
Jambangan bunga daripada wang kertas yang digubah sendiri sempena hari lahir ibu menjadi pemberian terakhir Muhammad Adib Hazim Halim, 21, sebelum dia terkorban dalam kemalangan tragis di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Banun Gerik awal pagi Isnin lalu.
Jambangan Bunga Wang Kertas Yang Digubah Sendiri, Hadiah Terakhir Adib Kepada Ibu
Abang arwah, Muhammad Aiman Hazman Halim, 32, berkata jambangan bunga itu sebagai tanda kasih kepada ibu mereka Rus Lina Abd Razak, 69, sempena sambutan hari lahir yang diraikan bersama keluarga pada Ahad lepas.
“Adib memang suka menghasilkan pelbagai gubahan. Sebelum ini dia juga pernah buat gubahan untuk kakak sempena tamat latihan Sukarelawan Polis Siswa/Siswi,” katanya.
Berikut video yang dikongsikan oleh YB Mohd Husaimi Hussin ketika menziarahi keluarga arwah Adib.
“Ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu,” kata- kata terakhir Adik Muhamad Adib Azim Halim ketika memberi hadiah hari lahir ibu tercinta pada sabtu, Hari Raya Adiladha.
@miechehussin_.off ” ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu”. kata- kata terakhir Adik Muhamad Adib Azim Halim ketika memberi hadiah hari lahir ibu tercinta pada sabtu, Hari Raya Adiladha. #pelajarupsi #gerik #adunhulubesut ♬ Touching – Yuda Pratama
Muhammad Aiman berkata Adib adalah seorang anak yang taat dan tahfiz al-Quran serta sangat disayangi oleh adik-beradik.
Beliau berkata mereka sekeluarga mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas melihat gambar kemalangan yang tular di media sosial.
“Sebelum kejadian ummi (ibu) ada ambil gambar bas yang dinaiki Allahyarham dan kongsi dalam group (WhatsApp) keluarga. Jadi bila ada gambar viral kita tahu Adib terbabit dalam kemalangan.
“Ummi pun sebelum sambut hari lahir ada menangis dalam bilik tanpa mengetahui kenapa hatinya berasa sebak dan tak sangka perkara ini yang terjadi,” katanya.
Jenazah Muhammad Adib Hazim telah disolatkan di surau Kampung Pasir Badak dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran.
Dalam kejadian yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi pada 9 Jun itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak itu terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan MPV di JRTB berhampiran Tasik Banding, Perak.
Sumber: Bernama dan TikTok YB Mohd Husaimi Hussin
Baca artikel lain juga: Pemandu Bas Mohon Maaf, Dakwa Brek Tiba-tiba Gagal Berfungsi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my