Setiap manusia punya impian inginkan sebuah keluarga bahagia, kaya raya dan hidup sempurna. Begitulah lumprah hati setiap manusia. Namun, tidak semua manusia diberi kesenangan dalam hidup. Ada yang melalui fasa yang sukar dalam hidup. Malah jika tidak sanggup melalui, pasti kecundang di tengah jalan.

Bagaimanapun, sebagai hamba Allah, jangan sekali menyalahkan takdir. Kita sebagai hambanya perlu redha dan tabah setiap yang berlaku. Mungkin itu semua ada hikmahnya terlindung. Ia hanya menunggu masa untuk memaparkan sinarnya dalam hidup hamba itu.

Sebagaimana yang dilalui oleh hamba Allah ini yang merupakan seorang kelainan upaya (OKU). Di lihat kepada kecacatan diri, pasti seakan dunia gelap buatnya. Namun siapa sangka, hatinya begitu membara untuk berjaya dalam hidup sebagaimana insan sempurna lain.

Lebih membanggakan, beliau ini merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya sehingga mampu menyediakan peruntukkan pendapatannya untuk bersedekah.

Kisah benar ini sungguh inspirasi buat keluarga kita. Ia menjelaskan bahawa kita mampu memberikan kebahagiaan kepada pasangan dan anak-anak jika hala tuju betul sekali jugs merangsang kepada rezeki melimpah ruah.

Ikuti perkongsian kisah ini yang diceritakan oleh saudara Muhammad Hassan.

IKLAN

Ini Bukti Sedekah Dan Niat Melimpahkan Rezeki. Kisah Benar Ini Sungguh Inspirasi.

Kisah walaupun OKU mampu beli kereta baru cash,rumah cash,setiap bulan masuk duit kepada mak RM1000,setiap bulan belanja makan kepada ratusan pelajar tahfiz. Semalam beliau beli KFC untuk 50 orang pelajar. Setiap bulan beliau berjaya simpan ASB 1k-4k. Semalam depan mata saya beliau masukkan RM4 ribu untuk ASB.

10 ilmu beliau kongsi kepada saya:

Pertama kata beliau. Melangkah sahaja keluar rumah jangan lupa niat. Ya Allah aku mencari rezeki kerana MU, kerana redha mu,kerana Agama-Mu.

IKLAN

Kedua. Nak berjaya buang sikap Malu,suka merungut,perasaan takut. Takut rugilah,takut tak lakulah. Malu nanti orang marah,malu tak pandai cakaplah. Selalu merungut. Aku OKU mana boleh buat kerja,aku tak pandai mana boleh meniaga,aku tak boleh berdiri lama mana boleh meniaga tepi jalan. Buang semua perasaan ini dan buang semua sangkaan negatif dalam fikiran kita.

Ketiga buang sikap Malas. Malas ini sampai satu tahap dalam ibadah pun malas. Apatah lagi nak berusaha untuk berjaya dalam perniagaan atau dalam hidup. Sebab orang malas ini suka bergantung harap kepada makhluk,bukan kepada الله.

Keempat. Kena suka belanja orang lain makan. Jika di kedai makan,jangan tinggal kaunter selagi kita tidak bayar untuk salah satu meja dalam kedai makan tersebut. Seterusnya belum dapat untung meniaga atau belum dapat gaji lagi dah rancang bulan ini nak hantar makanan ke pusat tahfiz,nak belanja ahli keluarga makan,nak sedekah masjid yang memerlukan dana. Semua dari awal dah rancang untuk sedekah.

IKLAN

Kelima. Halalkan semua duit orang yang berhutang dengan kita yang dah bertahun tahun taknak bayar dan bermacam alasan nak bayar. Part ini saya tanya walaupun banyak? Ya walaupun banyak. Sebab الله akan beri ganti yang lebih besar dari itu.

Cukup 5 saya kongsi. 5 lagi saya nak practice baru saya kongsi untuk masa akan datang.

Walaupun kurang anggota bukan alasan untuk kita tidak berjaya,tidak bekerja. Selagi ada akal,bermakna selagi itulah kita mampu jana pendapatan dan idea.

Moga tuan puan dapat manfaat.

Sebuah kisah yang mendidik jiwa kita bahawa setiap rezeki kita itu, terdapat rezeki orang lain.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI