Sifat dermawan usahawan muda, Muhammad Azlan Al-Amin yang merupakan peneraju kepada Azlan Al-Amin Group Sdn. Bhd., pastinya ramai mengetahuinya kisahnya yang  suatu masa dulu tular berkenaan pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan dan sekali gus  menjadi inspirasi kepada orang lain.

Hadiahkan Staf, Jutawan Hartanah Ni Beli Cash 2 Toyota Fortuner & Proton Inspira!

Baru-baru ini beliau berkongsi cerita terkininya di Facebooknya di mana dia telah membeli empat buah kereta untuk dihadiahkan kepada staf sebagai tanda penghargaan.

Hadiahkan Staf, Jutawan Hartanah Ni Beli Cash 2 Toyota Fortuner & Proton Inspira!

Menurut perkongsian itu lagi, empat buah kereta yang dibeli tersebut merupakan sebuah Proton Inspira, dua buah Toyota Fortuner dan sebuah Jaguar VXL 5.0. Toyota Fortuner dan Proton Inspira itu dihadiahkan kepada stafnya sebagai tanda penghargaan manakala kereta Jaguar pula adalah untuk kegunaannya sendiri.

Beli Cash

Kemurniaan hati jutawan hartanah ini untuk menghadiahkan kereta kepada stafnya cukup membuatkan netizen teruja, apatah lagi apabila difahamkan keempat-empat kenderaan itu dapat dibeli secara tunai, tanpa perlu berhutang dengan mana-mana pihak.

IKLAN

Lebih menarik lagi, diceritakan semasa ingin beransur pulang daripada kedai tersebut, beliau ternampak pula kelibat kereta idamannya, PORSCHE CAYENNE.

Tanpa berlengah, beliau meminta jurujual untuk memandu uji kenderaan tersebut dan setelah berpuas hati dengan keselesaan yang ditawarkan kereta tersebut, beliau memutuskan untuk turut membeli kenderaan mewah itu secara tunai.

Hadiahkan Staf, Jutawan Hartanah Ni Beli Cash 2 Toyota Fortuner & Proton Inspira!

”Semuanya milik Allah swt, kita hanya peminjam sahaja!”, ujarnya.

Beliau sempat berseloroh apabila meminta para pengikutnya di facebook mengabaikan kasut selipar yang dipakainya ketika berurusan membeli kenderaan-kenderaan berkenaa. Perkongsian tersebut turut menerima komen positif daripada netizen yang terus mendoakan kejayaan hartawan tersebut.

IKLAN

Terdahulu, Muhammad Azlan tular selepas dia telah menjadi hartawan menerusi perniagaan hartanah. Beliau sebelum ini pernah bekerja sebagai pengutip sampah telah mendapat perhatian orang ramai tentang kebangkitan hidupnya.

Beliau sebelum ini juga pernah menulis sebuah buku yang bertajuk “Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan” iaitu sebuah penulisan berkisarkan tentang perjalanan hidupnya bermula dari bawah sehingga bergelar jutawan.

Sumber : muhammadazlan.alamin

ARTIKEL MENARIK : Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

IKLAN

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Hadiahkan Staf, Jutawan Hartanah Ni Beli Cash 2 Toyota Fortuner & Proton Inspira!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI