
Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara mereka yang tersendiri untuk bahagia.
Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim sekali lagi membuat warganet terhibur dengan gelagatnya bersama suami ketika menyambut raya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya, Reen kelihatan gembira dapat bersiar-siar menaiki motor dengan suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Katanya dia tidak perlu menjadi seperti orang lain dan sudah gembira dengan caranya sendiri dalam mencipta kenangan indah.
“Kitorang cara kitorang ….. capture the moment is better then creating the fake moment for content,” tulisnya.
Melalui video yang dikongsikannya itu, Reen dan Ahmad kelihatan sibuk beraya sehingga tidak sempat bermain telefon bimbit dan bergambar.
“So takde gambar elok for raye ke-2 sebab busy tak main phone. Petang baru free pergi ngayau rumah nenek jalan kaki.
“Lepastu laki aku dengan selamba badak je main ambil je moto ni. So.. ini je aku ade for raye ke-2 . Today tengok lah ape jadi,” tambahnya.
Menjengah pula ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aksi lucu yang dipamerkan oleh pasangan ini.
Untuk rekod, Reen Dan Ahmad disatukan pada 24 Disember 2022 selepas 2 tahun perkenalan mereka.
Sumber: Instagram Reen Rahim
Jaga Hati Pasangan Supaya Makin Intim. Cara Ini Suami Isteri Kena Tahu

Masuk dunia perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan isteri. Mungkin masing-masing penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi.
Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini…
1. Pegang Tangan
Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula satu pasangan di depan, satu di belakang.
2. Beli Hadiah
Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya.
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati…
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Ya, mungkin masing-masing penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan.
Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak, suami kena sama-sama masuk dapur.
Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia.
5. Belajar mendengar
Memang tidak pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.
“Tak Hina Pun Tak Ada Medical Card.” Teguran Wanita Ini Bikin Netizen Setuju!

Kecoh di media sosial mengenai perkongsian yang memandang rendah kepada individu yang tidak mempunyai medical card.
Dengan caption, “Dah 2022 tak ada medical card? Lemah.” Membuatkan ada segelintir warganet tidak bersetuju cara begitu dinyatakan. Ia seakan menyindir golongan yang tidak mempunyai card medical.
Sebagaimana perkongsian ini menegur caption begitu yang memberi peringatan bahawa tidak semua orang mampu berbuat demikian.
Semoga kita muhasabah diri dan menghormati privasi setiap keluarga.
Tak hina pun tak ambil medical card.
Tak de yang tak elok pun guna servis hospital kerajaan.
Sebelum saya ada medical card pun, di tempat beginilah saya dapatkan rawatan. Rawatan ok, ubatan ok, tempat pun selesa. Cuma bab menunggu tu je kena sabar sikit.
Di hospital swasta pun masih ada yang perlu menunggu. Dah tempat tumpuan orang ramai kan. Mana nak elaknya.
Bagi yang mampu nak ada medical card, alhamdulillah. Boleh beri ruang pada mereka yang tak mampu untuk dapatkan rawatan percuma.
Tapi, jangan sesekali persoalkan orang yang tak ada. Bukan semua orang mampu
Ini peringatan buat saya dan sahabat agen takaful juga. Untuk kita sebarkan kesedaran. Bukan memburukkan keadaan. Dan perlekehkan seolah kita duduk di kayangan.
“Bukan semua mampu untuk komitment bulanan.”- netizen
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak Kekal Bahagia Perkahwinan, Begini Caranya Setiap Pasangan Kena Tahu Barulah Sweet Selalu

Dalam dunia perkahwinan banyak perkara perlu diambil perhatian oleh suami dan isteri terutama mengenai tanggungjawab masing-masing. Lantaran itu, pelbagai cara harus dilakukan untuk memastikan hubungan kekal indah dan manis sentiasa. Jom semak panduan bagaimana untuk kekal bahagia
8 Cara Kekalkan Kebahagiaan Perkahwinan Anda
1. Hidup Saling Lengkap-Melengkapi
Melayari bahtera perkahwinan bukanlah seperti kehidupan ketika anda bujang dulu. Ia memerlukan komitmen dan perkongsian hidup dalam pelbagai aspek. Sentiasalah ingatkan dalam diri anda bahawa perkahwinan yang bahagia boleh dicapai dengan anda saling melengkapi hidup pasangan anda. Bantu pasangan anda jika dia mempunyai masalah dan cuba atasi kelemahan dia.
2. Suami Libatkan Diri Juga Dalam Urusan Rumahtangga
Sebagai suami, anda tidak boleh abaikan 100% urusan kerja rumahtangga dan hanya mengharap isteri anda. Sekali-sekala, ringan-ringankan tulang anda untuk membantu isteri di dapur atau mengemas rumah. Peruntukkan sedikit masa cuti hujung minggu anda membantu isteri.
3. Ringankan Mulut Memberi Pujian
Sentiasa beri pujian kepada pasangan anda. Tak kira samada anda seorang suami mahupun isteri. Mulakan dulu. Memberi pujian merupakan cara anda menunjukkan anda menghargai kehadiran pasangan anda dalam hidup anda serta ia boleh menggembirakan hati dia.
4. Jangan Sering Memperkatakan Kelemahan Pasangan
Elakkan suka memperkatakan kelemahan pasangna anda. Ini merupakan perkara yang sensitif di mana, kelak boleh menyumbang kepada berlakunya pergaduhan konflik dalam rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kelemahan dalam soal seks. Bincang secara baik bersama pasangan anda jika anda mengalaminya.
5. Elakkan Ungkit-Mengungkit
Satu lagi kesilapan yang harus anda elakkan ialah elakkan daripada mengungkit pekara-perkara yang silam. Jika sebelum ini anda pernah memberi pasangan anda sesuatu atau membantu dia, jangan ungkit-ungkit perkara tersebut. Ini menunjukkan anda tidak ikhlas dalam memberi bantuan.
6. Jaga Penampilan Setiap Masa
Sebagai isteri, ini merupakan salah-satu tanggungjawab anda. Sentiasa tampil dengan kemas dan menawan di mata suami anda. Ini boleh memberi mood yang baik kepada suami anda seterusnya dia akan lebih sayang anda. Suami juga harus jaga penampilan diri mereka. Cukur ‘bulu-bulu’ yang ada di muka anda.
7. Pelihara Kebersihan Kamar Beradu Anda
Bilik tidur anda merupakan tempat terpenting dalam hubungan suami-isteri. Inilah di mana kemuncak cinta anda berdua akan direalisasikan. Pastikan bilik tidur anda sentiasa bersih dan kemas. Jangan biarkan kain baju kotor bersepah. Adalah juga dinasihatkan anda cuci cadar, selimut dan sarung bantal anda sebulan sekali sekurang-kurangnya. Semburkan wangi-wangian yang boleh ‘membangkitkan’ ghairah anda berdua.
8. Beranikan Diri Untuk Mulakan Dulu
Sebagai isteri, anda tidak harus hanya bersikap menyerah diri dan tunggu suami anda mulakan aktiviti berbentuk seks. Sekali-sekala, anda mulakan dulu. Mulakan mencium dengan penuh ghairah suami anda. Jadi lebih aktif dalam hubungan seks. Pasti suami anda bertambah-tambah sayangnya kepada anda.
Sumber: www.ikahwin.my