Kemerdekaan yang kita miliki kini sewajarnya dimaknai dengan erti kebebasan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, pemikiran malah jiwa kita juga.

Menariknya tentang jiwa merdeka ini, wanita ini menyenaraikan 10 tips untuk memilikinya. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.

10 TIPS UNTUK MEMILIKI JIWA MERDEKA

1. Jangan pernah menyesali sesuatu kerana akan tiba masanya nanti kita akan faham bahawa semua yang berlaku itu adalah yang paling terbaik untuk kita.

2. Bertindak seiring dengan apa sahaja yang kita inginkan. Jiwa yang merdeka akan merdekakan diri dengan mencapai impian mereka. Tidak bertangguh, memberikan banyak alasan. Membesarkan halangan. Tidak takut kepada saingan.

3. Bagaimana untuk tidak takut kepada saingan? Jiwa yang benar-benar merdeka akan letakkan keyakinan kepada Allah di tempat yang pertama dalam segala hal. Yakin rezeki itu dari Allah dan yakin bahawa jika rezeki itu milik kita, biar di dasar lautan pun ia tetap akan tiba. Yakin bahawa segala ketentuan dari Tuhan adalah yang paling baik. Selagi tak ada ini, minda kita tidak merdeka.

IKLAN

4. Hati yang merdeka itu tidak “dijajah”. Bagaimana hati yang dijajah? Tidak sedih dan kecewa disebabkan kata-kata dan perbuatan orang lain. Kalau kita letakkan bahagia dan hati kita dalam genggaman orang lain, bererti hati kita masih dijajah. Tak kiralah samada oleh pasangan, kawan rapat atau siapa sahaja. Jiwa yang benar-benar merdeka itu seharusnya lebih tenang.

5. Mudah memaafkan dan melepaskan. Bukan kerana kita salah dan kalah. Tetapi hati dan jiwa yang benar-benar merdeka itu lebih mengutamakan ketenangan dari dendam.

Jiwa Dikatakan Merdeka Bila Hati Memiliki Beberapa Perkara Ni. Boleh Semak!

IKLAN

6. Jika kita benar-benar merdeka….kita pasti berusaha untuk tidak meninggalkan tanggungjawab kita kepada Tuhan. Iaitu bersembahyang. Selalu saya tulis tip ini hampir dalam setiap tulisan saya kan? Ya, kerana ianya adalah syarat utama untuk mencapai apa sahaja dalam hidup termasuk untuk memiliki hati yang merdeka.

7. Jiwa yang merdeka itu tidak ada benci dan dendam. Apa lagi jika mahu menulis atau berkata yang tidak baik tentang orang lain. Diam ketika marah dan tidak berkata ketika tidak punya kata-kata yang baik untuk diluahkan. Jika kita benar-benar merdeka, kita boleh mengawal kata-kata dan perbuatan kita.

8. Hati yang benar-benar cukup merdeka tidak langsung perlukan “pengiktirafan” orang lain untuk menunjukkan mereka kaya, bahagia, memiliki (apa lagi memiliki apa yang orang lain tidak punya). Anda faham bukan?

IKLAN

9. Jiwa yang merdeka penuh dengan rasa cinta dan bahagia. Penuh empati dan kasih sayang. Tahukah anda bahawa hati yang tidak mencintai tidak akan dicintai? Ha… Jadi jika nak ada rasa bahagia (penuh dengan happiness) kena ada rasa kecintaan dalam diri ya. Biasanya orang yang punya sifat ini akan dikelilingi oleh ramai kawan. Kerana “love and emphaty vibes” itu boleh “sampai” kepada orang lain juga.

10. Hati dan jiwa yang merdeka itu tetap pendiriannya. Tidak mudah goyah. Jika melakukan sesuatu, tidak akan pernah putus asa. Jika jatuh sekali, akan bangkit 10 kali. Jika patah sayapnya maka dia akan bertongkat paruh. Tidak takutkan cabaran. Tidak gentar dengan ujian. Hati dan jiwa yang merdeka itu cukup matang untuk berdepan dengan apa sahaja dalam hidup. Dan juga cukup tahu, bahwa selagi mana kita masih bernyawa… Ujian akan sering hadir bersilih ganti dalam hidup. Jadi, jalan terus sahaja ya!

Senyumlah setiap hari kerana hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi.
Salam Kemerdekaan dari saya…
Kita anak Malaysia!

Sumber :Dzuriasikim Dzulkefli

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI