Musim Cuti Sekolah sinonim dengan aktiviti sunat atau khatan bagi memenuhi salah satu tuntutan ibadah yang disyariatkan dalam Islam. Alhamdulillah tahun ini, Bintang Kecil dengan kerjasama HOSPITAL ISLAM AZ-ZAHRAH telah mengadakan satu acara berkhatan beramai-ramai iaitu Program Jom Sunathon Bintang Kecil pada 10 Disember 2022.
Upacara yang signfikan dalam fasa kehidupan seorang lelaki ini disertai oleh 30 orang kanak-kanak berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun. Bermula dengan perarakan masuk peserta yang diiringi paluan kompang dan bunga manggar menggamatkan suasana majlis. Tidak dengan itu, seterusnya acara pemotongan pulut kuning dan gimik bersiram yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak menjadikan majlis Jom Sunathon begitu istimewa.
Apa yang menarik dalam acara Jom Sunathon ini adalah penyertaan dari peserta non-muslim yang secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan mengenai kebaikan berkhatan kepada bangsa lain.
Ads
Editor Bintang Kecil, Encik Kim Rahim serta Puan Wan Erni yang merupakan Editor Pengurusan Family And Parenting, Nu Ideaktiv Sdn Bhd mengucapkan tahniah kepada semua kanak-kanak yang menyertai acara ini dan sangat berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan memberikan kepercayaan serta sokongan kepada kami dalam mengadakan aktiviti sebegini.
Ads
Selain itu, ucapan penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan Hospital Islam Az-Zahrah atas jalinan kerjasama ini. Semoga kerjasama di antara kedua pihak ini dapat diteruskan dan menjadi acara tahunan.
Bagi yang pernah merasa kehilangan, pastinya anda tahu bagaimana sakitnya menanggung kerinduan pada yang telah pergi selamanya.
Terasa kalau boleh diputarkan masa, pasti kita akan memilih untuk menikmati detik terindah bersama orang-orang yang disayangi.
Begitulah agaknya yang dirasai oleh seorang suami yang sedang meratapi pemergian isterinya. Manakah tidak, sudah bertahun-tahun hidup bersama, terasa janggal apabila salah seorangnya tiada.
“Agak-agak mama okay ke dekat kampung abadi sana,” tanya seorang bapa kepada anaknya. Mama yang dimaksudkan adalah isterinya yang sudah pergi buat selamanya.
Melihat kepada keadaannya, benarlah kata orang rindu kepada seseorang yang berbeza alam sesungguhnya tidak terperi sakitnya. kerinduan itu seperti tiada penghujungnya. Kerinduan yang tiada bernoktah dan tidak tahu harus dituju ke mana.
Melalui satu video tular di aplikasi TikTok, seorang anak sempat merakam bagaimana bapanya sering termenung jauh membayangkan keadaan arwah ibunya di alam barzakh sejak pemergian ibunya itu.
Mashitah Sedik berkata dalam kesemua lapan adik-beradiknya, dia yang paling rapat dengan bapa dan memahami duka yang sedang dilaluinya.
“Pada Julai 2020, ibu didiagnos dengan kanser payudara. Sebelum tu ibu diserang minor stroke pada sebelah kanan badan.
“Untuk strok, ibu dapatkan rawatan di Hospital Serdang, kami ingat ibu boleh recover dan semuanya sudah selesai. Tapi ada seorang jururawat ni beritahu kami dia syak ibu ada sakit lain juga.
“Jadi kami pun buat pemeriksaan lanjut, ternyata ibu ada kanser payudara tahap dua. Kami ikhtiar buat kemoterapi enam cycles (kitaran), setiap cycle memang nampak ibu semakin kepenatan dan lesu.
“Kemoterapi itu kurang berkesan, kanser payudara ibu meningkat jadi tahap empat. Kami cuba pula radioterapi lima cycles berterusandari Isnin sampai Jumaat, tapi sejak dari tu, kesihatan ibu terus merosot,” cerita Mashitah.
Keadaan ibu Mashitah menjadi tenat apabila dia tidak lagi boleh berjalan dengan sendirinya dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
“Ibu hanya terlantar atas katil. Bila kami check balik, rupanya kanser ibu dah merebak ke bahagian kepala dan belakang badan.
“Pada Jun 2022, ibu dimasukkan ke hospital. Kemudian doktor cakap kepada kami yang ibu dah tak ada harapan untuk sembuh. Mereka cuma boleh berikan morfin untuk kurangkan sakit ibu.
“Kami sekeluarga dalam masa seminggu selepas tu cuba nak deny hakikat ni, sukar sangat nak terima. Kami bawa ibu pulang ke rumah dari hospital untuk bagi ibu berehat pada hari-hari terakhirnya,
“Sepanjang ibu dekat rumah, saya memang tak berenggang dengan ibu dan selalu teman dia,” kata Mashitah yang menetap di Puchong, Selangor.
Namun begitu, ajal tidak akan lewat atau cepat walau sesaat dan akhirnya ibu Mashitah dijemput Ilahi.
“Waktu tu pukul 6 petang, saya dekat sebelah ibu nampak mata dia terbuka, saya ingat dia terjaga sebab sebelum tu dia tidur. Saya pun panggil abah.
“Bila abah saya check, rupanya itu hembusan nafas dia yang terakhir dan ibu saya dah tak ada. Ibu pergi di depan mata kami semua.
“Ibu baru berumur 61 tahun, masih muda lagi tapi dia dah meninggalkan kami. Yang paling terkesan dengan pemergian ibu sudah semestinya abah, mereka berkahwin selama 30 tahun lebih.
“Susah senang mereka bersama untuk besarkan kami. Dari bekerja kutip botol sehingga jadi pengawal keselamatan untuk sara kami adik-beradik, banyak memori yang mereka kongsi,” kata Mashitah.
Mashitah berkata sejak ibu meninggalkan mereka, hidup bapanya seakansepi dan kosong.
“Abah saya umur 70 tahun. Setiap sudut yang abah pandang di dalam rumah kami ni akan mengingatkan dia kepada ibu. Arwah ibu adalah sebahagian daripada nyawa dan jiwa dia.
“Kalau kami keluar jalan ke mana-mana pun, abah tak nak overnight lama-lama sebab dia risau kalau roh ibu datang melawat rumah, tak ada siapa yang akan sambut dia, kepercayaan orang tua-tua.
“Abah pun kerap berlapar, biasanya ibu yang akan jaga makan minum dia tapi semua tu dah tak ada. Jadi saya yang kena pergi tanya dia nak makan apa sebab kalau tidak memang dia senyap sahaja dan ikat perut.
“Bila kami jamu dia air, kadang-kadang dia complain cakap tak sama macam yang ibu selalu buatkan untuk dia, jadi dia akan bangun buat sendiri untuk kena dengan cita rasa dia,” cerita Mashitah.
Selain itu, Masyitah juga memberitahu bibir bapanya sering mengalunkan ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah isterinya.
“Ayah akan sering duduk seorang sama ada di ruang tamu atau di dalam bilik tidur dia, air mata mengalir turun, sambil dia buka bacaan Yasin di YouTube dan ikut baca sekali, untuk dihadiahkan kepada arwah ibu.
“Abah juga suka tanya soalan yang saya pun tak ada jawapannya, contoh dia tanya macam mana agaknya rupa tempat tinggal ibu di alam sana atau ibu tenang ke di sana.
“Kalau rasa rindu sangat, abah akan pergi lawat pusara ibu. Lepas itu dia akan selfie hantar dekat group family, dia tulis dia dapat jumpa bidadari dia hari ni, minta ibu jaga diri baik-baik dekat sana, macam dia bermonolog sendirian.
“Saya nak gembirakan abah tak berdaya sebab apa pun yang saya cakap tak akan mampu rawat luka di hati dia,” kata Mashitah.
Menutup perkongsian, Mashitah berharap dia dapat memanfaatkan masa yang ada bersama bapanya dengan sebaik mungkin.
Hasil kreativiti, boleh jadikan kotak barangan terpakai sebagai hiasan pada dinding, alas tempat solat atau boleh dijadikan tikar piknik.
Simple je tapi nampak kemas dan menarik. Lebih-lebih lagi ditampal dengan lebihan wallpaper. Memang kreatif dan cantik hasil yang dikongsikan oleh Ana Nurfatihah.
Bahan-bahan
Kotak terpakai
Plastik sampah hitam
Tape
Lebihan wallpaper
wallpaper kedai eco yg lebih sis guna buat benda alah ni.
Masih ada lagi ke yang belum berjaya menanam pokok daun sup di dalam pasu walau berkali-kali mencubanya?
Usah putus asa, apa kata anda cuba serentak 3 teknik yang dikongsikan oleh Nina Diana ini. Menurutnya, ada cara dan teknik yang boleh digunakan ketika menanam pokok daun sup sama ada menggunakan keratan batang, anak pokok mahu pun biji benih.
Ini perkongsiannya.
“Selain ketumbar saya juga cuba tanam daun sup dengan 3 cara”
1. Keratan batang & akar 2. Anak pokok 3. Benih.
Alhamdulillah berjaya.
Yang ini tanam dari keratan batang. Dari bulan April sampai ke hari ni pokok hidup
subur.
Tanam datam botol susu yang dipotong 2. Letak span di muncung botol untuk serap air. Pakai sedikit sahaja tanah/peatmoss utk cover akar. Air pula saya pakai baja AB.
Yang ini beli anak pokok di nursery. RM13
sepasu kecik.
Balik saya tukar ke pasu nutripot. (Pasu ni beli di shopee RM5 je sbb kategori reject colour)
Menggemuk bagai johan.Baja AB di bawah. Topup bila dh berkurang.
Subur dan tak perlu siram dari atas. Hanya sesekali spray cuka kayu.
Yg ini dari benih. Ambil masa sebulan untuk
sebesar ini.
Saya cadang akan pindahkan ke nutripot
juga. Senang jaga.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.