Apalah ertinya nilai RM1 dalam zaman yang penuh dengan cabaran di samping ekonomi yang kian meruncing.

Namun siapa sangka, RM1 tersebut boleh bertukar berlipat ganda dek kerana sesuatu yang tidak dijangka.

Umpama rezeki terpijak, seorang pemuda yang memiliki wang kertas RM1 berjaya menukarkan nilainya kepada RM 1000.

Semuanya kerana wang kertas tersebut telah dibeli oleh seorang pengumpul wang lama bernama Ah Kai.

Menurut Ah Kai, wang lama merupakan sebahagian bisnes dan juga adalah hobinya sejak dulu.

“Saya suka kumpul duit Malaysia dan Malaya sebab saya suka dan cinta negara ni. Saya suka sejarah Malaysia.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

IKLAN

Ah Kai yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang mengatakan bahawa hobi mengumpul wang lama ini bermula sejak dia masih kecil lagi dan mula serius menjadikannya sebagai bisnes pada tahun 2012.

Berkongsi mengenai bisnesnya itu, Ah Kai menjelaskan bahawa RM1 yang masih digunakan sekarang tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih terlalu banyak.

Jual Wang Kertas RM1 Dengan Harga RM1000. Siapa Sangka Nilai Wang Jadi Berlipat Ganda Gara-gara

“Tapi dalam video itu, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.

“Saya tawar (nilai) dan dia bersetuju dan amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700. Tapi saya beri dia RM1,000,” katanya.

Mengulas lanjut, Ah Kai memberitahu, nombor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah, malah ia merupakan antara nombor pilihannya.

IKLAN

“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor ‘solid’.

“Saya ada banyak koleksi nombor ‘solid’. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina,” ujarnya lagi.

Jual Wang Kertas RM1 Dengan Harga RM1000. Siapa Sangka Nilai Wang Jadi Berlipat Ganda Gara-gara

Bercerita mengenai video yang tular sehingga mendapat lebih 3.4 juta tontonan di TikTok, Ah Kai menerima gambar wang kertas RM1 dengan nombor siri lapan menerusi WhatsApp daripada seorang pemuda sebelum mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur.

“Saya pandu kereta dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan dia, dan jumpa beberapa pelanggan pada hari tersebut. Selepas itu, saya balik semula ke Pulau Pinang,” katanya.

IKLAN

Bagi pemuda ini, dia menganggap satu kepuasan setiap kali melakukan urus niaga dan memperoleh wang kertas lama yang menjadi pilihannya.

Setakat ini, Ah Kai mempunyai koleksi hampir 500 keping wang kertas Malaysia dan Malaya, termasuk beberapa negara lain seperti Singapura dan China.

“Saya jual juga (wang lama) tapi kepada ahli grup saja yang mempunyai hobi ini, kadang-kadang kita tukar… tukar jika saya ada lebih dan dapatkan yang belum ada.

“Memang sangat gembira apabila dapat barang yang disukai dengan harga mampu milik,” katanya lagi.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jual Wang Kertas RM1 Dengan Harga RM1000. Siapa Sangka Nilai Wang Jadi Berlipat Ganda Gara-gara

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI