“Kalau Bukan Kerana Pembedahan Ini… .” Ziela Jalil Selamat Jalani Pembedahan Bariatrik

Share

Penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil menjalani pembedahan pintasan usus (bariatrik) di sebuah pusat perubatan pada hujung Mei lalu.

Berita tersebut dimuatnaik empunya diri menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya.

Ziela atau nama penuhnya Norzilah Abdul Jalil menjalani prosedur tersebut bagi meningkatkan lagi tahap kesihatannya.

“Inilah hasil daripada pembedahan saya pada 31 Mei lalu. Selepas pembedahan saya juga melakukan follow up untuk memastikan semua simptom berkurangan.

“Sehari selepas pembedahan saya rasa sangat baik dan boleh berjalan dengan mudah,” katanya.

Menerusi video yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu, Ziela dilihat menggunakan khidmat doktor sama yang merawat penyanyi Datuk Aishah dan Ziana Zain sebelum ini.

Dalam tempoh sepuluh hari selepas pembedahan bariatrik itu, Ziela juga mengikut nasihat doktor tersebut mengamalkan diet bagi proses pemulihan.

“Saya sudah mula makan makanan lembut yang mengandungi protein tinggi. Rejim diet yang diberikan oleh doktor adalah untuk membantu proses pemulihan selepas pembedahan.

Sementara itu, Ziela turut berkongsi tahap kolestrol badannya tinggi ketika menjalani pemeriksaan sebelum prosedur pembedahan.

“Bayangkan bacaan kolestrol saya adalah 10. Kalau bukan kerana pembedahan ini saya tidak akan memeriksa dan akan tahu berisiko mendapat komplikasi  seperti jantung atau strok! Naudzubillahiminzalik. Paras gula pun borderline tinggi sudah. Semua masalah ini disebabkan sindrom metabolik,” ujarnya.

Sumber: zielajalil


ARTIKEL MENARIK: Tak Boleh Ikut Peraturan, Bersedialah Untuk Dihukum, Bukan Minta Dilayan Macam Raja

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : Neelofa Rancang Ikut Suami Sambung Belajar Di Tanah Arab & Dedahkan Bilal Persekitaran Baru!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN