Apabila berkahwin pastinya setiap pasangan saling cintai dan sayangi antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga bahagia hingga mendapat zuriat.
Namun rumahtangga jadi sukar apabila suami isteri tiada lagi saling melengkapi antara satu sama lain.
Semua urusan rumahtangga diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada isteri. Semua dilakukan rutin setiap hari tanpa lelah. Namun tahun demi tahun, ia jadi ‘ barah’ buat isteri apabila hidup mula berubah. Tiada masa untuk ‘belai’ diri sendiri sebaliknya sibuk dengan menguruskan anak-anak, suami serta rumahtangga. Suami pula umpama ‘raja’ tanpa membantu.
Realitinya ia berlaku dalam masyarakat kita buat segelintir pasangan. Semoga perkongsian ini menjad iktibar. Buat isteri atau ibu, sayangilah diri anda, berbincanglah dengan suami.
Isteri tak ada masa untuk diri
Ads
Perasan tak. Isteri, bila dah kawin, bila dah ada anak, masa utk diri sendiri pun dah xde…
Dh tak sempat nk bergaya mcm bujang2 dlu…pakai dan tangkap muat apa yg sempat ja…mekap ala kadar, letak yg asas2 je dan diri pun dah tak brapa nk wangi dah mcm dulu2… Sibuk nak siang ikan, sibuk nk memasak, sibuk nk buat keje rumah, sibuk nk mengemas, sibuk dgn anak2…japg suami balik rumah, sibuk nk layan suami plak… Bila la nk ada masa utk diri sendiri… Nak rehat, nak lapangkan fikiran, nak tenangkan perasaan, nak hilangkan tekanan…ingatkan bila anak2 dah tdo, suami dah tdo, bleh la nk buat smua tu tapi bila letak ja kepala, sedar2 dah pagi… Berterusanlah hari ke hari mcm tu… Esok2 ni, laki bunyi la…isteri dah tak cantik, isteri dah berubah bentuk, badan isteri dah tak mcm dlu dan sebagainya…tapi suami xpnah perasan plak yg isteri tu rehat pun tak sempat, tak cukup…apatah lagi nk ada masa utk diri sendiri, memanjakan diri sendiri…
Ads
Bagi isteri rehat, pasti lebih bertenaga.
Cuba dlm seminggu tu, bagi isteri off memasak jap dlm 2 hari…tak kisah la hari apapun, tapi utk hari tu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap…lauk suami beli…utk sarapan, tghari dan mlm… Suami plak dduk rumah, xkluar mana2…suami handle anak2, suami manage anak2 utk sehari…ambik 1 pakej spa utk isteri, 2 jam ke, 3 jam ke, suruh isteri p rehat dan relaks sana… Saya penah buat mcm ni dan bila dia balik, dia full of energy…dia dah reset n refresh diri dia, mental, fizikal dan emosi dia.. Isteri kita tu penat sebenarnya…tp dia tak bleh rehat sbb klu dia rehat, xde sapa yg nak buat keje2 dia…itu ja.
Kisah kejayaan tidak pernah hadir tanpa perjalanan yang penuh liku. Begitu juga dengan pengasas dan Pengarah Urusan KueMue, Mohd Juwaidy Bin Suhaimi, yang kini berjaya mencipta nama dalam industri teknologi makanan di Malaysia.
Di sebalik kejayaan itu, tersimpan cerita inspirasi seorang anak muda dari Alor Setar, Kedah yang pernah menempuh kesusahan hidup namun tetap cekal menggapai impian.
Dilahirkan pada tahun 1991 di Alor Setar, Kedah, Mohd Juwaidy merupakan anak keempat daripada 11 orang adik-beradik. Kehidupan keluarga besar ini penuh dengan cabaran.
Namun, kesusahan itulah yang membentuk semangat juangnya. Membesar dalam keluarga sederhana, Juwaidy sudah terbiasa melihat ibu bapanya berusaha keras untuk memastikan setiap anak mendapat pendidikan terbaik.
“Kami pernah makan nasi berlaukkan garam sahaja. Tapi mak dan ayah selalu pesan, pendidikan adalah jalan keluar dari kesusahan.”- Mohd Juwaidy
“Adik-beradik ramai, semua kena kongsi. Tidur bersepah dengan hanya tiga bilik. Ada masa, makanan pun tak cukup. Kadang-kadang pergi sekolah tak bawa duit belanja. Jadi, waktu tu saya fokus pada SPM. Saya tahu, kalau nak ubah hidup keluarga, saya kena berjaya dalam pelajaran,” kenang Juwaidy kisah silamnya kepada Majalah Keluarga.
Namun pengalaman hidup dalam kesusahan itu menjadi pembakar semangat buat Juwaidy untuk berusaha keras dan membawa perubahan kepada keluarganya.
Berbekalkan semangat dan sokongan keluarga, Juwaidy mengorak langkah jauh dalam pendidikan. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di peringkat Sarjana di Imperial College London, sebuah institusi terkemuka yang diiktiraf sebagai universiti kedua terbaik di dunia. Berada di peringkat global bukanlah sesuatu yang mudah, namun Juwaidy membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu bersaing di persada antarabangsa.
“Belajar di luar negara membuka mata saya tentang betapa pentingnya teknologi dan inovasi dalam memajukan kehidupan seharian,” kata Juwaidy yang kini memanfaatkan ilmu tersebut dalam perniagaannya.
Selepas kembali ke tanah air, Juwaidy melihat peluang untuk menggabungkan ilmu kejuruteraan dan minatnya dalam bidang makanan. Bermula dengan idea mencipta alat yang memudahkan penghasilan biskut secara pantas dan konsisten, beliau menubuhkan KueMue dengan membekalkan tiga versi produk Bakineer.
Selepas menamatkan pengajian, Juwaidy bekerja selama empat tahun dalam bidang pengurusan sebelum memutuskan untuk berhenti dan memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan.
Ketika bekerja, beliau melihat abang ketiganya, Fakhri, yang menjalankan perniagaan menghasilkan biskut tart nenas secara kecil-kecilan. Namun proses pengeluaran biskut yang sangat perlahan kerana dilakukan secara manual.
“Saya nampak abang Fakhri bersungguh-sungguh buat semperit, tapi prosesnya makan masa yang lama. Dari situ, timbul rasa nak bantu dengan mencipta sesuatu yang boleh mempercepatkan kerja,” ujar Juwaidy.
Dengan menggunakan ilmu kejuruteraan yang dimilikinya, Juwaidy mula mencipta mesin Bakineer untuk memudahkan penghasilan biskut secara pantas dan konsisten. Nyata, abang ketiga dalam keluarga itu, menjadi pencetus idea dan inspirasi utama kepada permulaan perniagaanya.
Namun, perjalanan perniagaan bukanlah mudah. Juwaidy memulakan perniagaan KueMue pada tahun 2017 selepas kembali ke Malaysia. Pada awalnya, promosi dan jualan produk tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan. Ketika berdepan dengan kesukaran itu, ada masa di mana Juwaidy berasa ingin berhenti dan meninggalkan perniagaan.
“Kadang-kadang rasa nak ‘give up.’ Tapi bila saya fikirkan keluarga, anak-anak yang masih kecil, adik-adik yang ramai di bawah saya, dan ibu bapa yang pendapatan mereka tidak seberapa, saya tak boleh berhenti. Saya kena buat untuk mereka. Fokus saya adalah untuk keluarga kami terus survive,” katanya penuh emosi.
“Saya nak tunjuk pada anak-anak dan adik-adik yang kita boleh berjaya kalau berusaha. Jika saya gagal sekalipun, saya nak mereka tahu saya dah cuba buat yang terbaik. Tapi kalau saya give up, itu bukan contoh yang baik untuk mereka. Jadi, saya tak boleh putus asa,” tambahnya.
Usaha keras Juwaidy mula membuahkan hasil. Melihat kejayaannya, adik-beradik beliau yang dahulunya masih di bangku sekolah kini telah berjaya dalam bidang masing-masing termasuk ada yang menyambung pengajian ke peringkat PhD di London, ada yang menamatkan Sarjana di universiti tempatan.
“Saya bangga dengan pencapaian mereka. Tapi saya juga sedar, ini semua kerana kami tak pernah putus asa. Saya mahu mereka tahu, walau susah macam mana sekalipun, kita kena terus usaha dan jangan pernah berputus asa,” katanya dengan penuh rasa syukur.
Di bawah kepimpinannya, syarikat ini berjaya memperkenalkan beberapa produk inovatif seperti Bakineer 1.0, 2.0, dan 3.0 alat baking yang memudahkan kerja baker dan pengusaha kecil menghasilkan biskut dengan kualiti setanding kilang. Produk-produk ini telah mendapat sambutan hangat di pasaran dan menjadi solusi utama bagi pengusaha biskut di seluruh Malaysia.
Bagi Juwaidy, kejayaan KueMue bukan sekadar pencapaian peribadi. Sebaliknya, ia adalah satu platform untuk membantu lebih ramai usahawan kecil bangkit dan berjaya dalam perniagaan mereka. Beliau percaya bahawa teknologi yang mudah digunakan dapat memberikan impak besar kepada mereka yang ingin memulakan bisnes dari rumah.
“Saya mahu produk kami menjadi pemangkin kepada usahawan kecil, terutamanya suri rumah yang mahu menjana pendapatan sendiri. Teknologi seharusnya memudahkan hidup mereka, bukan membebankan,” jelas Juwaidy tentang visinya.
Membanggakan, lebih daripada 1000 jualan dalam 2 tahun, sesuatu yang begitu inspirasi!
Namun tiada kejayaan yang hadir tanpa cabaran, dan setiap langkah pertama sering kali penuh liku. Menurutnya cabaran dalam perniagaan menguji ketahanan mental dan fizikal buatnya untuk terus melangkah dalam perniagaan.
“Saya masih ingat waktu saya bekerja seorang diri, memikul segala tanggungjawab dan mempromosikan perniagaan ini sendirian selama setahun. Dari menguruskan operasi harian hingga memasarkan produk, semuanya dilakukan dengan tenaga dan usaha sendiri.
“Ia bukan perjalanan yang mudah, penuh dengan cabaran dan detik yang menguji ketahanan mental dan fizikal. Namun, pengalaman itu mengajar saya erti ketabahan dan nilai setiap langkah kecil yang diambil. Dari permulaan itulah saya belajar untuk menghargai setiap pencapaian, walaupun sekecil mana sekalipun.”
“Kini, saya amat bersyukur dikurniakan staf seramai 5 orang yang bukan sahaja berbakat, tetapi juga berdedikasi tinggi. Mereka sentiasa bekerja tanpa mengira masa, memberi komitmen sepenuhnya demi memastikan setiap tugas diselesaikan dengan cemerlang.”
“Usaha mereka yang luar biasa adalah tulang belakang kejayaan kami, dan saya tidak mungkin dapat melangkah sejauh ini tanpa mereka. Terima kasih atas keikhlasan dan kerja keras kalian, semoga kita terus maju bersama,” ujarnya
Walaupun bersaiz kompak, Bakineer mampu menghasilkan biskut dengan cepat dan konsisten seperti di kilang. Tak perlu mesin besar atau ruang luas dengan alat ini boleh tingkatkan produktiviti baking hingga berkali ganda hanya di rumah.
Ia direka dengan teknologi dan aksesori tambahan yang memudahkan pergerakan, mempercepatkan proses, serta memastikan hasil biskut lebih sempurna. Berbeza dengan cara manual, Bakineer mampu meningkatkan produktiviti sehingga beberapa kali ganda. Jadi, bukan saja dapat jimat masa dan tenaga, malah lebih menguntungkan!
Bakineer 1.0 : Produk utama dari KueMue sesuai untuk penghasilan tart nenas & semperit panjang. Bakineer 1.0 berupaya menghasilkan biskut-biskut ini pada kadar 6-7 kali ganda lebih pantas dari proses manual.
Bakineer 2.0: Upgrade dari versi 1.0, hadir dengan aksesori hos untuk penghasilan biskut yang menggunakan acuan nozel berbentuk kon. Hos yang dipasang ke gajet baking memudahkan pergerakan dan memberikan fleksibiliti kepada pengguna dalam menghasilkan biskut seperti semperit bunga (dahlia), butter cookies dan lain-lain produk yang menggunakan nozzle. Versi ini boleh juga menghasilkan tart nenas, semperit panjang, chocolate cookies dan lain2.
Bakineer 3.0: Versi terbaharu ini adalah lebih kompak berbanding versi-versi sebelumnya dengan berat sekitar 1kg sahaja. Bakineer 3.0 direka khas untuk mempercepatkan proses penghasilan semperit dahlia pada kadar yang lebih pantas berbanding versi 2.0, dengan kehadiran adapter yang boleh mengeluarkan dahlia sebanyak 4 biji serentak dalam satu-satu masa. Versi 3.0 hadir dengan set acuan untuk penghasilan pelbagai jenis produk termasuklah semperit bunga (dahlia), butter cookies, maruku, putu mayam, mee, kuetiau, pasta, churros dan apa sahaja biskut yang menggunakan acuan bernozel.
Setiap pencapaian dan kejayaan tidak akan mungkin terjadi tanpa keluarga yang sentiasa berada di sisi, menjadi tunjang kekuatan. Izinkan saya merakamkan penghargaan ini kepada mereka yang menjadi cahaya di setiap langkah perjalanan hidup saya.
“Papa (Suhaimi Bin Ahmad), Mama (Nor Ashikan Aziz), segala yang MJ (nama timangan) capai hari ini adalah hasil didikan, doa, dan pengorbanan kalian. Terima kasih kerana membesarkan kami 11 beradik dengan penuh kasih sayang. Dan terima kasih juga kerana percaya pada impian MJ walaupun ia kelihatan mustahil di mata orang lain. Kalian adalah inspirasi abadi dalam hidup MJ.”
“Sayang (Syuhada Syuroa Kamal), terima kasih kerana sentiasa berdiri di belakang saya, menjadi pendorong, dan memberi cinta tanpa syarat – di waktu susah dan senang. Anak-anak kita (Nourelle & Kaif) adalah penyambung semangat saya untuk terus berusaha dan membina sesuatu yang bermakna. Kehadiran kalian adalah anugerah terbesar dalam hidup saya, dan segala yang saya lakukan ini adalah untuk masa depan kita bersama.”
“Fakhri, terima kasih kerana menjadi pencetus idea kepada Bakineer. Jangan pernah berputus asa, dan teruskan usaha dan lakukan yang terbaik untuk kembangkan perniagaan anda. Kejayaan menanti mereka yang tidak berhenti mencuba.”
“Adik-adik, setiap langkah yang saya ambil ini adalah untuk menunjukkan bahawa apa saja boleh dicapai jika kita percaya pada diri sendiri dan berani mencuba. Saya mahu kalian tahu bahawa setiap cabaran adalah peluang untuk kita jadi lebih baik. Jangan pernah sesekali berhenti tanpa mencuba hingga ke garisan penamat.”
Kisah yang sungguh inspirasi! Tentu ramai ingin mengetahui lebih lanjut ciptaan Mohd Juwaidy Bin Suhaimi. Jadi saksikan episod akhir INNOVATHON Musim 2 pada 18 Januari 2024, Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104). Juga boleh mengikuti episod akhir ini di Astro Vaanavil (saluran 201), Astro AEC (saluran 306) dan Astro Showcase (saluran 413) dan aplikasi Astro Go dan sooka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebak melihat kesusahan orang lain membuatkan murid ini menghulurkan bantuan. Begitulah yang dilakukan oleh seorang murid perempuan yang sedih apabila rakannya tidak makan sewaktu rehat.
Kebetulan mempunyai lebihan duit belanja sekolah, dia memberikan kawannya duit supaya dapat membantu rakannya itu.
“Dia kesian tengok kawan tak makan, bagi RM5 suruh bell makanan, baru makan sama2…”.
“Lepas bagi duit, baru kawan beli makanan. Makan sama-sama.”
Begitulah perkongsian pengguna TikTik dengan akaun @ellyemirza membuatkan warganet Kagum dengan cara kanak-kanak perempuan itu.
Malah video berkenaan juga telah membuatkan ramai terharu apabila kanak-kanak itu menangis sambil menceritakan kesusahan kawannya.
Sambil memujuk, ibu kanak-kanak perempuan itu memuji sikap anaknya yang membantu orang dalam kesusahan.
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tempat isteri sememangnya pada suaminya. Walau dalam apa cara dan keadaan sekalipun, selagi suami tidak melanggar syarat, seorang isteri wajib menjadikan suaminya di angka nombor satu. Kemudiannya barulah mendahulukan kedua ibu ayahnya.
Itu kisahnya dengan suami yang menjadi nombor teratas dalam hidup indah seorang isteri. Bagaimana pula kisahnya dengan mentua dan ibu kandungnya?
Ada pendapat mengatakan bahawa tempat kedua bagi seorang isteri adalah ibu bapa mentuanya, iaitu ibu bapa kepada suaminya berbanding ibu ayah kandungnya sendiri. Harus mengutamakan ibu bapa mentua berbanding ibu bapa kandung. Soalnya benarkah begitu?
Ramai isteri yang buat silap. Tak perlu terus berteka-teka dan tidak pasti, ada baiknya semua isteri-isteri dengarkan penjelasan penuh berkhemah daripada yang selayaknya, Dr. Ustaz Rozaimi Ramle yang menyatakan hal ini dengan sejelas-jelasnya.
UNTUK ISTERI: MERTUA LEBIH UTAMA DARIPADA IBU BAPA KANDUNG?
Kalau isteri suami no 1, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? Kalau suami pulak ibu lebih utama dari isteri kan? Tapi nafkah tu memang isteri la yang mesti diutamakan.. kan? Tapi kebajikan ibu bapa tak boleh diabaikan.
Jawapan: Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak.
Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri.
Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini.
Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri.
Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya.
Wallahua’lam.
KEWAJIPAN SEORANG ISTERI: BERKHIDMAT KEPADA MENTUA?
Di sini kami kongsikan satu ringkasan fatwa, sama seperti yang ustaz jawab di atas.
Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri.
Benarkah hal ini?
Jawapan:
Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:
2. Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.
3. Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.
4. Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.
5. Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.
*Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...