Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang kini sedang mengerjakan ibadah umrah berkongsi luahan menerusi laman Instagramnya.
Menerusi IG Livenya ibu kepada sepasang cahaya mata ini kelihatan sebak kerana berpeluang sekali lagi menjadi tetamu Allah.
Hati mana yang tak gembira,jiwa mana yang tak tenang apabila menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. Demikian juga dengan pelantun lagu, Anugerah Aidilfitri ini.
Meluahkan rasa sebak dan terharu, air mata turut mengiringi perkongsian ibu Siti Aafiyah dan Mohammad Afwa ini.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.
Ads
Pemergian Siti ke Mekah kali ini tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa. Sebaliknya dia ditemani kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Mekah, Kaabah.
“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” katanya
Ads
Dalam video itu juga, Siti sempat membacakan doa beberapa pengikut yang dikirimkan menerusi laman Instagramnya.
Siapa sahaja yang tak mengenali penyanyi dan pelakon yang manis bertudung, Nabila Razali. Meskipun sering mendapat komen tentang vokalnya, namun tidak memutuskan semangat pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ itu.
Baru-baru ini, tular video di laman Tiktok di mana dirinya sedang membuat ‘house tour’ rumahnya sambil menjawab soalan yang diajukan.
Menerusi video yang tular tersebut, terserlah kecantikan beberapa ruangan rumah Nabila yang berkonsepkan minimalist dan berwarna putih seperti ruang tamu, dapur, tandas dan sekitar tingkat dua rumahnya.
Gurauan pelawak Singapura yang tular semalam kerana membangkitkan isu warganegara dan juga menjadikan tragedi MH370 sebagai satu bahan jenaka telah mengundang kemarahan ramai terutama rakyat Malaysia.
Susulan daripada itu telah mengundang isteri kepada salah seorang KRU MH370, Allahyarham Mohd Hazrin Mohamed Hasnan iaitu Intan Maizura Othman tampil menyelar keceluparan Jocelyn Chia.
Intan menyifatkan pelawak tersebut sebagai seorang yang tidak berhati perut kerana tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa nahas MH370.
‘Anak lelaki saya, Muhammad masih lagi menangis sehingga ke hari ini atas kehilangan ayahnya dan kamu menjadikan MH370 ini sebagai bahan jenaka.’
‘Tahukah kamu berapa ramai ibu yang masih menangis sehingga kini? Kamu tidak tahu kerana kamu tidak mempunyai empati dan perasaan.’
‘Tambah Intan lagi, Jocelyn tidak seharusnya menggunakan lawak hambar sedemikian semata-mata untuk meraih populariti.’
‘Mempunyai hati dan menetap di negara sedang membangun lebih baik daripada kamu yang duduk di negara maju tetapi menjadi manusia yang keji.’
Di akhir video tersebut, Intan berharap agar Jocelyn menjadi seorang wanita yang berguna dan tidak melakukan perkara bodoh yang memalukan diri.
Terbaharu, kerajaan Singapura memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain dan Chia, yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
Tiada yang lebih menggembirakan bila mana mengetahui isteri yang dicintai kini berbadan dua. Doa dan usaha yang selama ini didengari dan dimakbulkan oleh Dia Yang Maha Esa.
Bagi Abam Bocey, tiada yang lebih menggembirakan bila isterinya kini sedang membawa bersama zuriat mereka yang pertama yang baru memasuki usia 3 bulan kandungannya.
Berita itu dikongsikan oleh Abam menerusi laman instagramnya.
Dengan kapsyen, Kehadiran yang sangat dinanti.Hadirlah dengan baik… Abam turut mendoakan anak dalam kandungan isterinya itu baik-baik sahaja.
Alhamdulillah terima kasih semua…. Syukur ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR!! tulisnya lagi.
Abam dan Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.
Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.
“Alhamdulillah, rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semuanya.
“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah.
“Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.
Jika dulu apabila ditanya mengenai anak, Abam Bocey mengakui dia hanya merancang namun Allah yang boleh menentukan.
“Hari-hari saya merancang tapi Allah yang menentukan. Saya memang dah bersedia dengan jawapan jika ada yang bertanya soal anak.
“Saya tahu mesti ada yang akan bertanya kahwin dah nak setahun tapi bila nak dapat anak. Jawapan saya senang sahaja, kalau kita nak mati esok, kita tahu tak? Macam itu juga dengan kelahiran. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau tak ada, kita usaha.
Nyata kini Allah sudah mendengar doa Abam dan isterinya. Semoga baik-baik sahaja kandungan isteri Abam sehingga selamat melahirkan.
suziesapie Tahniah @abam_bociksemoga di beri kesihatan yg baik sepanjang tempoh 9bulan yg mendatang dan di permudahkan segala urusan.. insyaallah.. aamiin