Pernah tular di media sosial selepas kisahnya viral berbasikal dari Jerman ke Mekah untuk menunaikan umrah mendapat liputan meluas.
Ghazi Jassim Shehadeh, seorang jemaah Syria telah meninggal dunia apabila beliau tiba di Mekah. Beliau mengambil masa 73 hari untuk tiba di Masjidil Haram.
Shehadeh telah menjadikan kisahnya ini sebagai satu dokumentari apabila sering berkongsi pengalaman dan kesukaran sepanjang perjalanan ke Mekah al-Mukarramah dengan pengikut media sosialnya.
Shehadeh selalu berharap dapat menyelesaikan ziarahnya ke Mekah. Menurut sumber, setibanya di Kota suci ini, dia dilaporkan meninggal dunia.
Jenazahnya disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Mekah al-Mukarramah.
Ads
Perjalanan Shehadeh telah mendapat banyak perhatian luar dan inspirasi buat anak-anak muda. MasyaAllah!
Seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menerima segulung ijazah dalam keadaan pilu apabila bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa jam sebelum majlis konvokesyen.
Menerusi laporan Kosmo, ayah kepada Muhammad Hafiz Mokhtar, 27, terjatuh sewaktu mereka sekeluarga berada di sebuah inap desa di Teluk Ketapang sebelum terkena serangan jantung. Tambah Hafiz, ayahnya paling teruja untuk ke majlis konvokesyen anaknya.
Arwah ayah sangat teruja untuk hadir majlis konvokesyen buat pertama kali sebab saya anak pertama yang belajar hingga ke menara gading.
Tambahnya, arwah meninggal di dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Berikutan itu, Hafiz terpaksa kuatkan diri untuk menghadiri majlis konvokesyen walaupun tanpa bapa tercinta.
Anak ketiga daripada enam beradik itu menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) dengan Kepujian daripada Pro Canselor UniSZA, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Shahabuddin.
Niat murni seorang pemuda untuk menghantar makanan kepada kakak tersayang sepertinya berdepan liku-liku dan dugaan.
Dalam satu video tular di TikTok, perjanalan seorang pemuda dari Kulim di Kedah menuju ke Ipoh, Perak dengan menaiki motosikal terhalang apabila enjinnya mati di pertengahan jalan.
Pada video berkenaan , Luqman menunjukkan situasi lebuh raya yang dilalui sambil menolak motor.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana lokasi motosikal Luqman terhenti.
Namun Luqman meletakkan tekad di hati iaitu makanan yang dibawa di dalam raga depan motosikalnya akan dipastikan tiba ke pangkuan kakak dengan apa jua cara.
“Nak pergi hantar makanan dekat kakak sebab dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak.
Artikel Berkaitan
“Tapi tengah perjalanan tu motor rosak. Demi anak buah dalam perut, paksu bagi sampai juga,” tulis Leman di ruangan kapsyen.
Setelah kudrat dibanting dan panas terik mentari diredah, akhirnya perkarangan Plaza Tol Ipoh dapat dilihat di dalam video Luqman.
Walaupun begitu, ‘pengembaraan’ menolak motosikal masih jauh kerana paparan aplikasi Waze di telefon pintarnya menunjukkan jarak perjalanan masih berbaki 19 kilometer (km).
“Ya Allah, tak jauh dah, berapa minit je lagi,” Luqman menunjukkan anggaran masa ketibaan iaitu 28 minit di aplikasi Waze.
Apa yang lebih menyentuh hati apabila Luqman sempat menunjukkan keadaan lututnya yang terketar-ketar akibat berjalan jauh sambil menolak motosikal.
Di penghujung video, rintangan yang menggunung ternyata bukan menjadi alasan apabila Luqman menunjukkan dia selamat tiba di kediaman kakaknya.
“Pada tengah hari 28 November saya selamat sampai di rumah kakak. Sampai di sana saya hanya tidur satu malam sahaja.
Motosikal milik Luqman dihantar pulang ke Kulim dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.
“Pada pagi kemudian hari, kakak dan suami hantar saya ke stesen bas Ipoh. Saya terpaksa balik sebab tidak ada sesiapa yang menjaga ibu bapa saya di rumah.
“Motosikal saya terpaksa tinggalkan di Perak sebab kekurangan wang tunai,” kata Leman dalam video kedua bagi berkongsi tentang perkembangan perjalanannya ke Ipoh.
Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat si kakak hadir untuk berterima kasih di atas pengorbanan Luqman.
“Terima kasih adik kakak, semoga Allah memberikan ganjaran untuk adik. Doakan kakak cepat bersalin dan dipermudahkan urusan,” ujar si kakak.
“Kerja Tempat Tinggi, Mak Ayah Risau…”- ‘Iron Lady’ Kongsi Cerita Antara Kerjaya & Keluarga, Buat Ramai Terinspirasi!
Wanita juga boleh menjalankan tugas yang baik dalam pekerjaan yang biasanya dilakukan oleh lelaki. Ini tidak mungkin boleh disangkal lagi, apatah lagi bila baru-baru ini viral di media sosial berkenaan satu video TikTok yang dikongsikan dengan menunjukkan NDT Technician wanita menjalankan tugas menukar lampu di puncak Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Apa yang mencuri tumpuan netizen adalah keberanian dan ketenangan wanita tersebut yang digelar sebagai ‘iron lady’, rata-rata berpendapat bahawa tugas itu agak bahaya serta berisiko tinggi untuk dilakukan oleh orang perempuan.
Bukan itu saja, dari video yang dikongsikan itu juga menampakkan wanita berkenaan dengan selamba melambai ke arah drone yang merakam proses kerja-kerja pembaikan menara tersebut.
Sukakan cabaran, Dulu Takut Tempat Tinggi
Mengenali lebih dekat wanita hebat ini bersama KELUARGA, rupa-rupanya ‘Iron Lady’ atau nama sebenarnya Normalia Sidek ini bukan calang-calang orangnya. Dia merupakan seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki yang comel, kini berusia 3 bulan.
“Kerja saya bermula dengan hobi, saya suka memanjat tebing. Awalnya saya kerja bidang fesyen dan kemudian tukar bidang ke rope access technician. Kemudian saya upgrade bidang saya daripada technician kepada inspector dalam non destructive testing (NDT).
“Sebenarnya diri saya sukakan cabaran, meskipun hakikatnya saya dulu seorang yang penakut. Jadi saya kerja dalam bidang ni saya dapat lawan dengan rasa takut di tempat tinggi.
“Dulu 3 tingkat pun dah gayat. Tapi bila saya hari-hari bermain di tempat tinggi, ianya sudah jadi biasa. Sekarang saya dah tak fikir takut tapi lebih fikir hendak siapkan kerja cepat,” ceritanya panjang lebar.
Akui Keluarga Risau
Apabila diajukan soalan berkenaan penerimaan awal ibu ayah bila anak gadis mereka membuat pilihan kerjaya yang nyata punya risikonya besar apabila setiap hari berada di tempat tinggi, ini jawabnya.
“Saya ingat lagi mula-mula dulu, ya keluarga risau dengan bidang kerja yang saya lakukan ini. Apa tidaknya penuh berisiko, tapi alhamdulilah famili akhirnya faham apa yang anak dia nak buat dalam kerjayanya. Cuma sampai ke hari ini famili selalu berpesan untuk kerja berhati-hati”.
“Manakala suami, alhamdulillah dia seorang yang supportive. Tiada halangan daripadanya apatah lagi kami bekerja di dalam bidang yang sama. Soal membahagikan masa antara menjalankan tugas sebagai seorang ibu dan isteri pula tidak menjadi masalah.
“Memandangkan saya bekerja secara freelance jadi masa saya yang arrange. Alhamdulilah masa dapat diurus dengan baik. Jika ada keadaan tak diduga, misal kata anak kurang sihat ke atau sebagainya, jadi saya atau suami boleh bergilir-gilir menjaganya.
“Saya juga bersyukur saya dikelilingi oleh keluarga dan kawan-kawan yang positif . Walaupun bekerja di dalam team yang didominasi oleh kaum lelaki tapi,kawan-kawan amat supportive. Ini secara tidak langsung menjadi kerja yang saya lakukan ini menyeronokkan saya,” ceritanya lagi.
Berkongsi lanjut, ibu muda ini turut berpesan kepada anak remaja yang berminat dengan pekerjaan sepertinya untuk dijadikan kerjaya pilihan.
“Saya sarankan bolehlah terlebih dahulu mengambil lesen certificate (IRATA). Kemudian terus maju ke hadapan dan cari circle yang positif . Banyak cabang boleh dikembangkan dalam bidang rope access dan salah satunya rope access banyak digunakan di plantar minyak offshore yang pastinya menjanjikan pendapatan yang lumayan buat mereka,” ujarnya ikhlas dengan bersemangat diakhir perbualan.
Cuti sekolah hujung tahun ini kemana anda nak bawa anak-anak bercuti ya? Jika tiada lagi perancangannya, ayuh sertai e-keluargagader LENCUN TIME @Splash Out Langkawi. Jika sebelum ini yuran penyertaan adalah RM70 namun untuk follower KELUARGA ada diskaun 50% untuk anda. Wow! Jangan lepaskan peluang ini, cepat daftar sekarang dengan klik di link TOKO NI.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.