Hati ibu ayah yang mana tidak seronok dan bangga dengan pencapaian anak-anak bila mana berjaya ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Namun jauh di sudut hati terasa sayu juga mereka akan berjauhan dengan anak. Bimbang anak yang baru mencecah usia 13 tahun bakal hidup berdikari tanpa ibu ayah di sisi.
Jadi untuk itu, selain kita mempersiapkan kelengkapan dan keperluan asrama, seorang pensyarah ini turut berpesan kepada ibu ayah agar membacakan doa ini yang diajarkan oleh seorang ustaz, doa ini dibacakan agar anak menjadi insan yang bertaqwa dan terpelihara daripada melakukan maksiat.
Ini perkongsiannya.
Sebelum kita lepaskan dia
Ibu bapa yang hendak menghantar anak masuk ke tingkatan 1 sekolah berasrama dah bersediakah? Mari sini saya kongsikan beberapa tips untuk ibu bapa semua sebelum kita tinggalkan anak kita di asrama.
1. Pastikan ada senarai semak untuk setiap keperluan. Biasanya senarai semak sudah disediakan oleh pihak sekolah. Antara senarai semak yang perlu ialah:
– Keperluan asrama
– Keperluan peribadi
– Keperluan sekolah
– Borang dan dokumen untuk pendaftaran
– Yuran-yuran yang perlu dijelaskan
Hari sebelum menghantar anak ke asrama ialah hari yang penuh tekanan sebenarnya. Ada banyak senarai semak yang perlu dilihat dan ditanda. Kena pastikan semua barang telah dimasukkan ke dalam beg dan beg semua telah masuk ke dalam kereta. Membuat persiapan akhir memang kadang-kadang membuatkan kepala berasap. Cari ini tak jumpa, cari itu tak jumpa. Nanti kita akan mula naik suara, “kan dah kata suruh simpan…bla…bla…bla…”, “kan dah kata itu….kan dah kata ini….”.
Walaupun kita nak anak berdikari, untuk kali pertama ini lebih baik lantik ibu atau bapa yang bertanggungjawab untuk memastikan senarai semak tersebut dipenuhi. Ini untuk mengelakkan agar tiada siapa yang menganggap orang ni dah buat, mak ingat ayah dah masukkan, ayah ingat anak yang ambil. Nanti dah dalam perjalanan baru teringat, mana fail tadi??? Arrgghhhh……!!!!
2. Kalau boleh bawa sekali alat membersih seperti penyapu, mop, kain buruk, penyapu bulu ayam, etc. Asrama selalunya agak berhabuk dan perlu dibersihkan. Bukan tak ada penyapu atau mop di sana, tetapi lama pula nak menunggu giliran sebab ramai yang nak guna. Lepas guna apa kata tinggalkan untuk kegunaan anak-anak di asrama. Dapat pahala amal jariah.
3. Semoleknya malam sebelum meninggalkan rumah wujudkanlah suasana yang damai, tenang dan penuh kasih sayang. Elakkan marah-marah. Sepatutnya sebelum malam barang-barang semua sudah siap supaya kita tak perlu kecoh lagi tentang persiapan. Masa inilah anak nak last call makan masakan kegemaran, nak lepak-lepak dengan keluarga. Esok malam mak nak menangis tepi bucu katil, jadi malam ini kita tenang dan gembira sahaja.
4. Rancang perjalanan dengan baik supaya dapat sampai pada masa yang ditetapkan. Kalau perlu bermalam di bandar berhampiran, tempahlah penginapan dengan lebih awal. Penting untuk sampai awal agar mudah menguruskan apa-apa yang tidak lengkap atau keciciran (walaupun dah ada senarai semak kadang-kadang ada sahaja barang keperluan yang hendak ditambah, nak beli penyapulah…moplah…sebab stress tengok lantai berhabuk…hehehe). Apabila sampai patuhi arahan lalu lintas dan berhemahlah. Orang lain pun nak parking juga. Hormati orang lain dan bertegur sapalah dengan ibu bapa yang lain. Mana tahu anak kita dan anak mereka akan berkawan baik satu hari nanti.
5. Lazimnya urusan pendaftaran perlu diuruskan oleh pelajar sendiri. Lepaskan anak kita pergi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan. Biar mereka mula berdikari dan menguruskannya sendiri. Jika arahannya ibu bapa tunggu di luar dewan maka tunggulah di luar. Tak perlu dijenguk anak itu walaupun kita nak sangat pergi tengok ambil gambar untuk moment kat IG kita…hehehe. Maklumkan saja pada anak kita tunggu di sekian-sekian tempat.
6. Patuhi peraturan asrama. Ini adalah hari pertama anak kita di asrama. Kita sebagai ibu bapa hendaklah tunjuk kepada mereka bahawa peraturan perlu dipatuhi. Kalau dikatakan ibu tidak boleh naik ke asrama putera maka jangan naik. Kalau tidak puas hati dengan peraturan dan pengurusan asrama atau sekolah, jangan komen dan marah-marah depan anak. Jika kita sendiri tak puas hati dengan keadaan asrama, anak kita apatah lagi. Nanti mereka ada alasan nak buat perangai merengek nak balik, pening nanti. Anda ada masa untuk sakit kepala??
7. Sebelum berangkat pulang, doakan yang baik-baik untuk anak kita. Bagi mereka dengar kata-kata doa kita. Salah satu doa yang boleh saya kongsi adalah doa yang diajar oleh Ustaz Datuk Dr. Hj Zahazan Mohamed. Anak kami pernah bersekolah di sekolah yang sama dan dia adalah Yang Dipertua Pengerusi PIBG sekolah. Maka untunglah saya selalu dapat dengar tazkirah beliau semasa mesyuarat PIBG.
Amalan yang diijazahkan adalah doa supaya anak-anak menjadi insan bertaqwa dan terpelihara dari melakukan maksiat.
Katanya:
Peluk
buah hati kita, dan katakan padanya, “ayah / ibu menyayangimu, maka kami hantar kau ke sini”
Maksudnya: Ya Allah, tetapkanlah puteraku / puteriku dan jadikan dia membawa hidayah dan sentiasa mendapat bimbinganMu.
8.Peluk cium anak anda dan ucapkan selamat berjumpa kembali. Simpan sikit air mata tu, kat dalam kereta nanti boleh nangis sampai banjir. Good luck parents!!!
Mencari resipi yang simple untuk kudapan anak-anak, Golden Fries Ball ini pasti membuka selera. Bukan je mudah nak disediakan, kudapan enak ini juga rangup di luar melting dalam mulut.
Resipi Golden Fries Ball (anggaran 30 biji ikut saiz)
Adunan kentang
🍃 Kentang – macam dalam gambar
🍃 Telur – sebiji
🍃 Buttercup – Satu sudu
🍃 Mix herbs – agak2
🍃 Kiub ayam – sikit jer buat rasa
🍃Tepung gandum – 2@3 sudu (agak2)
Untuk buat salutan
🍃Tepung jagung
🍃Cornflakes – diramas kasar
🍃 Telor
Cara membuat:
👉Rebus kentang..(letak garam sikit). Kalau boleh jgn terlampau masak… Kalau terlampau masak Tak best… Takde rasa gigitan kentang kecik2…
👉Dah siap buat bulat2…. Masuk dalam telor… Golek2 pulak dalam Cornflakes yg dah siap ramas td…
👉Rehatkan kejap dlm 5 – 10minit…
👉Panaskan minyak & goreng…
Minyak sederhana panas yer…
Balikkan perlahan2…
📌boleh juga tambah cheese @ sayuran kalau anak2 suka…
Anak2 sy suka kosong cmni jer….
📌 Cornflakes juga boleh boleh digantikan dengan breadcrumbs atau apa2 yg boleh buat salutan utk kerangupan…
‘Maternity shoot’ menjadi trend pasangan bakal ibu bapa merakamkan gambar-gambar dan juga video. Ketika pengacara dan juga pelakon, Uyaina Arshadhamil anak sulung kira-kira setahun yang lalu, seperti pasangan yang lain, Uyaina dan juga suaminya tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah itu.
Uyaina juga ada berkongsi momen-momen indah sepanjang proses ‘maternity shoot.’ Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang berhajat untuk mengadakan ‘maternity shoot’ tapi masih belum mempunyai idea dan konsep.
Apa kata anda cuba ‘tiru’ idea Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah.
Jom kita layan gambar-gambar comel Uyaina ketika merakamkan gambar ‘maternity shoot’
Sudah dapat idea? Bolehlah nanti bincang bersama pasangan masing-masing ya!
Untuk rekod, Uyaina membina mahligai bahagia bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan selebriti ini berkenalan pada 2019 melalui program terbitan Astro. Uyaina melahirkan anak sulung pada 8 September 2022. Bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan itu diberi nama Raja Urhan Raja Syahiran.
Hari Raya sudah pun tiba, tua muda pasti raikannya dengan penuh gembira bersama keluarga dan sanak saudara serta sahabat handai. Namun disebalik keseronokkan itu, haruslah berpada-pada dan beringat supaya tidak berlaku perkara yang tidak baik.
Justeru, pendakwah bebas Ustazah Asma Harun berkongsi 12 pesanan yang perlu dielak pada Syawal ini.
1. Elak komplen sepah sana sini, debu sana sini, tak siap itu ini. ditujukan pada anak yang duk sama dengan mak ayah. Syukur mereka jadi wakil jaga mak ayah, bebel dalam hati je, pastu pakat la kemas dan buat apa yang patut.
2. Elakkan sangat bandingkan keluarga belah suami vs keluarga belah isteri, bab selesa, layanan, kesibukan, makanan, duit raya dan lain-lain. Perbezaan kelurga bukan titik perpecahan, tapi menoktahkan sefahaman. Gaduh raya jangan lama-lama.
3. Elak pergaulan bebas dalam keluarga, halal itu jelas, haram itu jelas. Ipar duai & sepupu sepapat berlainan jantina. memang rasa dekat, tapi tetap tak boleh bersentuh, bertepuk tampar, & wajib pelihara aurat. Biarlah raya bersyariat
4. Jangan, jangan bawa sikap malas ke kampung, simpan kat rumah sendiri je. Buat-buat rajin pun takper, sendiri makan minum sendiri basuh, sendiri ke dapur tanpa diajak, sendiri mengemas, kalau tak. kamu tu bikin orang rimas!
5. Elakkan mengumpat dan mengata, tak puas hati sana sini, dalam ramai-ramai memang akan ada perangai yang menyakitkan mata dan hati, tapi nak betulkan orang saat baru bertemu memang susah, so doakan dalam hati dan abaikan. Bo layan jer.
6. Jangan dibiar anak meminta duit raya, mengira duit raya, membanding duit raya depan. Didik =
7. Janganlah asyik dengan PHONE! Raya dah datang, nak tunggu bila lagi, inilah waktunya pulikan dan mesrakan hubungan Suami Isteri & anak-anak, Ibu Ayah & adik beradik. Jangan duk hubung yang jauh, yang dekat buat tak nampak!
8. Janganlah duhai anak, sesama adik beradik bermasam muka serba tak kena, sebenarnya ibu ayah yang akan terluka, ingatlah memori zaman kecil membesar bersama, ibu ayah rinduuu nak kembali zaman dulu, gaduh kejap je, mudah kembali bersatu.
9. Elakkan duhai Ibu Ayah bandingkan antara anak hingga layanan berbeza, berdasarkan hadiah atau duit raya, semua rezeki tak sama, kasih sayang cuba kasi rata. Jika ada yang susah, bantulah jika mampak anak cucu sendiri juga yang gembira
10. Elakkan membazir, ambik banyak rasa sikit, sentuh hidu tapi tak makan, makanan berlambak jadi takde nilai, kesan Ramadhan langsung takde perubahan, amaran Than jangan jadi saudara syaitan. Orang miskin sambung kelaparan
11.Jangalah duhai wanita, bersolek dan pakai emas berlebihan, pakai busana menjolok mata, ketat sendat melekat, iri kanan malaikat mencatat, jangan sebulan ramadhan hilang berkat, Syawal pula jadi musim musibat.
12. Jangan sebab raya raya raya, sampai tinggal SOLAT, sibuk penat layan tetamu, sibuk penat berjalan, savang nak bersihkan makeup, suami pun tak bertegas, satu keluarga dimurkai Allah. RAYA kita nak bahagia dunia Akhirat.
Sumber : Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.