Anak-anak kita sememangnya cukup gemarkan bubur kacang hijau. Bukan sahaja sedap malah kalau tidak habis di makan, bubur yang satu ini boleh dijadikan aiskrim buat anak-anak.
Bubur kacang hijau antara bubur yang paling mudah disediakan. Cuma rebus dan tambah santan bersama gula dan biarkan mendidih. Pun begitu, proses memasak bubur kacang hijau ini memakan masa yang agak lama. Maklumlah nak kena empukkan kacang hijau juga mengambil masa yang agak lama.
Tapi bubur sedap ini pasti lebih cepat dimasak dengan menggunakan petua ini. Dalam tempoh masa 2 minit sahaja kacang sudah empuk dan bolehlah dimasukkan
gula merah dan santan. Menarik kan?
Ads
Jom cuba petua yang dikongsikan ini.
Caranya:
1. Kacang hijau dicuci bersih.
Ads
2. Kemudian masukkan kacang hijau ke dalam bekas dan isikan air. Jangan terlalu banyak cukup sekadar air tersebut menutupi permukaan kacang hijau.
3. Bekukan kacang hijau di dalam peti sejuk.
4. Keesokkan harinya, rebus air di dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
Ads
5. Kemudian masukkan kacang hijau yang telah dibekukan tadi.
6. 2 minit kemudian lihat hasilnya, kacang hijau telah empuk dan bolehlah dimasukkan santan dan gula melaka untuk dijadikan bubur kacang.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu-ibu peminat cheese, pernah tak nak belajar buat sendiri. Cari cara yang mudah je dengan bahan simple tapi hasilnya supreb.
Jom admin kongsikan cara hasilkan cheese homemade dari Eyda Sukiman. Guna tiga bahan di dapur je dah dapat cheese yang sedap. Jom cuba!
Kita kembali kepada topik daily as housewife lah ya. Fikir banyak2 tak jadi apa juga, sebaliknya kita berusaha lebih gigih untuk jadi hamba Allah yg semakin hari semakin dekat padaNya. Tak perlu tunggu kiamat, sedangkan kematian pun setiap hari dekat dengan kita
Harini Kekda 1st time buat Cheese homemade. Namanya Cottage Cheese. Asal terbuat cheese ni sebab semalam suami ada beli fresh milk sebotol.
Pagini buka, try minum eh rasa masam, rosak. Membazir sangat rasa. Lepastu duk teringat pernah tengok channel Food Network sebelum ni, kalau ada susu rosak, jangan buang, sebalik boleh buat something more delicious, iaitu Cheese.
Maka harini, terjadilah Cheese buatan sendiri Alhamdulillah. Mudah sahaja caranya. Tak rumit.
Kekda share dibawah resepinya okay.
Antara yg diperlukan adalah :
1) Fresh Milk / Susu Full Cream (tak semestinya yg basi / rosak, yg fresh pun boleh)
2) Cuka Makan 2 Sudu (Kekda guna jenama Tamin)
3) Kain Penapis (Kekda guna kain lampin anak je ) atau korang beli kain tapis cheese di kedai Daiso ada kot.
4) Garam
CARA – CARA
———————
1) Masak susu didalam periuk, panaskan sehingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes Kekda ni, dah susu rosak, takmau membazir so Kekda buat jadi cheese .
2) Bila susu dah mula nampak mendidih, berketul sikit, tambahkan 2 sudu makan Cuka . Cuka ni yg akan menjadikan ketulan susu tu kepada ketulan cheese, which is fungsinya memisahkan dari air susu kepada ketulan keju. In case korang xde cuka, perah Lemon pun boleh kalau Kekda tak silaplah.
3) Lepas dah taruk cuka tu, kacau-kacau sekejap kasi yg ketulan tu terapung belah atas. Time ni korang dapat tengok, belah bawah air, atas ketulan keju. So dah jadiklah tu. Then matikan api.
4) Ambil kain tapis / penapis, (kekda guna kain lampin anak, makesure bersih okey) then curahkan semua yg dalam periuk tadi, diatas kain tapis tersebut. Kain tersebut makesure dibentangkan diatas tapis besi / apa2 jenis bekas sejat .
5) Kemudian korang bolehla nak perah air tu keluar sampai betul2 kering. Means cheese tu elok duk bergumpal comel dan bukan dalam keadaan pecah2 macam mula2 tadi.
6) Rendam dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2jam. Tapi Kekda xrendam pun, kekda bubuh sesiap garam dalam susu tu tadi. Okeylah sedang2 elok masinnya. Btw korang nak rendam tu jgn rendam cheese semata, rendam je sekali kain tapis tu sebab lepastu senang korang nak perah balik, buang air lebihan garam tu.
7) Dah siap ! Bolehlaaaa nak makan cheese tu. Orang english/omputih pnggil, COTTAGE CHEESE. Orang melayu Kekda tak tau apa nama pnggil dia. Rasa dia ? Sedap, macam korang rasa cream cheese Tatura tu kan, ha lebih kurang mcmtu rasanya. Enak + lemak. Memang fresh gituuu.
Cheese ni ikut sukalah nak makan dengan apa. Roti boleh, buat macam ala2 bauguet tu kan. Lepastu nak buat sandwich pun boleh. Nak letak atas Pizza boleh jugak kot, sebab rasa lemak2 tu. Janji blh makan
So selamat mencuba gais ! Kekda duk rasa2 ni kang habis macamtu ja . Sedapppppp Jangan lupa try okay.
Edit tambahan :
– Cara simpanan boleh simpan didalam peti macam biasa. Tahap ketahanan Kekda xpasti tp kalau based apa yg Kekda tahu seminggu boleh tahan lagi.
– Rasa dia sedap, lemak2 krim. Kalau ikutkan rancangan tv Kekda tgk tu, cheese ni boleh guna untuk topping atas pizza, untuk kek pun boleh, untuk cheesekut pun boleh (kekda sendiri buat) sebab rasa/taste dia sebijik mcm cream cheese Tatura tu.
– Selain dari tu boleh buat as topping salad, letak dalam sandwich.
– Utk effect tarik mcm Mozarella kekda xpasti . Tapi rasanya lebih kepada utk masakan.
– Juga boleh digunakan untuk masak/letak dalam kari. Sedap katanya lemak2.
#KekdaShare
#KekdaMasak
#HomemadeCheese
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentu ramai yang menggemari manisnya rasa lala yang dimasak lemak cili api atau dimasak tumis masam manis dan pelbagai menu yang lainnya. Tidak dinafikan, menikmatinya boleh buat makan berselera.
Pun begitu mungkin ada jyang pernah ‘terkena’ sedang enak makan tiba-tiba ada satu dua lala yang ingin dibuka cengkerangnya penuh dengan lumpur atau pun berpasir. Memang boleh buat kita putus selera, bahkan ada yang terus berhenti makan dibuatnya.
Tidak mahu berdepan dengan situasi tersebut, ada perkara yang perlu anda buat sebelum memulakan untuk memasak lala tersebut. Ini sebagaimana menerusi perkongsian video daripada @shira.azi di aplikasi TikTok. Dia telah berkongsi petua yang paling ringkas untuk membersihkan lala agar bahagian dalam cengkerang bersih daripada lumpur dan pasir.
Menurutnya dengan hanya direndam bersama hirisan cili padi, dan dibiarkan hingga 15-20 minit, cengkerang lala akan terbuka dengan sendirinya dan ini akan memudahkan untuk kita mencucinya dengan bersih.
Kemudian setelah dicuci bersih, bolehlah dimasak lala dengan menu yang digemari.
Menakala untuk menghilangkan bau hanyir laut pada lala, boleh juga ditambahkan garam atau daun limau semasa merendam lala.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi petua yang digunakan untuk merendam lala, dan ramai antaranya biasa menggunakan garam sahaja. Bahkan ada juga yang teruja untuk mencuba petua yang dikongsikan di dalam video tersebut yang meraih hampir 600 ribu tontonan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Hidangan ayam goreng sentiasa menjadi kegemaran ramai tanpa mengira peringkat usia. Rangup, pedas, pakej lengkap untuk ayam goreng spicy. Jika ibu bapa yang ada anak ramai, lebih jimat kalau boleh buat sendiri.
Pada zaman segala harga barang meningkat naik ini seboleh mungkin kita cuba berjimat-cermat apa yang patut. Solusinya ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual di restoran makanan segera. Jom cuba resipi perkongsian Cik Puan Yana ini.
Bahan-bahan:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
Bahan sadur:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
(Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.