Gambar sekadar hiasan

Apabila sebut mengenai emas, ramai yang teruja ingin membelinya sebagai aset untuk jangka masa panjang.

Lazimnya barang kemas dibeli di kedai emas yang mempunyai banyak pilihan dan jual beli lebih dipercayai.

Namun kini, pembelian emas secara online semakin rancak dilakukan dimedia sosial. Biarpun ada yang memuji cara ini mudah, namun ada juga yang sudah ‘terkena’ setelah barang yang ditempah tidak sampai.

Begitulah nasib yang dialami oleh seorang wanita yang merupakan suri rumah apabila hasrat  melaram dengan memakai rantai tangan lipan kait dan gelang emas fesyen setelah didakwa ditipu oleh ‘penjual emas’ .

Belian di media sosial

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa yang berusia 42 tahun dari Kota Sri Ahmad Shah di sini kerugian sebanyak RM2,499.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa dikatakan berminat untuk membeli barangan kemas itu (gambar di atas sekadar hiasan) selepas melihat satu iklan penjualan emas lelong yang diiklankan di laman sosial Instagram dengan nama kedai_emas.lelong916official.

IKLAN

“Mangsa kemudian telah menghubungi nombor telefon yang tertera di media sosial berkenaan dan mahu membeli rantai tangan lipan kait seberat 64.88 gram dan gelang emas fesyen seberat 17.48 gram dengan harga berjumlah RM2,499.

“Selepas mengadakan perbincangan, mangsa bersetuju untuk membeli dan telah membuat tiga transaksi bayaran ke dua akaun diberikan suspek.”

Oleh kerana masih tidak menerima barang kemas yang dibeli walaupun telah membuat pembayaran, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Keluarga: Hati-hati semua ketika membuat pembelian barang kemas secara online.

IKLAN

Sumber: Sihar Harian

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Hasrat Nak Beli Emas Lelong, Wanita Rugi RM2,499. Rupanya Dengan Cara Ini Ditipu ‘Penjual Emas’.

IKLAN

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Hasrat Nak Beli Emas Lelong, Wanita Rugi RM2,499. Rupanya Dengan Cara Ini Ditipu ‘Penjual Emas’.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI