Apabila bergelar bapa ini, rada hidup pastinya berubah setelah ada tangungjawab kepada isteri dan anak-anak. Begitu juga dengan seorang bapa yang bergelar doktor ini. Melalui perkongsian di facebooknya, Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau menjelaskan bagaimana cara mengawal kemarahannya. Moga perkongsian menjadi inspirasi buat kita mengawal kemarahan demi memastikan kebahagian rumahtangga dan anak-anak tersayang.


Tiba-tiba anak aku yang umur 4 tahun tu masuk bilik, lepas tu kata “Nah, Ayah. Weena dah patahkan” sambil buat muka bangga.

Mendidih darah aku tengok. Jap lagi dia kata pula “It’s OK, you’re a doctor. You can fix it”.

Tadi mendidih, ni meluap terus darah aku. Aku terus keluar bilik, turun bawah, keluar rumah, naik kereta, keluar pagar, pergi Puteri Mart (pasar). Aku orangnya macam tu, kalau aku tengah marah sangat, aku akan diamkan diri atau pergi bawa diri.

Aku tahu, kalau aku mula cakap dalam keadaan marah, selalunya aku akan naik suara, lepas tu kadang-kadang naik tangan.

Jadi, lepas kahwin, aku cuba ambil pendekatan untuk diam atau menyendiri. Selalunya tak lama pun aku akan membisu dan menyendiri.

IKLAN

15 minit cukup.

Lepas dah OK dan waras, baru aku akan buka mulut. Masa baru mula kahwin dulu, aku sampai keluar kereta semasa kereta di lampu isyarat.

Masa tu bini aku yang memandu. Entah apa yang kami gaduhkan, tapi rasanya aku yang salah, namun masa itu ego aku tinggi. Mana nak mengaku salah. Jadi berbalah lah sikit.

IKLAN

Bila sampai lampu isyarat merah. Aku terus keluar kereta sebab aku tak nak aku cakap benda bukan-bukan atau menipu agar aku menang perbalahan tu.

Sempatlah aku jalan kaki 5 minit di jalan raya sebelum bini aku kutip aku balik. Ya, 5 minit je aku perlukan untuk aku tenang dan waras kembali. Itu cara aku kekang diri aku dikuasai amarah.

Biarlah orang nampak kita lemah, melarikan diri. Asalkan kita menang dengan peperangan sebenar, iaitu melawan amarah kita sendiri. Kemenangan itu lebih besar maknanya.

IKLAN

Sekarang bini aku pun dah masak dengan perangai aku. Kalau aku diam, maknanya aku tak setuju atau marahlah tu. Tak perlu pujuk pun, lepas 15 minit nanti aku OK lah balik.

Aku tak berapa suka marah anak. Sebenarnya baguslah dia mengaku dia buat salah. Jadi tak perlu marah gila-gila sehingga dia jadi orang yang takut nak mengaku salah. Kan?

Tapi itulah, ada masa terlepas juga amarah tu. Hahaha. Setiap orang perlu sela masa berlainan untuk kembali sejuk. Ambillah masa secukupnya, tapi jangan sambung dengan rajuk. Nanti jadi lama sangat.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Menang Dalam Kalah

Mohon beri sumbangan untuk aku beli bingkai cermin mata baru!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI