Uncategorized

Kacang Goreng Crispy Spicy Semudah ABC, 15 Minit Jer Dah siap!

Share

Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang spicy di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang goreng crispy spicy dari puan Zita Samat


Sedap giler. Nah ada yg tnye resepi tadi. 3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus 🤣🤣

3 bahan utama :

-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )

-telur sebiji

-tepung bestari pedas

Cara membuat:

  • Gaulkan kacang dengan telur hingga rata

  • Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata

  • Panaskan minyak
  • Goreng dalam minyak panas , api sederhana

  • Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus.
  • Angkat dan toskan minyak

Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup

  • Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara

Taraaaaaaa….. Untuk yg diet jangan buat ! Siyesss ni 🤣🤣🤣

Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..

IKLAN