Menarik perkongsian Dr Ezairy Md. Sallih mengenai cara nak hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat.

Ikuti perkongsiannya.

Saya nak kongsi dengan anda 8 tip mudah untuk hilangkan pening kepala. Jom kita buat!

ℹ️ Cukup tidur

Kita menjadi pening kepala kerana banyak sebab. Salah satu daripadanya ialah apabila tidak mendapat rehat yang cukup. Pastikan mendapat rehat dan tidur yang cukup. Ia akan memastikan anda mendapat cukup tenaga sebaik sahaja bangkit dari tidur.

ℹ️ Mandi dan segarkan tubuh.

Perasan atau tidak tubuh kita akan lebih segar sebaik sahaja kita lepas basahkan tubuh dengan air sehingga ke kepala?

Bagi yang beragama Islam, boleh juga mengambil wuduk untuk menenangkan hati. Nak mandi sekali pun boleh supaya kesegaran dapat diraih kembali.

ℹ️ Kurangkan minuman berkafein

Ramai yang mengadu kerap pening kepala apabila mengambil minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Kurangkanlah kalau tak dapat berhenti sekali gus. Ya, ini sangat membantu saya sendiri.

ℹ️ Makanan dan minuman bercoklat

Minuman dan makanan bercoklat juga boleh membuatkan anda mudah mengalami pening kepala. Elakkan atau kurangkan jika anda adalah penggemar coklat.

IKLAN

ℹ️ Hilangkan stres dan tekanan hidup

Tekanan hidup dan stres sering menjadi punca hasil kerja kita tidak secemerlang dan sehebat orang lain in. Ia akan sekadar membuatkan anda tidak fokus kepada apa yang anda kakukan. Carilah penyelesaian setiap tekanan hidup itu.

ℹ️ Bercuti

Kalau berpeluang, ambillah cuti sehari dua. Kalau dapat seminggu lebih baik. Bukan apa, dengan bercuti ini anda akan dapat semula momentum kerja anda sebaik sahaja mula kembali berkerja. Tubuh yang sibuk bekerja tanpa henti akan membuatkan kita tepu dan letih dengan setiap kerja. Berehatlah…

IKLAN

ℹ️ Cukup air di dalam tubuh

Ini pun penting. Air sangat penting dalam menjalankan setiap fisiologi tubuh badan kita. Tubuh yang tidak cukup air akan menyebabkan kita gagal menjalankan fungsi tubuh secara optimum.

ℹ️ Diet dan pemakanan teratur

Pastikan juga anda mengambil makanan dan diet yang seimbang. Kalau pun hendak mengamalkan diet, biarlah mengikut cara yang betul. Bermakna anda tidak boleh skip makan. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam mesti diambil. Makan secara kerap adalah lebih baik, namun dalam kuantiti yang sedikit.

Semoga perkongsian kali ini lebih mendatangkan manfaat untuk anda. Sila kongsi kepada mereka yang anda sayang.

𝗗𝗿. 𝗘𝘇𝗮𝗶𝗿𝘆 𝗠.𝗦𝗮𝗹𝗹𝗶𝗵