Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Shaheizy Sam di platform TikTok apabila isterinya, pelakon Syatilla Melvin menjual bajunya secara ‘preloved’, baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Sam sedang merakam Syatilla yang sedang sibuk menjual bajunya di dalam siaran langsung sambil membebel.
“Korang tengok, dia tengah buat preloved baju. Ha pasal dengan baju-baju aku sekali dia pergi preloved. Barang beratus-ratus, dia pergi jualnya RM40. Kuang ajar namanya,” kata Sam di dalam video tersebut.
Tidak mendiamkan diri, Syatilla turut membalas kata-kata Sam tersebut dengan memberitahu tujuannya menjual baju tersebut adalah untuk membeli barang dapur.
“Sebab nak pergi Jaya Grocer, nak beli barang dapur. Nak buat macam mana? Terpaksalah cari duit macam itu,” jawabnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat respons yang diberi oleh Syatilla tersebut dan turut menyuruh Sam untuk sabar melayan karenah isterinya tersebut.
Ads
“Hahaha ada saja lah dia nak jawab.
“Hahaha nak beli barang dapur punya pasal.
“Luculah korang laki bini ni suka tengok happy je, sentiasa senyum.
“Hahaha bila baju dah melambak, stor dah tak muat, maka lelong.
Ads
“Yang tak tahan tu Jaya Grocer okay. Bukan ye nak pi chowkit. Tetap have have shopping barang dapur hahaha,” komen netizen.
Setiap kelahiran cahaya mata, benda yang paling ibu-ibu suka buat adalah bau baby. Baby ni ada bau dia tersendiri yang buat kita rasa ketagih nak cium. Wangi sangat!
Bau dia macam sedap-sdap dan kalau sekali cium tu, nak cium lagi dengan penuh kegeraman.
Harapan setiap ibu bapa mesti mahukan anaknya menjadi anak yang soleh/solehah. Dari segi amalan sebagai muslim, ada beberapa amalan yang boleh amalkan untuk ibu kepada anak mereka agar menjadi seorang yang soleh/solehah.
Sesungguhnya anak itu pembawa rezeki dan kebahagiaan.
5 Tips mendidik anak soleh :
1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3 kali dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2. Lembutkan hati anak
hembus pada ubun, makanan dan pakaian
– Surah AlFatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– zikir ya Latif
3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5. Sentuh lembut ubun² anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
Amalan ini sedikit sebanyak tidak menyalahi hukum islam yang boleh kita amalkan sebagai amalan tambahan dan juga usaha serta doa untuk anak
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)
Sumber : aisyah rich &
Sumber : The Faiz Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan mengidamkan hubungan kekal hingga ke akhir hayat. Namun jodoh dan ajal semua ketentuan Ilahi. Kehilangan cinta hati sudah pastinya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.
Hati mana yang tidak meruntun, insan tersayang pergi mengadap sang pencipta setelah hanya 10 hari bergelar isteri. Namun hati cekal hadapi semua dugaan yang datang tanpa diduga.
Tabah dan bersyukur dalam hiba dapat memberikan penghormatakan terakhir buat isteri. Nurhan Ayub, suami kepada arwah Dayana Dayana 27, yang baru 10 hari mendirikan rumah tangga, maut di lokasi kejadian, berkongsi perkongsian ketika menguruskan jenazah di facebook miliknya.
Alhamdulillah dapat memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat, membaca talkin sbg penghormatan terakhir suami kepada isteri. Aku berasa cukup puas hati diberikan peluang ni.
Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan. Hanya Allah shj mampu membalas jasa² dan doa² kalian. Aku berdoa agar Allah mempermudahkan urusan dan merahmati kita semua.
Ujian Allah adalah indicator sayang kepada hambaNya. Dua kali aku ditimpa sebegini, sehingga aku rasa aku makin kuat. Pertama kali, arwah adik meninggal dunia dan ketika tu aku di melaka, sehari sebelum adik meninggal dunia barang peribadi, laptop dan berkaitan final year projek telah dirompak pecah masuk rumah. Kali kedua baru sahaja sampai dan berada di terengganu telah mendapat khabar isteri meninggal dunia walhal baru beberapa ketika isteri wsp.
Alhamdulillah. Sebelum tu mari kita ingat, bahawa mati tu benar. Setiap yg bernyawa pasti mati. Allah menciptakan hidup dan mati utk melihat apa amalan terbaik. Diciptakan manusia dan jin supaya beribadah tunduk kpdNya. Selesai mengurus jenazah isteri semalam. Pagi ni datang menziarahi sekali lagi.
Aku berasa puas hati kerana diberi peluang untuk memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat jenazah dan membaca talkin.
Seperti biasa juga yg aku lakukan dgn keluarga terdekat.
Momen indah
Aku cuba sentiasa ingat perkataan²nya seperti “abg, syg bahagia sgt”, “bestnya bila sudah bernikah ni”, “tidak mahu lepas tangan abg”, “biarlah org tengok kita pegang tangan, dorg nampak juga tu inai sayang”, “(tengok wajah ku sambil sebut ya Allah suami ku(berkali-kali))”, “biarlah syg tengok muka abg, last suda syg tgk ni”, “syg betul² cintakan abg”, “bersyukurnya ada suda imam ku(solat berjemaah dlm bilik) dll setiap hari gembira. Dia bersyukur dapat suami boleh tolong dia basuh pinggan, baju, memasak dll. Sebenarnya aku membantu sekadar mampu, bukan memanjakannya. Sbb sudah terbiasa dididik oleh ibubapa ku sendiri.
Aku bersyukur kerana diberi peluang bersamanya. Ya tepat pilihanku untuk jadikan dia isteri ku. Terima kasih kepada ibu mentua dan bapa mentua, kakak² ipar dll kerana mendidik dia dengan baik. Walau kami berbeza kampus dahulu, sebenarnya kami dalam fikrah yg sama. Kami ditarbiyyah oleh PAS. Dengan tarbiyyah ni, menjadikan aku dan dia untuk menjadi lebih bertanggungjawab.
Dayana Damsah
4/9/1993 – 5/8/2020
Terima kasih kerana setia menunggu. Sehingga hujung nyawa mencintaiku. In shaa Allah akan ku balas. Semoga Allah memasukkan ke dlm syurga, dan dapat bertemu arwah bapa (Ayub Jalaidi) dan arwah adik bongsu (Ashiraf Ayub).
Terdahulu beritakan melaporkan, dua guru termasuk seorang pengantin baharu maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Merotai-Kalabakan, pada 5 Ogos lalu. Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, Dayana Damsah, 27, yang baru 10 hari mendirikan rumah tangga, maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Nurizyani Kafli, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau, tidak lama kemudian. Dua lagi rakan sekerja mangsa, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital. Difahamkan sebelum kejadian, semua mangsa dalam perjalanan dari Taman Semarak ke Sekolah Kebangsaan Umas-Umas untuk bertugas.
Anak terlalu cantik, bapa rasa sangsi, buat ujian DNA. Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Kecurigaan lelaki itu ternyata benar apabila ujian DNA berkenaan mengesahkan bahawa dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan tersebut.
Bagaimanapun punca kejadian itu bukan disebabkan oleh isterinya yang ‘bermain kayu tiga’ sebaliknya anak sebenar mereka tertukar dengan bayi lain.
Selepas DNA itu disahkan, wanita yang dikenali sebagai Hong itu membawa diri bersama anak perempuannya berpindah ke ibu kota, Hanoi.
Tindakan itu memaksa anak perempuannya yang dikenali sebagai Lan berpindah sekolah, yang mana insiden itu secara tidak sengaja mendedahkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku selama ini.
Di sekolah baharu Lan berkenalan dengan seorang kawan perempuan, yang didapati rekod kelahirannya sama dengannya dan dilahirkan di hospital yang sama.
Pada suatu ketika dalam satu majlis hari jadi ibu sebenar kepada Lan terkejut melihat Lan persis dirinya yang sekali lagi meminta ibu Lan membuat ujian DNA.
Sekali lagi, ujian itu mengesahkan bahawa mereka sebenarnya telah bertukar sejak lahir, mungkin disebabkan oleh kesilapan kakitangan hospital.
Kini, kedua-dua keluarga itu kerap menghabiskan masa bersama, tetapi laporan tidak mendedahkan sama ada mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut. – Agensi
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.