetapi di rumah fokus saya hanya pada keluarga semata-mata. Selalunya aktiviti kami lebih menjurus pada hal anak.
Sumber: elyanaofficial1 & Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019
Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan oleh Dia Yang Satu, bak kata pepatah asam di darat ikan di laut di dalam kuali bertemu jua.
Demikian juga dengan pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga ini. Siapa sangka pertemuan di aplikasi cari jodoh, Tinder, akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.
Dalam satu perkongsiannya di laman twitter, Aishah Rofizan berkongsi momen indah tersebut serta tip bagaimana menggunakan kos rendah untuk majlis perkahwinan yang menelan belanja lebih kurang RM3K je.
Goodies Hand Sanitizer
Lebih menarik lagi, goodies berupa hand sanitizer yang diberikan kepada tetamu kepada tetamu dibuat sendiri. Memang comel dan lain dari yang lain.
Hasil dekorasi ruang belakang rumah jika kena gayanya boleh dijadikan ruang santai yang sangat selesa untuk seisi keluarga. Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Siti Hurul Aini Samsudin, berjaya lakukan transformasi ruang belakang rumahnya menjadi lebih damai dan sejuk mata memandang.
“Kawasan belakang rumah tidak dibuat dapur basah, namun dibuat tempat santai.”
“Buat time PKP hari tu. Planning nak buat tembok batu, disebabkan pkp lama naw kita tukar plan DIY pakai shera plank, artificial grass (shopee), deck (shopee). Kita buat sikit-sikit sampai siap,” tulisnya di salah satu group deko di fb.
Alatan yang digunakan:
Grinder machine
Shera plank
Cat
Rumput tiruan
Antislip toilet
Langkah 1 : Mula-mula memang kena buat frame besi dulu sebab nanti nak lekatkan guna bolt n nut. Welding Besi dalam rm600
Langkah 2 : Kena ade grinder machine untuk potong shera plank tu. Harga share plank rm26/pc 12ft. Saya beli total 21 keping. Setelah potong shera plank, ia perlu dicat.
Langkah 3: Kemudian pasangkan.
Langkah 4:Kemudian letak rumput tiruan dan sebelum tu saya lapik dengan antislip toilet.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...