Resipi berasaskan sotong memang sering menjadi ‘buruan’ pengemar makanan laut. Memang bertambah nasi jika menu ini ada dalam hidangan bersama keluarga.

Masakah sotong bukan terhad kepada masak sambal, goreng tepung atau masak kunyit tetapi telah dipelbagaikan.

Nak tahu resipinya jom lihat 14 resipi berasaskan sotong ini. Turut disediakan petua bagaimana nak jadikan sambal tumis sotong lebih sedap.

IKUTI PERKONGSIAN INI

TIPS SAMBAL TUMIS LEBIH PEKAT DAN SEDAP.

Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!

IKLAN

Tips untuk hasilkan resepi sambal sotong paling sedap :

1- Untuk kurangkan air sotong, anda goreng kosong sotong tanpa minyak.Biarkan airnya keluar dan biarkan sotong separuh masak.Baru angkat dan toskan air nya.

2- Untuk mendapatkan warna sambal sotong yang cantik, tumis bahan kisar menggunakan minyak yang banyak dan dengan api kecil.Bila dah pecah minyak dan garing,masukkan gula perang untuk cantikkan warna sambal sehingga menjadi merah tua dan kurangkan minyak dengan sendukkan keluar.

IKLAN

3- Jika menggunakan sotong katak , anda boleh masukkan serai yang diketuk atau daun limau purut untuk hilangkan bau hanyir sotong di dalam sambal.

Sambal sotong yang pekat ini memang sedap dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih.Kami memang suka sangat letak petai bila masak sotong ni.

15 RESIPI BERASASKAN SOTONG

IKLAN

 

Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
1.Sotong Masak Kicap
Bahan-Bahan
1) 3-4 ekor sotong
2) 1 inci halia – dihiris @ diketuk
3) 3 biji bawang putih – dihiris @ diketuk
4) 1 batang serai – diketuk
5) 6 – 7 biji cili api – diketuk
6) 1 biji bawang besar – hirisan bulat
7) 1 cawan kicap manis @ lemak manis
8) Garam
9) Cuka @ air asam jawa
Cara Memasak
1) Bersihkan sotong dan dihiris mengikut citarasa
2) Tumiskan halia, bawang putih, cili api & serai sehingga wangi.
3) Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu hingga mendidih.
4) Masukkan bawang yang dihiris dan sotong dan kacau.
5) Biarkan hingga bawang layu & sotong masak.
6) Masukkan garam dan cuka (sedikit sahaja).
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
2.Resepi Paprik Sotong Sedap
Kredit : Resepi Ummi
Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong – bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih – diketuk
1 labu bwg besar – dihiris kasar
2 btg serai – dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi – di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas.
Selamat mencuba.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
3. SAMBAL SOTONG SEDAP
Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat
Bahan tumis:
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa
Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal
Cara-cara:
Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong..
sumber: Rosehayatie
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
4. Sotong Kukus Thai / Thai Steamed Calamari
Bahan-bahan
Bahan-bahan (Ingredient)
1/2kg sotong (4-5 ekor)
1 batang serai – hiris halus
4 hiris lengkuas
4 ulas bawang putih – hiris
1 tangkai daun ketumbar bersama akar
2 helai daun limau purut
Sos
Bahan-bahan (Ingredient)
6 tangkai cili padi merah dan hijau – hiris
1 sudu besar gula pasir
3 sudu besar jus limau nipis
2 1/2 sudu besar sos ikan
1/4 sudu kecil garam
1 ulas bawang putih – hiris
Penyediaan :
Kelar sotong tapi jangan sampai putus. Masukkan ke dalam bekas bersama serai, lengkuas, bawang putih, akar daun ketumbar dan limau purut.
Kukus hingga masak. Angkat dan keluarkan airnya.
Susun ke dalam pinggan.
Satukan semua bahan sos, kacau rata. Tuang ke atas sotong kukus tadi.
Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
5. Resepi Sotong Sumbat Bersos
Bahan-Bahan:
400g sotong – bersihkan
Inti secukupnya
1 biji bawang besar – potong bulat
Bahan Inti –
2 biji telur – dipukul sedikit
½ biji bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang
1 sudu besar lobak merah – cincang
2 helai daun bawang – cincang
garam dan lada putih secukup rasa
Bahan Kisar –
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit
1 hiris lenkuas
1 batang serai – diracik
Bahan Sos –
3 sudu besar cili kisar
2 sk ketumbar – siap kisar
½ sk jintan manis – siap kisar
½ sk jintan putih – siap kisar
2 sudu besar kicap soya
1 keping asam gelugur
garam + gula secukup rasa
minyak utk menumis
Cara Memasak:
1. Campurkan telur bersama bawang, cili cincang, lada putih dan garam secukup rasa. Goreng hancur (scramble) telur tadi.
2. Tutup api dan gaulkan lobak merah dan daun bawang. Sejukkan sebelum disumbat ke dalam perut sotong.
3. Sumbatkan inti ¾ penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong, cucuk dgn pencungkil gigi supaya tidak bergerak.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dan siap kisar hingga naik bau dan sedikit garing.
5. Masukkan kicap, asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biar kuah sedikit kering. Masukkan sotong, gaul sebati dan biarkan hingga sotong masak.
6. Taburkan bawang yang dipotong bulat sebelum dimatikan api. Hiaskan sebelum dihidang.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
6. RENDANG SOTONG SUMBAT
Sotong Sumbat Telur
Bahan-bahan :
1-2 batang tauhu lembut – dihancurkan dengan garfu
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Cara :
Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.
Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya
Resepi Rendang Sotong Sumbat
Bahan-bahan :
4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
2 helai daun limau purtu
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
4 sudu makan minyak masak
3 keping asam keping
Garam dan gula secuup rasa
Bahan kisar sebagai pes rempah :
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai – hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Saya tambah (tak ada dalam resepi) :
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Cara-cara :
Kisar bahan kisar sehingga sebati.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.
Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.
Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.
Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.
Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
7. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Bahan-bahan :
4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
1 cawan kecil tepung gandum
1/2 cawan kecil tepung jagung
3 sudu besar tepung beras
Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
Serbuk lada putih secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Sebiji telur dipukul sedikit
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak :
1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam
2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.
3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.
4. Panaskan minyak.
5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.
6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.
7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
8. KERABU SOTONG ALA THAI
6 ekor sotong
2 biji bawang besar – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
10 biji cili api – dipotong
3 tangkai daun ketumbar
2 batang serai – dipotong halus
1 @2 biji asam limau – perah air
1 sudu sos ikan (kalau ada)
Gula, garam dan sedikit serbuk perisa
Cara-cara
Rebus sotong seketika kemudian toskan
Dalam satu mangkuk gaulkan kesemua bahan2 yang telah dipotong
Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perisa dan perahan asam limau
Agak2 jer ada rasa masin, sedikir manis dan masam.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
9. SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahan:
● 1 Kg Sotong Putih
● 1 labu bawang besar – dihiris
● 1 ulas bawang putih – dihiris
● 1 batang cili merah – dihiris
● Sedikit kunyit serbuk
● Sedikit kicap
● Sedikit sos tiram
● Bahan perasa/garam
Cara-caranya :
1. Sotong di basuh dan di bersihkan. Kemudian di gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Potong belat ubi kentang dan goreng 1/2 masak. Angkat.
2. Goreng sotong 1/2 masak kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah, kicap dan sedikit serbuk perasa/garam dan sos tiram. Masak kira-kira 5 minit kemudian boleh lah di angkat.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
10. SOTONG GORENG TOMYAM
Bahan
500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam
Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
11. Resepi Sotong Bakar Percik
Bahan-Bahan:
1/2 kg sotong
serbuk kunyit
garam halus
Bahan Percik –
2 batang serai – Diketuk/Kisar
*10 tangkai cili kering (Potong pendek dan direbus)
*sedikit belacan
*1 labu bawang besar
*2 – 3 inci kunyit hidup
*1 cawan santan cair
*1 sudu kecil jintan manis
* 4-5tangkai cili padi
jus asam jawa/asam keping
1/2 cawan pati santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
Cara Buat Bahan Percik –
1. Kisar bahan * kemudian masukkan dalam kuali/periuk bersama serai yg dititik.
2. Masak sampai bahan agak pekat, masukkan jus asam jawa/asam keping, pati santan dan perasakan garam gula.
3. Biarkan mendidih, carik-carikan/hiris halus daun kunyit, kemudian, masukkan kedalam kuah percik.
Cara Memasak:
1. Cuci bersih sotong dan kelar permukaan atas sahaja.
2. Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar/panggang sampai masak.
3. Bila sotong dah masak boleh ambik sedikit percik tadi siram atas sotong. Balik kan sampai percik agak garing.
4. Baki percik, siram atas sotong masa hidang dalam pinggan nanti.

 

Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
12. SOTONG GORENG KUNYIT PEDAS
BAHAN-BAHANNYA 🙂
600 gram sotong saiz sederhana, dibersihkan*
1 1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh garam*(*ditumbuk halus dan gaul rata dengan sotong, perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar tepung jagung
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA 🙂
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kacau rata, masak hingga naik minyak. Sementara itu masukkan tepung jagung ke dalam sotong yang telah diperap tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam kuali dan kacau.
Masak hingga sotong berubah warna. Tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika kurang masin, boleh masukkan sos ikan secukup rasa. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
13. SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
Bahan luaran:
5 ekor sotong dibuang kulitnya dan dibersihkan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili boh atau cili kering kisar
1 sudu besar minyak masak
1 sudu teh gula kalo suka..lau x suka x yah masuk gula tp x de lak namanya masam manis kan hihi…
Bahan sumbat:
200 gram udang atau 4 ekor udang
2 biji telur
1 biji cili hijau dan 1 biji cili merah…lau x mau pedas x yah letak
1 pokok daun bawang
1 pokok daun sup
1 sudu besar minyak masak
sayur sayuran carrot, bunga kobis hijau dan putih..dsb boleh letak sayur yg digemari
garam secukup rasa
Cara:
1.Panaskan minyak tumiskan bahan sumbat bawang merah dan udang kacau rata
2.Masukkan telur biarkan kerasdan hancurkan
3.Masukkan garam,cili merah,cili hijau,daun sup,daun bawang dan sayur sayuran (terpulang nk letak ke tak)kacau hingga masak, tutup api dan ketepikan.
4.Ambil sotong dan masukkan bahan sumbat ke dalam sotong dan tutup dengan kepala sotong sematkan dengan lidi.
Cara membuat kuahnya:
1.Panaskan minyak,tumis bawang besar,bawang putih dan cili kisar sehingga wangi
2.Masukkan sos tomato,sos cili dan gula kacau sehingga masak
3.Masukkan sotong sehingga mendidih.
4.Angkat dan boleh dihidangkan dgn hirisan daun bawang….
Ini Petua Nak Sambal Sotong Lebih Pekat Dan 14 Resipi Masakan Berasaskan Sotong! Boleh Cuba!
14. SOTONG GORENG SERAI BERSANTAN
Bahan:
600 gm Sotong segar
20gm Serbuk Santan
3 ulas Bawang putih – di hiris halus
6 Ulas Bawang kecil – dhiris halus
4 helai Daun limau purut – dihiris halus
2 btg Serai – dihiris halus
8 biji Cili padi – dititik
2 biji Air limau nipis
10 helai Daun ketumbar
2 sudu makan Sos ikan Thai
3 sudu besar Minyak masak
4 biji Cili hijau – dihiris
4 sdm Sos tiram
2 sudu makan Cili merah – dihiris
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan serai hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong dan kacau hingga sebati.
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, daun ketumbar, sos ikan, sos tiram, cili merah, air limau nipis dan kacau selama 2 minit. Masukkan Santan
3. Kacau selama 4 minit lagi dan masukan cili hijau dan garam secukup rasa.
4. Hias dengan daun ketumbar dan cili merah

Menariknya! Jadi ada 14 resipi yang boleh dicuba. Selamat memasak!

Kredit: Resepi Kampung dan Daridapur.com

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI