
Inilah hebatnya seorang ibu, bila tahu sahaja sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan air selama 3 hari, terus timbul idea untuk pastikan keluarga tetap dapat merasai masakan yang dimasak dari air tangannya sendiri.
Nak tahu apa yang dilakukan oleh ibu ini, jom semak perkongsiannya. Moga memberi inspirasi pada wanita yang lainnya.
Apa yang diutamakan makan pakai anak-anak dan keluarga sempurna.
Bermula esok (Rabu) bekalan air akan terputus selama 3 hari di banyak kawasan di Selangor.
Kata suami saya, Mulai esok tak payah masaklah. Kita makan luar jer. Jimat air.
Makan luar?
Berkerut-kerut dahi saya berfikir.
Anak-anak sebelum ke sekolah wajib nak tapau makanan. Lepas tu tengah hari pula ada yang balik jam 1 rushing nak pergi kafa pula. Ada yang balik jam 2.30 dan ada yang balik jam 5.30 petang. Celah mana nak pergi makan luarnya?
Nak tapau pula, bagai dikatakan.. bila sejuk kejunglah makanan itu di atas meja. Tak ada siapa pun yang akan usik.
Maka malam tadi, tatkala seisi rumah sudah nyenyak dibuai mimpi, saya pun bersilat di dapur sorang-sorang. Masak siap-siap senang. Lepas tu bekukan. Nanti nak makan panaskan sahaja.
Sambil masak sambil kumpul tok, nenek dan moyang periuk serta tong untuk tadah air.
Selamat bertabahlah warga Lembah Klang yang terlibat 3 hari tanpa bekalan air!
Sumber : Busseroa Abd Jalil via MAHN
‘Tumpang Kawan Berniaga.” Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah, Lelaki OKU Ni Merangkak Jual Minyak Angin. Sebaknya!

Cukup menyentuh hati membaca satu perkongsian di laman facebook semalam, di mana seorang lelaki kelainan upaya dilihat sedang menjual minyak angin.
Beberapa keping gambar lelaki OKU ini kemudiannya di muat naik oleh individu yang dikenali sebagai Suid Abdul,ketika lelaki OKU tersebut sedang menjual minyak angin di Pantai Murni, Yan, Kedah.
Biarpun dalam keadaan sukar untuk berjalan, lelaki itu masih gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara kehidupannya.
Tumpang kawan datang meniaga
Lebih menyentuh hati, lelaki itu dikatakan berasal dari Jitra, Kedah dan datang ke Pantai Murni dengan menumpang kawan semata-mata untuk berniaga. Sejak lahir lagi lelaki ini berkeadaan sedemikian dan hanya merangkak jika mahu ke mana-mana tempat.
Lumpuh dari pinggang ke kaki
Menerusi komen itu juga, Suid memberitahu bahawa lelaki yang dijumpainya itu mengalami lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Kesukarannya untuk bergerak membataskan perjalanan yang boleh dibuat untuk berniaga minyak angin.
Bantu cari rezeki
Sehubungan dengan itu, dia menyeru agar sesiapa yang berada di sekitar kawasan Pantai Murni agar sama-sama meringankan beban lelaki tersebut dengan membeli minyak angin yang dijual. Semoga ia sedikit sebanyak membantunya dalam mencari rezeki halal.
Ramlahdollah Noxxa Assalam..tolong dptkn no contact (akn dirahsiakan) dan no akaun. Sy akn cuba viralkn. Die ada usaha, semoga Allah permudahkan.
Nour Hidayu Rahamat nak bantu, tp sy di kajang… sy pn nk num acc, bantu mana yg boleh…
Idrul Fitri Alhmdllh..walaupun begini masih berusaha mencari rezki. Ni sihat tubuh badan.minta sedekah.. Semoga sahabat kita tabag mengharungi liku2 hidup.semoga sihat sentiasa
Sathia Silan Selamat Ptg En.Mohon pm saya num tel dan acc dia…boleh?Saya pun nak support bisnes dia dan pada masa yg sama ingin memberikan sumbangan pada dia.Terima kasih pada En kerana prihatin dan viralkan pasal abg itu.Semoga tuhan memberkati En diatas usaha dan keinginan utk membantu.
Faiz Razali Suid Abdul jauhny dia dok kt kg naga jitra nu…
Suid Abdul Faiz Razali ya2..tumpang jiran mai sini..stg jiran dia mai ambik
Faiz Razali Suid Abdul dia kata dia tmpang jiran…mai..ksian kt dia…lumpuh dari pnggang ke bwah…
Sumber : Suid Abdul
Nenek Ni Kongsi Cara Tanam Kunyit Untuk Dapatkan Pokok Yang Subur & Cantik Daunnya!

Menanam pokok kunyit antara pokok yang bolehlah dikatakan wajib ada di setiap rumah bagi yang gemar bercucuk tanam. Ini memandangkan, daun kunyit sering digunakan di dalam masakan bahkan isinya juga.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk menanam pokok kunyit agar berdaun lebar dan subur menghijau ada cara dan ilmunya yang perlu diketahui. Jika salah caranya itu yang menyebabkan sering terjadi pokok kunyit yang ditanam tidak dapat hidup dengan subur dan macam-macam lagi yang boleh terjadi.
Oleh itu, apa kata buat anda yang baharu ingin mencuba menanam pokok kunyit ikuti tip yang dikongsikan oleh Siti Samsiah atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan nenek di media sosial.
Cara Nenek Tanam Cun Melecun Tanpa Cacat Daun
Ini Pokok kunyit nenek cun melecun tanpa cacat daun. 3 gambar lagi tu baru semai pun dah naik cantik tunas-tunas. Ini cara nenek semai atau tanam kunyit.
Langkah 1 : Cangkul atau gemburkan tanah. Nenek guna tanah kompos beli di nursery dan ditambah dengan tanah sabut hancur.
Langkah 2 : Gaul tanah tadi dengan baja organik tinja ayam.
Langkah 3 : Biarkan beberapa hari.
Langkah 4 : Kemudian tabur isi-isi kunyit pastikan mata tunas hala ke atas.
Langkah 5 : Tutup nipis-nipis dengan sabut hancur/cocopeat/tanah peroi dan disiram hari-hari.
Langkah 6 : Nenek tanam dibawah matahari sepenuhnya
Sumber : Siti Samsiah
ARTIKEL MENARIK:“Niat Asal Cuma Cuci Mata, ‘End Up’ Ada Juga Beli Barang Tak Perlu…” -Elak Boros Begini Boleh Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tak Takut Kena Potong, Berkhatan Untuk Kebersihan…” Anak Cina Ni Dipuji Berani Dan Matang

Apabila tiba cuti sekolah, ramai ibubapa mengambil peluang ini untuk mengkhatan anak-anak lelaki. Tidak kiralah sama ada di bandar atau di kampung, bahkan jika acara berkhatan dilakukan beramai-ramai bertambah meriah suasananya!
Maklumlah, anak-anak akan dirai dengan pelbagai acara sebelum acara kemuncak melakukan prosedur berkhatan dilaksanakan.
Bercerita tentang kemeriahan bersunat beramai-ramai ini, ia turut dirasai oleh 30 kanak-kanak yang menyertai acara Jom Sunathon yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini.
Bermula dengan perarakan masuk peserta yang diiringi paluan kompang dan bunga manggar menggamatkan suasana majlis. Tidak dengan itu, seterusnya acara pemotongan pulut kuning dan gimik bersiram yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak menjadikan majlis Jom Sunathon begitu istimewa.
Mesti Baca :
Non Muslim Pun Turut Serta!
Lazimnya, berkhatan atau bersunat ini dilakukan oleh golongan muslim dan merupakan perkara wajib yang perlu dilaksanakan.
Sebagai masyarakat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana berpeluang mengenali dan mengetahui budaya serta amalan kaum yang lain.
Seperti Puan Wah Li Lian dari Subang Jaya, dia dan suaminya memilih untuk mengkhatan anak lelaki mereka Leong Zuo How yang berusia 8 tahun dalam satu acara Jom Sunaton anjuran Bintang Kecil dan Hospital Islam Az-Zahrah.
Walaupun bukan satu kewajipan bagi masyarakat Cina, namun kesedaran dari segi kesihatan mengenai kebaikan berkhatan membuatkan pasangan suami isteri ini memilih untuk mengkhatankan anak mereka.
“Sebelum ini, suami saya juga berkhatan sewaktu remaja. Dia berkhatan kerana mengambil berat aspek kebersihan. Jadi apabila mempunyai anak lelaki, kami meneruskan amalan ini kepada mereka pula,” ujarnya berkongsi cerita.
Berkongsi lanjut berkenaan penglibatan anak lelakinya di dalam majlis Jom Sunathon, rupanya siapa sangka ibu ini terpanggil mendaftarkan anaknya selepas terlihat poster promosi yang dikongsikan di facebook Pa&Ma.
“Saya mengikuti Majalah Pa&Ma sejak dari dulu dan mengambil maklum setiap aktiviti yang mereka lakukan di laman sosial mereka.
“Apabila mengetahui acara Sunaton ini diadakan, saya terus mengambil peluang untuk mendaftarkan anak saya.
“Perasaan saya sangat excited dan bersyukur kerana dapat menyertai acara ini. Jika anak saya bersendirian, mungkin dia akan berasa seram sikit tetapi hari ini dia berasa ok’ kerana ada kawan-kawan yang lain.
“Mengenai anak saya, dia memang sudah mengetahui yang kami mahu sunatkan dia. Dan dia faham kenapa harus bersunat. Dia sendiri mengakui kebaikan bersunat,” ujarnya panjang lebar di akhir perbualan.
Artikel Berkaitan
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club