Lain orang lain caranya. Bagi pasangan selebriti Amyra Rosli dan suaminya, Amar Baharin, keduanya punya cara sendiri dalam membesarkan dua anak mereka.
Bahkan kata Amyra lagi, cara dia dan suami mendidik dua anak mereka mudah sahaja. Elakkan sama sekali menipu anak dan layanlah mereka seperti orang dewasa.
Bahkan kata Amyra lagi, dia dan Amar tidak mengalami masalah dalam membesarkan anak-anaknya iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Tambahnya kedua-dua buah hatinya itu sangat mudah mendengar kata dan mengingati sesuatu arahan.
Ads
“Jangan tipu anak-anak. Bijak diorang lain macam sikit.
“Layan mereka seperti orang dewasa, itu je rahsianya.
“Tunjukkan contoh yang bagus dekat rumah. Walaupun kami sebagai ibu bapa banyak kekurangan tapi saya dan Amar sangat berusaha untuk sorokkan kekurangan kami depan anak-anak,” tambahnya lagi.
Ads
Bahkan kata Amyra lagi, berkenaan menerima pelbagai jenis tawaran yang melibatkan anak-anak, dia dan suami biasanya akan bertanyakan pendapat anak-anak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
“Saya tidak memaksa anak-anak sebab kami tak nak menyusahkan pihak-pihak lain. Sebab tu kami jujur. Sehari atau dua hari sebelum, kami dah beritahu jadual penggambaran dan jelaskan kepada mereka,” katanya lagi.
Selalu kita dengar, ais boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Tidak kurang juga yang mengatakan minum ais rahim menjadi kembang dan banyak lagi. Tetapi dimanakah kebenaran disebalik perkara tersebut?
perkongsian Dr. Rusyainie Ramli mungkin dapat membantu ibu-ibu akan hal ini. Boleh lihat status yang dimuatnaik di dalam laman facebooknya berkenaan hal ini.
Namun, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikut atau tetap meneruskan pantang seperti yang diturunkan oleh nenek moyang asalkan ia tidak memudaratkan diri sendiri. Yang baik kita ambil dan jadikan panduan.
Teh o ais ni memang minuman kegemaran saya.
Ais tak salah.
Yang salahnya ialah kandungan gula dalam air saya minum ni.
Saya belum boleh minum teh o tanpa gula.
Teh ada kafein. Macam kopi.
Kafein kalau dalam dos sederhana boleh bagi mood lebih baik, buat minda lebih cerdas dan tingkat metabolisma badan.
Teh adalah satu-satunya tumbuhan yang ada asid amino L-theanine. Yang dikatakan merangsang rasa tenang dan rilek. Staf saya kalau nampak saya dah muka merah geram semacam nak naik angin, cepat-cepat pergi belikan saya teh o ais nak sejukkan hati saya yang dah nak melenting.
Ais takkan buatkan rahim saya kembang. Dah 10 tahun rahim saya tak kembang. Hahaha. Rahim kembang sebab saya mengandung. Tak mengandung? Elok je rahim saya dok tempat dia diam-diam.
Ais takkan buatkan becak kat kemaluan sebab saya minum air sejuk ikut mulut. Tak tahulah kalau ada orang minum air kot saluran lain.
Ais takkan buatkan abdomen saya buncit. Sebab air sejuk ni masuk je dekat saluran makan, terus akan ikut suhu badan. Air akan diserap ke dalam darah sistem badan melalui usus.
Yang buncit kat abdomen tu ialah lapisan lemak yang tersimpan. Nak hilangkan tu kena jaga makan dan senam.
Ais takkan buatkan saya rasa letih atau penat. Letih la jadi bos kat ofis. Penat uruskan keluarga. Tidur pun kadang tak cukup. Bukan sebab ais.
Ais takkan buatkan haid berketul-ketul. Tu mitos. Haid tu dinding rahim yang luruh. Maka ada nya tisu dan darah yang keluar ikut faraj. Dalam darah ada bahan untuk bekukan darah. Sebab tulah darah berketul. Cuba potong jari tu, keluar darah atas lantai. Mesti darah tu berketul punya kalau sistem pembekuan darah takde masalah. Kalau takde sistem tu, kita akan berdarah sampai kering. Nak?
Ais takkan buatkan senggugut. Merapu lagi. Senggugut tu benda biasa terjadi dengan haid. Kalau teruk sangat atau berpanjangan, jumpa doktor. Saya dah tulis pasal kitaran haid sebelum ni. Carilah ya.
Ais takkan buatkan vagina tu longgar. Tu auta terbesar bani jamu dan bani klimaks. Mereka tu sentiasa nak takutkan kita dengan ilmu sains songsang sebab hujungnya nak suruh kita beli produk mereka yang biasanya tak daftar pun dengan KKM. Nak ketat? Buat senaman Kegel. Malas? Saya angkat bendera putih dengan orang malas.
Ais takkan buatkan kita cepat tua. Cepat tua la kalau makan tak ingat dunia, berat badan lebih atau obes, malas senam, emosi tak tenteram, hisap rokok macam cerobong asap. Bila dah kena penyakit kronik dan masih tak nak berubah, kualiti hidup takkan sama dah.
Ais takkan buatkan nanti sakit badan bila dah tua sebab tak pantang ais masa lepas bersalin. Tolonglah. Negara kita ni panas ok. Kesian mak stres. Orang melayu ni berialah ikut segala petua masa pantang. Elok habis pantang, terus angkut kaki pergi mekdogol sebab nak buang gian. Tu dah kenapa. Kita ni nak kena jaga kesihatan sepanjang hayat. Pantang sakan la sangat 44 hari pastu buat-buat lupa lepas tu. Nampak macam pantang tu membuta tuli mengikut je tanpa tahu hujung pangkal.
Orang dulu buat petua ais ni sebab ais mahal sangat masa zaman mereka. Bukan semua orang mampu ada peti sejuk. Mereka pergi beli ais kat kedai yang dipotong guna gergaji dan pikul bawa balik rumah. Zaman sekarang dah tak relevan. Kita kan dah belajar sains. Kenapalah masih dok berpegang pada mitos ais ni.
Kesian ais.
Ais tak salah.
Tolong tepek pautan status saya ni kat bani jamu, klimaks dan suku sakat mereka kalau mereka dok membongak pasal ais. Rimas betul saya dengan cerita rekaan mereka.
Sejak awal kemunculannya dunia, pengacara Nadia Annuar tidak lekang dengan kontroversi. Walaupun pelbagai kecaman yang di terima, namun Nadia bijak menepisnya.
Namun baru-baru ini, sekali lagi Nadia Annuar di kecam bertubi-tubi apabila memuatnaik gambar tanpa bertudung di laman instagramnya sempena hari kelahirannya yang ke 39.
Tindakan ini ternyata telah mengundang kecaman ramai pihak sehingga melihatkan ahli keluarganya yang selama ni amat disegani terutama ibunya iaitu Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton.
Di Instagram Stories, Nadia berkata dia akur dengan kecaman yang diterima atas kekhilafan diri sendiri. Namun, Nadia memohon agar diberikan ruang dan masa kepada dirinya.
Selain itu, kakak kepada aktor Harris Annuar ini turut meminta maaf sekiranya tindakan membuka tudung itu telah menimbulkan rasa benci serta kurang senang.
Dalam pada itu, pemilik nama Nadia Shahrul Annuar meminta agar tidak melibatkan ibunya, usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton dan ahli keluarga lain.
Jelasnya, Kak Ton sudah menjadi ibu yang terbaik apabila membesarkan serta mendidik dirinya dengan sempurna.
Sebelum ini, Nadia mendedikasikan ucapan istimewa kepada dirinya sendiri di Instagram serta memuat naik foto ‘free hair.’
Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia. Apa yang kita anggap sebagai kekuatan terbesar juga boleh menjadi kelemahan terbesar kita.
Saya telah melalui banyak perkara tahun yang sudah. Saya juga telah menerima ramai kawan dan musuh yang baru. Itu adalah pengajaran yang boleh diambil, ada yang baik ada yang buruk.
Walaupun segala keburukan itu saya anggap sebagai kekurangan diri, namun saya berharap Allah akan terus mengurniakan saya kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan cara yang dikehendaki-Nya.
Menerusi perkongsian sama, Nadia turut memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya tidak berhijab sambil duduk di atas sebuah sofa.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Nadia dan juga famili.
Memiliki raut wajah yang cukup manis dan berdarah kacukan, tidak hairanlah andai ramai yang geram melihatnya. Ditambah dengan gelagatnya yang comel membuatkan ramai terhibur.
Berusia 7 tahun, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dibesarkan bak seorang puteri dengan limpahan kasih sayang. Apa sahaja perkembangan Aaisyah Dhia Rana, dikongsikan menerusi laman instagram yang dibuat khas untuknya.
Terbaru, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta memuat naik satu video kaletah anaknya itu. Video tersebut menunjukkan Aaisyah bertanya kepada ibunya kenapa suka memakai high heels.
“Why you like wearing high heels?”
Che Ta menjawab soalan berkenaan dengan berkata beliau kelihatan lebih tinggi dengan memakainya.
Namun Aaisyah memberitahu bahawa ibunya itu memang sudah tinggi.
“Nampak more seksi.”
Itu Jawapan Che Ta yang membuatkan Aaisyah terkesima seketika sebelum ketawa.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.