Anak-anak kecil cenderung meniru atau mengikut apa yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Lebih-lebih lagi orang tersebut adalah ibu atau ayahnya.
Sebab itu sebagai ibu bapa kena sentiasa alert dan berhati-hati melakukan sesuatu terutama di hadapan anak kecil. Bimbang ia meniru dan akhirnya membawa padah pada si kecil
Seperti yang dikongsikan oleh doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi facebooknya. Beliau menerima satu kes yang mana seorang kanak-kanak berumur 3 tahun menelan bateri. Melalui pemeriksaan, rupa-rupanya kanak-kanak tersebut meniru aksi silap mata yang dilakukan oleh ayahnya.
“Ayah dialah! Konon buat magic dekat dia. Sekali senyap-senyap dia pi buat juga!”
Kelmarin saya dapat satu kes ni, seorang budak 3 tahun telan bateri sebab tiru ayahnya yang buat aksi silap mata konon telan benda itu.
Ads
Hati-hati bermain dan bergurau dengan anak kecil. Kadang-kadang kita niat nak bergurau, tetapi kerana kenaifan mereka, mereka jadi percaya.
Dalam pada itu Dr Kamarul turut memuat naik perkongsian rakannya, Dr Shaiful Nizam.
Kita ikuti sikit rajutan Twitter yang ditulis oleh doktor pakar telinga, hidung, dan tekak (ENT), Dr Shaiful Nizam ni.
Menerusi perkongsian tersebut, Dr Shaiful ada menitipkan beberapa pesanan buat ibu bapa dalam soal keselamatan anak-anak.Semoga bermanfaat!
Nak cantik tak perlu produk yang mahal, cuba je bahan-bahan semula jadi yang ada di sekeliling anda. Sebagai contohnya, campuran tomato, madu dan yogurt ini dikatakan membantu mendapatkan kulit wajah yang glowing.
Tip cantik ini dikongsikan oleh Norafiza Mahmud. Menariknya tip ini mendapat lebih 53 ribu ‘shares‘ tentang cara yang terbaik untuk membuatkan kulit wajah lebih cantik dan glowing. Jom cuba!
Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.
Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.
HYDRATING MASK SCRUB
1 sudu madu 1 biji tomato 2 sudu beras ( blend halus) 1 sudu yogurt asli
Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.
Cara membuat:
2. Beras hancur. 2 sudu.
3. Yogurt asli.
4. Madu asli 1 sudu.
5. Campurkan semuanya, kacau sebati.
6. Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1jam. Untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain. Dan seeloknya hydrating mask ini di gunakan secara sejuk.
7. Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi. Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar. Fuhhhhhh! Diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh. Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.
8. Selepas 30minit. Buang semua black head dan white head. Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.
9. Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.
Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.
Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang cik oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat di capai secara maksimum!
Seefirst cik oya untuk resepi JAMU KOCOK MADURA INDONESIA pula ok. Ini untuk kesihatan dan kekuatan dalaman wanita.
Norafiza Mahmud Cantik tidak bisa di bawa mati, Tapi bisa membahagiakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semakin meningkat usia orang tua kita, semakin kita perlu berhari-hati dengan tutur kata dan perbuatan kita kepada mereka.
Ini kerana ia penting untuk memastikan ibu bapa tidak berkecil hati dengan setiap butir bicara ketika bersama mereka.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umum mengetahui, orang tua menjadi lebih sensitif dan hati mereka mudah tersentuh dengan perlakuan dan tutur kata kita sebagai anak, tidak kurang juga yang makan hati dengan kata-kata kita.
Lantaran itu, tiap kali anda balik ke kampung, ingat beberapa pesanan yang ditulis oleh Ws Adli W Muhammad di akaun facebooknya.
Ujarnya bila balik ke rumah mak dan ayah, ada beberapa perkara yang perlu kita jaga. Terutama mulut kita. Antaranya:
1. Bila mak hidangkan air, kita minum dan terasa air agak manis atau tawar, diamkan sahaja elakkan dari berkata yang bukan-bukan kepada mak. Mak dah tua. Barangkali deria rasa mak pun berubah, atau mak terlupa.
Ayat-ayat seperti “Manisnya air mak buat ni! Tawarnya air mak ni!” cukuplah sekadar dalam hati kita sahaja.
Pergilah ke dapur ambillah air masak, campurkanlah dengan air kita tu tadi. Sehabis baik kita cakaplah bebaik kepada mak kenapa kita buat begitu. Buatlah lawak sikit-sikit. Bagi mak gembira.
Selesai. Mak tak kecil hati, tak terluka perasaannya.
2. Bila mak masak, mak pelawa kita makan, pergilah makan. Bab diet tak ada masalah. Yang penting, kita tak bagitahu mak yang kita dah tak makan itu ini kononnya nak jaga badan.
Hati mak kena jaga. Dah tak makan nasi, pergilah makan lauk dan sayurnya. Mak gembira sangat tengok anak-anak mak makan. Terkenang sungguh mak masa tengok kita makan, terbayang-bayang semasa kita kecil-kecil dahulu.
Biasanya mak makan lambat-lambat. Sebabnya bukan apa pun, sekadar ambil peluang curi-curi tengok kita makan masakannya. Indah sungguh bagi mak.
Oh mak, hati mak bila dah makin berusia, makin mudah tersentuh hati. Semasa ketawa pun boleh sebak. Kan?
3. Bila kita sampai, tengok-tengok ayah tak ada. Ayah tidur. Atau pun sepanjang kita di rumahnya, kita perasan ayah kerap tidur.
Tak perlulah kita pergi ke bilik ayah, kejutkan ayah. Biarkanlah ayah. Biar ayah bangun sendiri.
Bila ayah keluar dari bilik, elakkan dari menyapa seperti “Hai abah, puas dah tidur? Hai ayah, asyik tidur je kerjanya.”
Ayah dah tua. Jalan tak segagah macam dahulu. Tenaga dah semakin berkurang. Beza semasa muda dahulu. Ingatlah.
Ini masa ayah berehat.
4. Ayah suka ajak kita keluar. Kadang bukan ke mana pun, sekadar pusing keliling kampung, pusing bandar sekejap.
Elakkanlah dari berkata “Tak naklah pergi. Lain kalilah.”
Semasa kita kecil-kecil dahulu, inilah orang yang tak pernah jemu bawa kita pergi meronda ke mana sahaja. Baik naik kenderaan atau berjalan kaki, sama ada dikendong, didukung kita atau diletakkan kita di belakang tengkuknya.
Sungguh. Permintaan ayah itu, sebenarnya adalah bagi mengubat rindunya membawa kita bersiar-siar satu ketika dahulu.
Cuma bezanya, kita pula yang membawanya.
Kawan-kawan,
Sama ada kita atau mereka yang pergi dahulu, tetapkan dalam hati untuk memberi layanan sebaiknya kepada mereka.
Manfaatkanlah masa bersama selagi dikurnia izin daripada Allah. Sampai satu masa, inilah rindu yang tak akan boleh dibuang dari fikiran dan hati kita, juga mereka. Kekal selama-lama selagi hayat dikandung badan.
Hendak membuat donut ini memang nampak sahaja mudah, tapi untuk dapatkan donut yang betul-betul kita rasa puas hati dengan bentuk, tekstur dan rasanya bukanlah semudah yang disangka.
Tentu anda juga pernah alami pengalaman yang sama ketika membuat donut bukan? Umpamanya bila donut sudah sedia hendak digoreng tiba-tiba kita hendak angkat masukkan ke kuali, melekat pula pada bahagian bekas. Akhirnya bentuk donut berubah tidak lagi membulat seperti yang diharapkan.
Selain itu, ada juga yang bila donut digoreng nampak cantik di dalam kuali, tapi ada yang masih tidak puas hati sebab tiada ring terbentuk di sekeliling donut. Bukan itu sahaja, lagi geram dibuatnya jika donut yang dimasak tidak gebu teksturnya. Hendak dimakan pun kurang enak rasanya.
Jadi berkongsi cara untuk mendapatkan donut yang sempurna, cantik dan semestinya gebu untuk dimakan, wanita berumur 50an ini berkongsi tip dan resipi untuk lebih ramai mengetahui cara menyediakan donut terbaik.
Ini perkongsiannya;
Dah umur 50an, 20 tahun lebih jadi isteri orang baru pandai buat donat/bomboloni ada ring dan tak serap minyak… hehehe…Tak terlewat
Lihat history post kat MAHN, mesti lucu tengok gambar donut masa mula belajar. Rupanya hanya perlu tahu teknik rounding dan masak sahaja. Resepi kebanyakkan sama semuanya. Belajar dari gugel, tiada guru PJJ berbayar, jadi, kalau nak tahu, boleh la kita share share ilmu. Jika ada nak tahu…
Resepi kalau biasa buat, sama saja. Cuma teknik rounding tu bagi cantik. Try search “cara rounding donat” kat youtube jika nak belajar.
Ini resepi (edit sedikit untuk kesesuaian diri sendiri) :
Adunan ini menghasilkan 12 biji donut berat 40gr
Bahan A
Setengah paket yis segera + air setengah cawan + susu 3 sudu, kacau, tutup dan biarkan sebentar supaya pasti yis tiada masalah. Bahan B
1 setengah cawan Tepung Protein Tinggi (Tepung Roti)
1/2 cawan tepung gandum serbaguna (saya guna tepung cap rose)
1 biji Kentang (sudah di rebus & lenyek)
1 sudu besar Gula aising/kastor
1 sudu kecil Bread Improver ( pilihan, kalau tak nak letak pun tak apa)
2 sudu besar Susu Serbuk
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 cubit garam
1 sudu besar Mentega/Marjerin
CARA-CARANYA :
Campur semua bahan B, gaul/masukkan dalam bread maker. Lepas tu bahan A dituang sedikit demi sedikit hingga adunan tak lekat dibekas/tangan.
Jika menggunakan BM, pilih mode dough, bila dia berhenti kali pertama (dalam 30 minit), terus keluarkan untuk tujuan rounding (saya tidak pruf dan tumbuk buang angin untuk buat roti/donut)
TIPS PENTING CARA MENGETAHUI DOH TELAH SEDIA/SESUAI :
1. Masukkan bahan cecair sedikit demi sedikit, supaya nanti x terlebih lembut & adunan hingga susah di bentuk.
2. Apabila doh dipegang akan rasa melekat sikit di tangan. Kalau x melekat laangsung tu tanda kurang cecair sikit. Kalau pegang sanagt melekat itu tandanya terlebih cecair.
*Setiap tepung mempunyai kelembapan & tahap serap air yang berbeza, sebab itu kena tuangkan cecair sedikit demi sedikit.
CARA MENGETAHUI TAHAP PROOF DOH : Underproof : Apabila jari di tekan pada doh, doh memantul semula ke bentuk asal tanpa meninggalkan kesan. Proofed : Jari di tekan, doh memantul secara perlahan dan kembali sehingga separuh bentuk asal sahaja, ( tidak kembali 100%) Overproof : Apabila, jari di tekan, doh tak memantul lagi, dan kesan jari kekal sama.
TIPS MENGURANGKAN SERAPAN MINYAK KETIKA MENGGORENG :
1. Buka penutup atau kain tutupan doh 10 hingga 15 minit sebelum di goreng, agar permukaan luarnya menjadi sedikit kering & apabila di goreng mengurang penyerapan minyak. Pastikan di buka sewaktu belum proof sepenuhnya.
2. Goreng api yang perlahan (macam tak nampak dia berbuih goreng tu, masak pelan jer minyak dalam kuali tak berbunyi). Nampak kaler perang kat bawah, alihkan sekali (jangan alih banyak banyak kali).
TIPS Tambahan :
Nak rounding tu, pastikan bulat cantik dan letak atas kertas tabur sedikit tepung. Senang nak angkat goreng satu satu. Kertas 4 segi kecik kecik (saya guna A4 paper, potong jadi 6 keping)
SELEPAS ROUNDING, tunggu 10-20 minit, lepas tu leperkan dan lubangkan (saya guna penutup botol). Kemudian pruf lagi 30 minit sebelum goreng.
Biasanya tidak menunggu lama sebab untuk rounding dari pertama sampai ke akhir tu, lebih kurang 10-20 minit, jadi, selepas selesai kita rounding, kita dah boleh start leperkan sedikit dan tebuk lubang satu demi satu. Jika buat laju, boleh la tunggu sebentar.
Selamat berjaya .
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.