Cuaca panas yang sedang melanda negara kini sangat membimbangkan. Malah dijangka keadaan cuaca ini akan berterusan sehingga bulan September nanti.
Malah ada yang mengambil inisiatif untuk mengurangkan aktiviti luar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seprti strok haba.
Pihak kerajaan juga turut menasihatkan agar masyarakat kerap minum air agar mencukupi setiap hari.
Ada juga diantara masyarakat yang meningkatkan penggunaan penghawa dingin bagi mengatasi keadaan cuaca panas ini namun ada juga yang mempertikaikan mengenai bil yang akan dibayar nanti.
Sebenarnya ada cara untuk kita menggunakan penghawa dingin. tidak semestinya penggunaan yang kerap akan membuatkan bil melambung
Ads
Berikut 6 bijak untuk anda menggunakannya tanpa menaikkan bil yang banyak.
1. Tutup suis utama
Anda disarankan agar menutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Dengan cara ini, anda boleh menjimatkan sehingga 10 peratus jumlah penggunaan elektrik di rumah.
2. Guna timer
Sebaiknya tetapkan penggunaan aircond menggunakan timer bagi membolehkan ia ditutup pada waktu-waktu tertentu secara automatik.
Ads
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C merupakan suhu yang selesa. Jika ditetapkan pada suhu 18°C, ini akan memaksa kompressor untuk mencapai suhu tersebut.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi.
5. Servis secara berkala
Servis unit aircond anda jika ia meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
Ads
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Selain aircond, kipas juga berfungsi untuk menyejukkan ruang dan suasana. Jadi, apa kata gunakan kedua-dua alatan elektrik itu secara alternatif, jadi aircond tidak perlu dihidupkan dalam tempoh yang lama.
Gadis dihempap kayu balak, kembali jalani hidup seperti biasa, “Saya rasa bagaikan mati, hidup semula.” Mangsa yang dihempap kayu balak terjatuh dari lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, pada 9 Julai lalu telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan.
Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, berkata, sehingga hari ini dia tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa walaupun beberapa organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.
“Saya rasa bagaikan mati, hidup semula.
Bayangkan pada hari kejadian sehingga 7 Ogos lalu saya keluar dari HRPZII (Hospital Raja Perempuan Zainab II) ramai yang menyangka sudah meninggal dunia.
“Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, semua rakyat Malaysia serta tunang, ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan,” katanya.
Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, mengimbau kembali kejadian tersebut katanya, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan berhenti di lampu isyarat sebelum terdengar bunyi yang sangat kuat.
Ujarnya, dia melihat bagaimana kayu balak bergolek menerpa ke arahnya sehinggalah merasa kesakitan yang amat sangat namun masih sedarkan diri.
“Saya sedar apa yang berlaku walaupun tidak respon kepada orang sekeliling.
Saya hanya mampu menahan sakit dan mendengar orang sekeliling bercakap sehinggalah dibawa ke hospital.
“Sepanjang menerima rawatan juga saya sedar apa yang diborakkan oleh ahli keluarga serta doktor dan jururawat tetapi hanya mampu memberi tindak balas dengan menggerakkan anggota badan.
Setiap hari saya bercakap dengan diri sendiri, kena kuat, jangan lemah semangat, kena bangun berjalan semula,” katanya.
Siti Norelyana memberitahu, sehingga ke hari ini dia masih tidak percaya dapat berjalan serta pulang ke rumah dan menjalani kehidupan bersama ahli keluarga seperti sebelumnya.
Dia sangat bersyukur malah berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang menerima rawatan di HRPZII.
Menurutnya, tunang, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, sanggup menunggu di hospital setiap hari walaupun dia dalam keadaan ditidurkan.
“Kami sepatutnya disatukan pada Disember ini, namun melihat keadaan saya begini ia mungkin terpaksa ditanggungkan ke tahun hadapan.
“Ini kerana sehingga sekarang saya masih berada dalam keadaan trauma terutama bila melihat lori balak, mendengar bunyi yang kuat serta masih bermimpi tentang kejadian tersebut.
Disebabkan itulah saya terpaksa tinggal di rumah kakak di sini (Paloh 3) kerana rumah ibu di Simpang Aring, Ciku 4 terletak di tepi jalan raya,” katanya.
Sementara itu, ibunya, Miskalsom Domea, 59, memberitahu, bersyukur sehingga sukar untuk digambarkan keajaiban yang ALLAH berikan kepada anak perempuannya itu.
“Setiap hari hanya perkataan ‘kritikal’ yang keluar dari mulut doktor, sebagai ibu hanya doa yang mampu saya panjatkan lebih-lebih lagi ramai yang menyangka umur Siti Norelyana tidak panjang.
Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.
Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, trauma melihat anaknya dimasukkan lima pek darah dalam sejam serta ditidurkan masih tidak dapat dilupakan.
Namun katanya, fokus sekarang adalah meneruskan rawatan di HRPZII dua kali sebulan dan sama-sama berusaha menghilangkan trauma mereka sekeluarga.
Sinar Harian pada 9 Julai lalu melaporkan seorang wanita hampir maut apabila motosikal yang ditunggangnya dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.
Kejadian jam 11.23 pagi itu berlaku apabila lori membawa muatan kayu balak terbabit terbalik ketika mengambil selekoh.
Difahamkan semasa kejadian mangsa, Siti Norelyana dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.
Mangsa yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Gua Musang.
Setiap orang dikurniakan kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri. Namun jika kita pandai menggunakan kelebihan dengan cara yang betul, pasti akan menutupi kelemahan yang ada.
Seorang guru bernama Haiqal Iskandar telah berkongsi kelebihan yang ada pada seorang anak muridnya. Kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai dengan hasil lukisannya yang benar-benar kelihatan asli seperti karya asal pelukis sebenar.
“Salah seorang pelajar darjah 6 saya. Dari segi akademik dia mungkin biasa-biasa sahaja, dia dalam kelas terakhir tetapi lihatlah bakatnya.
“Dia sangat berbakat dan kreatif dari segi seni.. Dia boleh melukis kartun kegemarannya dan ia kelihatan sama persis dengan watak asal.
“Saya kagum dengan bakatnya,” kata Haiqal, dalam satu posting.
Di ruangan komen, ramai yang memuji budak lelaki itu kerana lukisannya yang cemerlang.
“Dia sangat berbakat, bukan semua orang boleh melukis,” kata Mimi Ajeerah di Facebook.
Shira Abdul Majid berkata, dia berharap anak lelaki itu akan digilap kemahirannya sehingga dia bersinar.
“Budak lelaki itu berbakat. Semoga berjaya kerana kemahiran anda digilap sehingga anda bersinar,” katanya.
Syafila Rosli pula menyuarakan harapan agar budak lelaki itu menjadi kartunis terkenal suatu hari nanti.
“Semoga suatu hari nanti anda menjadi kartunis terkenal,” tulisnya.
Ada juga yang mengatakan ingin menjadikan hasil lukisan kanak-kanak ini sebagai koleksi kerana terdapat banyak watak kartun yang menarik.
Lukisannya juga cantik namun jika menggunakan peralatan seperti artline drawing dan skecth book, pasti hasilnya lebih menyerlah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak suka makan durian? Majoriti masyarakat Malaysia memang menggemari buah ini. Walaupun buah ini bermusim tapi peminat-peminat raja buah ini sanggup menunggu dan berbelanja besar bagi mendapatkan buah yang digemari ini.
Malah kini, buah durian boleh didapati dengan pelbagai jenis. Dari durian kampung hinggalah ke musang king. Malah ramai juga yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengusahakan kebun durian kerana selalu mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.
Seperti yang kita tahu, buah durian ini cepat ‘merekah’. Boleh dilihat jika kita menyimpan buah ini dengan tempoh masa yang lama, air akan keluar dan buah ini tidak akan manis seperti sewaktu kita makan yang ‘fresh’.
Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana sebenarnya buah durian ini boleh disimpan lama dan kemanisannya masih kekal. Petua ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang telah mengamalkan cara ni sekian lama.
Ikuti cara yang dikongsi oleh Nor Tipah Zakaria di bawah.
Saya nak tunjuk cara simpan durian frozen. Sapa yang tak ada dusun boleh beli dan cuba cara ini. Mudah sahaja.
1. Wrapkan pangsa dengan wraper.
2. Masukkan dalam tupperware.
3. Kemudian masukkan dalam peti sejuk dan frozenkan.
Dah lama pun masih boleh dimakan dan rasa tetap manis. Memang sedap!
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...