Pernah tak rasa segan bila nak order air kosong masa makan kat restoran? Lagi-lagi kalau restoran tu kategori mewah. Kadang-kadang waiter siap tanya lagi, “Air kosong je?
Evian tak nak ke?” Masa tu mulalah rasa serba salah, macam orang pandang kita tak mampu. Tapi tahu tak, pilih air kosong sebenarnya satu keputusan bijak untuk kesihatan kita?
Petikan dari Public Health ni memang patut kita hadam untuk kita berubah menjadi lebih sihat!
Ads
Tak perlu malu nak order air kosong, walaupun kat restoran mewah.
Jangan risau kalau waiter tanya, “Air kosong je? Evian tak nak ke?” Chill sahaja.. Kita pilih air kosong bukan sebab tiada duit atau nak jimat, tapi sebab utamakan kesihatan.
Kenapa air kosong?
• Hilangkan dahaga dengan cepat
• Rasa segar dan puas.
• Buat makanan rasa lagi sedap sebab tak ganggu dengan rasa manis.
• Jaga badan – dah cukup gula dari makanan, tak perlu tambah dari minuman.
So, air kosong bukan pilihan murah, tapi pilihan smart. Kesihatan kita lebih penting dari apa orang lain fikir!
Ads
So, lepas ni kalau makan kat luar, tak payah segan nak order air kosong. Biarlah apa orang nak kata, sebab kita tahu kita buat pilihan terbaik untuk badan kita. Kadang-kadang mindset masyarakat kita ni masih fikir air mahal nampak lebih ‘class’, tapi sebenarnya yang lebih penting adalah kesihatan diri.
Jangan risau kalau ada yang perli, “Air kosong je?” Jawab je dengan senyuman, “Ya, sebab saya utamakan kesihatan saya.” Pilihan bijak, badan sihat, hati pun puas!
Khabar duka, tiga pelajar pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut dirempuh sebuah SUV pemandu wanita dipercayai tidak siuman.
Kejadian yang berlaku jam 7.35 malam tadi di hadapan kampus berkenaan mengundang sebak dikalangan warga maya.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, pihak polis menerima laporan kemalangan jam 7.35 malam di hadapan kampus berkenaan di Kampung Sura Hujung, Dungun pada Rabu.
Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.
Katanya, mangsa yang m@ut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun (Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan), Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, yang beralamat di Ayer Hitam, Muar Johor.
Beliau memberitahu, dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan Khairil Anwar Jamaludin, 20 dari Ampang, Selangor.
“Kesemua mangsa mengalami kecederaan par@h iaitu patah tulang leher, cedera di kepala dan dada sert disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini pada Rabu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua mangsa dari arah yang sama iaitu dari Kuala Dungun menghala ke Pantai Teluk Gadung.
“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba SUV tersebut telah merempuh bahagian belakang dua motosikal yang berada di laluan sama.
“Kesemua mangsa mengalami kecederaan par@h disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
“Seorang mangsa yang par@h iaitu pelajar tahun 2 Sarjana Muda Sains Perakaunan, Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan dari Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Menurut Rukiman, suspek wanita berusia 49 tahun itu telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sumber: Sinar Harian & Video/gambar media sosial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tak luluh. Seorang kanak-kanak lelaki, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, baru berusia dua tahun, dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga pada Isnin.
Difahamkan, si kecil ini berada di rumah neneknya yang hanya kira-kira 90 meter dari anak sungai. Namun, dalam sekelip mata, dia tiba-tiba hilang dari pandangan. Ahli keluarga yang menyedari kehilangannya segera mencarinya, namun bayangnya langsung tak kelihatan.
Memetik Sinar Harian, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Asmadi Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.02 malam.
Kami bergegas ke lokasi sejauh 26 kilometer dan tiba pada jam 8.49 malam. Kanak-kanak tersebut dipercayai hilang di sekitar kawasan kampung berkenaan. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai oleh penduduk kampung telah dijalankan, namun gagal menemukan sebarang jejak,” katanya
Menurut beliau, pihaknya turut mendapatkan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi membantu usaha mencari.
Ujarnya, SAR masih diteruskan sehingga hari ini.
Dalam pada itu, ibu saudara kepada kanak-kanak lelaki ni turut meminta bantuan orang ramai untuk hebakan mengenai kehilangan anak saudaranya.
Kala ini sudah tentu tangisan ibu dan ayah memecah kesyian, doa tidak putus-putus dipanjatkan. Hanya berharap Hud Aryan segera ditemui dalam keadaan selamat.
Selepas melalui proses perbicaraan selama tujuh tahun, pelakon Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akhirnya menarik nafas lega apabila dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan jumlah keseluruhan RM2.8 juta.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rosli Ahmad selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atas Zizie Izette.
Keputusan tersebut sekali gus menamatkan episod panjang yang dilalui pelakon berusia 48 tahun itu selepas bertahun-tahun berdepan prosiding mahkamah yang mendapat perhatian masyarakat.
Sebaik sahaja keputusan dibacakan, Zizie Izette dilihat gagal menahan sebak sebelum menitiskan air mata dan ditenangkan oleh ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan di mahkamah.
Menurut Zizie Izette, keputusan berkenaan memberikan kelegaan yang amat besar selepas melalui tempoh sukar sepanjang proses perbicaraan.
Namun di sebalik kegembiraan itu, beliau mengakui fikirannya terus tertumpu kepada arwah suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sebelum ini turut berdepan pertuduhan berkaitan kes sama.
“Saya harap suami saya berada di sini bersama saya. Saya membayangkan beliau berada di sebelah saya ketika keputusan diumumkan,” katanya.
Luahan penuh emosi itu menggambarkan kerinduan seorang isteri terhadap insan yang pernah bersama-sama mengharungi saat sukar sepanjang perjalanan kes tersebut.
Kes yang melibatkan Zizie Izette berkait dengan dakwaan rasuah ketika Allahyarham Bung Moktar memegang jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad berhubung pelaburan bernilai RM150 juta dalam produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Mengikut pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa membantu Bung Moktar memperoleh wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid.
Wang tersebut didakwa sebagai balasan untuk mendapatkan kelulusan Menteri Kewangan II supaya Felcra Berhad membuat pelaburan dalam produk unit amanah berkenaan.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa bersubahat memperoleh suapan sebanyak RM262,500 menerusi akaun Public Islamic Treasures Growth Fund yang didaftarkan atas namanya.
Pertuduhan ketiga pula membabitkan wang berjumlah RM337,500 yang didakwa diterima daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar menerusi akaun Public Ittikal Sequel Fund.
Kesemua kesalahan itu didakwa berlaku di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati pada Jun 2015.
Semua pertuduhan terhadap Zizie Izette dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan Mohd Fadhly Mohd Zamry, manakala pihak pembelaan diwakili peguam K. Kumaraendran, M. Athimulan serta Ridha Abdah Subri.
Terdahulu pada 16 Januari lalu, Mahkamah Sesyen turut melepaskan dan membebaskan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin daripada pertuduhan yang sama selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes susulan pemergiannya pada 5 Disember 2025.
Keputusan mahkamah terhadap Zizie Izette hari ini sekali gus menutup sepenuhnya prosiding yang telah berlarutan selama tujuh tahun.
Di sebalik rasa lega yang dirasai, detik tersebut tetap mengundang sebak apabila insan yang paling dirindui tidak lagi berada di sisi untuk berkongsi khabar gembira itu. Luahan Zizie Izette turut menyentuh hati ramai kerana memperlihatkan sisi seorang isteri yang masih menyimpan kerinduan terhadap arwah suaminya walaupun telah melalui pelbagai ujian kehidupan.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.