Selalunya nak makan rempeyek, mesti ambil yang isinya lebih kat atas. Betul tak? Yang mana tertanggal kacang atau bilisnya, itu la yang paling last akan ambil.. hehe.

Yang mana tak puas makan isi sikit tu, cerr buat sendiri ikut selera sendiri! Bukan je nanti isinya meriah, malah rempeyek tu sendiri crispy dan tak hapak rasanya. Jom belajar buat dengan resipi di bawah!

Bulan puasa ni ON ke tak ON buat peyek ya? Terkejut juga tadi naik balik post resepi ni di group MAHN dikongsi oleh 32k.

Resepi ayah mentua ni memang sedap. Orang Johor memang mahir bab-bab kerepek dan rempeyek. Tahun lepas kononnya berangan nak buat banyak-banyak dan open order. Last surrender sebab panas dan mengundang macam nak buka puasa duduk tepi kuali lama-lama.

Korang yang nak resepi rempeyek rasa asli orang zaman-zaman dulu boleh cuba.

Puas hati buat sendiri. Letaklah bilis 10 ekor ke kacang 10 biji. Favourite nya! Ni kerja suami yang memang mahir bab merempeyek hehe.

Wah! Ya saya share resepi. Tapi ini sukatan orang rumah. Macam ini lah lebih kurang caranya.

RESEPI REMPEYEK KRUP KRUP RANGUP!

Bahan-bahannya:-

IKLAN

3 cawan tepung beras (saya guna cap Gajah).
1 cawan tepung ubi.
2 sudu (B) tepung jagung.
¹/² cawan ketumbar (blend kering).
1 sudu (B) jintan manis (blend kering).
200g udang kering (blend kering).
2 biji telur.
1 cawan santan.
Garam secukup rasa

Kacang & Bilis Sikit Bila Makan Rempeyek? Buat Sendiri Je Guna Resipi Ni! Dijamin Rangup & Isi Meriah Kacang & Bilis Sikit Bila Makan Rempeyek? Buat Sendiri Je Guna Resipi Ni! Dijamin Rangup & Isi Meriah Kacang & Bilis Sikit Bila Makan Rempeyek? Buat Sendiri Je Guna Resipi Ni! Dijamin Rangup & Isi Meriah

Bahan-bahan lain:-

Ikan bilis
Kacang tanah
Acuan rempeyek

Cara-caranya :-

1. Air agak-agak, bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat. Bancuh sahaja semua bahan adunan di atas dan boleh start menggoreng.

IKLAN

Kacang & Bilis Sikit Bila Makan Rempeyek? Buat Sendiri Je Guna Resipi Ni! Dijamin Rangup & Isi Meriah

2. Kacang dan ikan bilis, cuci bersih dan tos. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera. Masukkan sekali bancuhan rempeyek atas acuan bersama kacang dan bilis ketika nak menggoreng.

Selamat mencuba!

Kacang & Bilis Sikit Bila Makan Rempeyek? Buat Sendiri Je Guna Resipi Ni! Dijamin Rangup & Isi Meriah

Sumber: Facebook Suhada Ghads via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Ada ye anak-anak kat rumah tu puasa ‘yang yuk’? Haa meh dengar perkongsian dari PU Riz ni!

IKLAN

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI