Kareena Kapoor beri gaji RM6,000 kepada pengasuh anak, tak kisah keluar belanja besar. Demi kesejahteraan anak, pelakon Kareena Kapoor sanggup mengeluarkan belanja besar untuk membayar gaji pengasuh anaknya.
Gaji Pengasuh RM6,000 Sebulan, Kareena Kapoor Sanggup Keluar Belanja Besar Untuk Anak
Isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu menggaji pengasuh anaknya, Lalita D’Silva, melebihi gaji kakitangan kerajaan iaitu mencecah RM6,000 sebulan.
Isu jumlah bayaran upah kepada pengasuh berpengalaman ditanya seorang hos popular, Arbaaz Khan kepada Kareena pada sebuah program televisyen.
Katanya, kebajikan dan kesejahteraan Taimur Ali Khan yang kini sudah berusia tujuh tahun tidak boleh diukur dengan wang ringgit.
Biarpun tidak mengesahkan angka dibayar kepada wanita terbabit, daripada perbualan itu jelas menunjukkan khabar angin mengenai gaji besar kepada pengasuh terbabit benar.
Difahamkan RM6,000 hanyalah gaji pokok, belum termasuk bayaran kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan mahupun upah tugasan sampingan.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Sikap lembut yang dimiliki oleh seorang isteri, ia adalah sebagai suatu cara menunjukkan kasih sayang kepada pasangan.
Namun, bila wanita hilang kelembutannya terhadap pasangan, ada sebab kuat untuk ianya terjadi.
Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin.
Wanita diciptakan dengan penuh kelembutan, tapi itu bukan jaminan yang dia akan terus ‘BERLEMBUT’ sampai bila-bila…
Ada perkara yang mereka boleh berlembut, ada yang tak…antara perkara yang mereka tak boleh berlembut ialah :
1. CURANG…
Ranking pertama di antara kesemua perkara dan total zero tolerate untuk kecurangan…tak ada wanita yang boleh terima dengan berlapang dada dan terbuka bila ianya melibatkan perbuatan curang…ada ja orang ketiga dalam hubungan dia yakni wanita lain, maka its a big NO untuk berlembut…sifat yang kita tak pernah tengok ada pada dia pun, tiba-tiba boleh ada kalau dia tahu pasangan dia curang…
2. MENIPU…
Kalau balik lambat sebab singgah melepak dengan kawan-kawan, dia boleh terima sebab berterus terang…kalau guna duit bonus untuk tukar rim kereta pun dia terima lagi sebab terus terang…asal jangan menipu…duit habis tak nampak benda, tak nampk apa-apa, bila tanya bagi alasan bukan-bukan, macam-macam end up dia tahu duit tu guna untuk berjudi, main MLM, beli topup game…kebenaran tu walaupun pahit dia tetap accept asal tak menipu…
3. TAK SEDAR DEK UNTUNG…
Maksudnya tak sedar diri…bila setiap bulan dibantu, bila setiap hutang dibayar, bila setiap beban diringankan, bila setiap kerja dibuat dan si lelaki makin selesa…sesenang jer dia tambah komitmen, sesenang jer dia tambah hutang, belanja mewah untuk diri sendiri, banyak masa untuk diri sendiri dan tak membantu langsung dalam kerja-kerja rumah…
4. AMBIK BAHAN TERLARANG…
Ketum, arak, dadah, syabu, pil kuda, gam cap senapang… fikiran sentiasa tak waras dan high…satu kerja pun tak boleh buat…tunjuk contoh yang tidak baik untuk masyarakat sekeliling terutamanya anak sendiri…ada wanita yang dengan sukarelanya melaporkan kepada pihak berkuasa bila pasangannya dah addicted kepada bahan terlarang…
3 IN 1…Hak yang patut seorang wanita dapat, tapi dia tak dapat…Tugas yang sepatutnya seorang lelaki buat, tapi dia tak buat…walaupun dia diam, walaupun dia dah malas nak ungkit, cakap dan tegur, tapi ketahuilah yang dia tidak akan berlembut tentang soal yang wajib untuk dipenuhi dan ditunaikan oleh seorang lelaki yang bergelar suami sebab di akhirat, dia masih boleh tuntut…
Wanita ni makhluk yang penuh dengan kelembutan…banyak perkara yang mereka boleh berlembut…kadang-kadang ada jugak perkara yang melebihi batas kelembutan mereka, tapi mereka tetap kekal berlembut lagi sebab mereka makhluk yang suka memberi ruang dan peluang untuk orang yang mereka sayang…
Jika mereka dah keras, maka yang membuatkan mereka jadi begitu ialah diri kita sendiri…Renung-renungkan…
Sumber : Firdaus Shakirin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila balik kampung, mungkin ada yang sering mengalaminya di mana muka merah-merah dek kerana tak tahan dengan gigitan nyamuk. Rasa gatal-gatal tu satu hal, lagi dibimbangkan jika disebabkan seekor nyamuk ada pula yang terkena demam denggi. Itu lagi merisaukan!
Oleh itu, selain kita sering menggunakan bahan penyembur nyamuk untuk hapuskan nyamuk tersebut, ada eloknya gunakan cara atau petua ini yang lebih mesra alam dan tidak membahayakan kesihatan. Nak tahu apa dia, jom semak.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selain cara ini, ada satu lagi petua yang berkesan dan mudah untuk disediakan yang dikongsikan oleh Fauziah Samad, iaitu dengan menggunakan limau yang dipotong dua. Kemudian dicucuk dengan cengkih seberapa banyak di atasnya.
Cara ini lebih jimat dan udara di dalam rumah lebih bersih dan selamat dari menggunakan bahan kimia penyembur nyamuk.
Untuk nampak cantik, gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas-bekas comel dan letak di kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk.
Manakala jika ingin cara yang berbeza, boleh juga ditumbukkan beberapa helai daun limau, kemudian letakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap. Dikatakan juga dapat menghalau nyamuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran.
Apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Seakan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.